[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Thursday, January 1, 2015

HALF of deen. banyak tahu. 50% tu. separuh.

bila hati jadi beku,
semua kata jadi bisu,
semua rasa jadi batu,
semua gerak jadi kaku,
mengeras, lesu.
nangis tak berlagu 
pun dah tak berguna tahu.

bila cinta yang menjadi fitrah, 
disampah-sampahkan.
bukan ia yang buta.
engkau sendiri yang membuta tulikan.

heh.
aku mahu kongsikan ini dengan kamu,
kawin bukan everything kawan, 
bukan everything.
kalau tak kawin pun, kamu tak mati.
kamu takkan mati.

tapi-- perkahwinan.
marriage.
menjadi mulia
subhanaAllah indah and so beautiful
bila ia dijadikan alat mencapai redha Allah.
ya, 
alat, medium, ladang amal,
untuk mencapai dan mengapai matlamat akhir kamu--Allah,
untuk melengkapkan agama kamu,
its about completing your deen,
ini soal HALF of deen.
satu per dua. setengah. separuh.
50% tu.
banyak tahu.
bukan benda main-main.
and, tak seronok langsung nak dibuat main.

bukan sekadar, 
aku-suka-kau-kau-suka-aku-jadi-jom-kawin, TAK.
its more than that.
MORE than that.

bila mana di depan mata kepala kamu sendiri, 
Allah bentangkan satu per satu, 
bulat-bulat, terang lagi bersuluh,
tentang bagaimana peritnya sabar hadapi karenah anak-anak,
tika mana pulang kerja dengan penuh stress dan letih,
haa kamu tahu. 


tak payah nak relevan dengan siapa-siapa.

yang penting, jujur saja.
aku jadi benci.
benci dengan suasana.
fenomena galau malau salau yang ntah
pada aku menyakitkan rasa.
tak nampak apa-apa yang boleh mendekatkan kepada Allah
pun semua tu.
lain la, kalau lagi galau
lagi dekat dengan Allah
makin dekat dengan Dia
teringatkan Allah saja
tiap detik tika galau tu
so kalau macam tu
bagus la, teruskan kegalauan.
kalau benar, itu yang berlaku.
hakikatnya, tak pun kan
kebanyakan vice versa.
sigh.

pada aku,
apa-apa saja yang TAK mendekatkan kau pada Allah,
let it go. let it go.
lepaskan saja.
biarkan saja.
tak perlu hiraukan.
tak payah pedulikan.
ya, tahu memang susah.
bukan senang macam kacang je.
lagi nak melupakan dari minda
dan melenyapkan dari hati.
tapi--
cuba renung dalam-dalam,
bukankah itu hanya 
membebankan kamu?
meruntun resah di jiwa.
mengundang air mata dan kecewa.
tak kesian kah pada iman kamu
yang sedang berhempas pulas melawan diri kamu yang degil?





mahu aku, jadi
kesayangan Dia saja.
Dia saja.
Dia saja.
Allah saja..
itu impian,
aku.
walau satu dunia mungkin saja tersenyum sinis
dan menyindir,
hek eleh, yokyo je kau 
impian la sangat kan
ye la tuu
abes tu, sampai tua la kau tak kawin la eh?
well.. we will see. heh.

ini jawab aku :
kau tak tahu hidup aku,
kau tak tahu apa yang aku rasa,
kau tak tahu apa yang aku nampak,
tentang apa-apa saja yang Allah 
dah tunjukkan depan mata aku,
kau tak tahu macam mana cara aku cari Dia.
macam mana aku kejar Dia.
macam mana aku penuhkan setiap inchi ruang hati
dengan sungguh-sungguh,
dengan Dia.
dengan macam mana aku lepaskan semua benda 
untuk yang satu ni.
tentang macam mana aku gilakan perhatian Dia saja.
tentang macam mana aku yang degil ntah hape-hape ni
pun tetap Dia selalu selamatkan. Dia selalu sayang saja.
tanpa syarat. tanpa batas. tanpa reason.
lalu--
aku tak tahu nak cakap apa lagi,
ntah macam mana lagi 
aku tak jatuh..
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh
jatuh hati dengan 
Dia saja.
berulang-kali,
setiap kali.
dalam fasa-fasa hidup aku.
..itu lah yang aku kata,
terang gelap aku, 
jerit raung aku,
sesak sempit aku,
ada Dia saja.
hanya Dia mahu.
yang sentiasa saja memberi. Maha Memberi.
yang selalu saja mendengar. Maha Mendengar.

mana mungkin--
selepas semua rasa yang Dia dah bagi tu
aku mahu yang lain lagi.
kalau benar memang 
Allah tak taqdir siapa-siapa untuk aku.
aku tak kisah.
tak pernah nak kisah dah.
janji aku punya Dia.
janji, aku tak kehilangan rasa ni.
rasa ni--
aku nak simpan 
dan perjuangkan
sampai mati.
bila mana..
sampai saat, jumpa Dia nanti. 
.

.

.


.


