hudud.
saya sokong hudud. 100%. please laksanakan di Malaysia.
insyaAllah insyaAllah.
saya sokong usaha untuk memperkanunkan hukum hudud.
usaha kerajaan negeri Kelantan ini amat saya sokong! :)
semoga Allah subhanaAllah ta'ala mempermudahkan. amin amin.
ambil tahu, moga tiada gambaran yang salah dan tafsiran yang mengelirukan kamu okay? :)
lebih-lebih lagi kepada non-muslim yang kebanyakkannya digemburkan dengan gambaran hudud ini kejam dan sebagainya. ini semua spekulasi dan sangkaan yang salah sama sekali. hukum Islam terlaksana ke atas umat Islam. if you are muslim, you should say YES for this. :)
- - -
saya tidak tahu banyak perkara tentang isu politik. iya, itu saya mengaku.
dan saya kurang gemar nak korek sedetail-detailnya untuk ambil tahu segalanya mengenai dunia politik. tetapi untuk membaca dan mendengar secara ilmiah (tiada unsur maki hamun. fakta dan hujah) insyaAllah saya sedia dan sentiasa boleh jer. bukan apa.. part yang tak bestnya sebab bilamana masuk isu so hangat lagi hot ini, serata-rata pasti akan ada keyboard worriors dan penyokong-penyokong hangit parti masing-masing mengeluarkan kata-kata kesat lagi kotor dan busuk ke arah parti yang berlawanan. so tak cun. tak macho langsung. hilang nilai. cuba kamu bayangkan, beribu berjuta perkataan kamu comment di facebook (paling common).. ada bagi effect berapa percent kepada mereka? mungkin ada jugak. namun sejauh mana? terjejaskah? tereffect kah? memberi apa-apa kesankah? selagi ada kuasa.. mereka yang berkuasa tetap saja menggunakan kuasa veto tanpa mempedulikan komentar picisan kalian di mukabuku itu. buang tenaga. buang masa. buang karen letrik. iya dapat meluahkan.. sekadar itu.
makanya, undi molek-molek! :D
makanya, undi molek-molek! :D
itu baru beri efek! hee. apa yang memang hak kita, kita ambil.
but bila masuk bab nak mengundi, stay cool and choose wisely. ^^, (macam musim pilihanraya la pulak)
dan anak muda nowadays, so brave. bravo! clap clap. banzaiii :D
Allah tahu usaha kalian. no matter what happens after this.
- - -
setiap manusia hanya akan menanggung dosa masing-masing.
iya, memang salah menipu, menindas, menyeleweng, makan rasuah sana sini, korupsi berbakul-bakul semua tu. berdosa. dosa besar kottt. huu. balasan akhirat lagi dahsyat kan. tanggungjawab besar. bukan mudah bila dah berada di atas. ingat best ke jadi pemimpin? dok berebut-rebut nak jawatan bagai.
amanah.
amanah.
amanah.
Allah akan tanya di akhirat nanti. jenuh dok bersoal jawab di Padang Mahsyar nanti, sambil kita terkial-kial hitung amal jahat baik kat neraca Timbangan Mizan. time tu takda siapa boleh tolong dahhh. nafsi nafsi. sendiri sendiri. fikir diri