.
halawatul iman.
menghias jiwa, sampai berbunga indah.
untuk syurga, yang Allah hilangkan dari mata
moga aku, 
dan kamu, kamu, kamu
ya, kita semua tak 
kehilangan rasa.
rasa.. mahu dekat pada Dia saja.






kau tak tahu--
jadi bukan salah kau
jadi aku izinkan kau katakan apa saja.



sori--

aku tak boleh nak faham
apa yang kau cari
apa yang kau nak
pelik melihat kamu
seakan-akan
kosong jiwanya
gersang hatinya.
mahu saja aku tanya
apa yang kamu cari-cari
dalam hidup ni duhai teman?
mahukan Dia?
benar mahukan Dia?
boleh saja aku hulurkan tangan
nak sangat--
ajak sama-sama.



eh tak,
moga saja aku silap.
ya, aku yang silap mungkin.
aku tak pernah tahu hidup kamu.
apa yang kamu rasa.
apa yang kamu alami.
ya, aku tak pernah tahu.
mungkin kau pilih begitu
dan begitu lagi
supaya menjadi asbab untuk dekat kepada Tuhan?
moga Allah bantu kamu.
moga Dia guna apa saja cara
untuk kamu kembali dekat kepadaNya.


.

.

.


.


.

sebab aku selalu percaya.
terlalu percaya.
tentang yang satu ini.

tentang,
melengkapkan separuh agama.
to complete half of the deen.

which brings you about 

marriage.

yes, itu sunnah.
itu fitrah.
itu keperluan.
itu agama.
itu ibadah.

cumanya
aku, 
mahu mengajak kamu pandang ini
sejenak.

ini, bukan perkara main-main.
ini, bukan perkara senang-senang.
ini, bukan sekadar aku suka kau. kau suka aku. takat tu je?! NO.
ini, bukan setakat nak jadi wife. nak jadi husband.
ini, bukan hanya mahu ada family sendiri.
ini, bukan cuma nakkan pasangan hidup. partner life. soulmate. 

bukan. 
bukan hanya untuk itu dan itu 
saja.

faham aku, 
marriage, is beyond all those things.
more than that.

its about your final destination.
its about your ultimate goal.
its about your utmost aim.
in which way you want to bring up your family. 
build up your gem.

tamanau! make a wish, and pray to Him.
kalau boleh, sebelum aku mati
aku mahu beri impact kepada semua orang yang pernah hidup sekeliling aku
even tak semua orang terkena impact tu
cukup walau seorang pun aku tak kisah

kalau boleh, sebelum aku mati
aku mahu ada anak
anak bukan sebarang anak
anak yang gegarkan dunia
dengan akhlak dia
yang akan sentiasa mendoakan 
untuk aku kat alam barzakh sana
jadi dari sekarang, aku mahu 
prepare sungguh2 untuk menjadi ibu
yang mampu didik dia

kalau boleh, sebelum aku mati
aku mahu ke palestin.
serius.
mahu menjadi doktor sukarelawan
membantu apa yang aku boleh bantu.
ya, even aku tak boleh nak pulihkan 
fizikal mereka yang dah rosak hancur berkecai
dibedil bom dan dimamah peluru
aku mahu usaha pulihkan psikologi mereka.
dan ruhi mereka yang terlalu dengan Allah itu
aku mahu curi sedikit rasa itu
aku mahu sedikit tempias taqwa mereka yang utuh
aku mahu.
dengan sangat.


ya, gelak lah. silalah gelak. aku tak kisah.
mahu memandang sinis. tersenyum sumbing. buatlah. aku tak kisah. heartless dah untuk layan all those things.
kutuk lah. kutuk banyak2 lagi. aku tak kisah.
eh tak, tipu.
aku kisah jugak sebenarnya, sedikit.
ya, sedih sedikit. nangis sedikit. cengeng sungguh. nyampah. sigh. -___-"
tapi takpe.
dah banyak kali Allah train,
i will combat back; my own soul.
i will conquer my own soul, my own emotions. 
i will try. heh. no worries.
He knows me best. remedy me at best.



tak sabar nak balik malaysia. mahu melihat kawan2 melengkapkan separuh agama mereka. alhamdulillah :') mahu peluk cium safiyya & nusaibah yang dah pandai potpet potpet tanpa henti. mahu cerita semua benda dengan ummi. mahu sound & tarbiyyah habis-habisan adik2 yang tengah fase jiwang karat takblehblah. geram. kan dah emo kakak dia. -__-" its okay. its okay. they are going through the process life. one day, they will learn just like me. mahu beli buku yasmin mogahed. mahu jumpa mayah di uia. mahu jumpa kakak di gombak. mahu  mahu mahu mahu apa lagi haa. banyak la. mahu beli cd drmaza. mahu settlekan semua benda yang tenggedala. for the busy december journey jakarta-kl-kedah-penang-kl-kedah-penang-jakarta, wait for me~! im sooo excited. ^^ soon, im coming soon malaysia! to be back to the place where we belonged, truly a great comfort ever. kan. :')) bismillah. ease my way, Allah. doakan saya ni kawan2 yg comel. :)

* * * * * * * * * *
my dearly adik ipar Syazana Nahwah ajak saya update blog. dah masuk tahun baru kan. hee. post ini adalah salah satu draft yang terperam lama, tak terpublish2. dah jadi pekasam dah. kalau nasi tu, haa dah basi dah pun.. huuu. tapi takpe la, kot-kot la intipati post ni masih relevan buat jiwa-jiwa di dalam sini dan di luar sana. :) may ALLAH please me, and you too dear readers. stormreaders. hee~ 

0 sharing words: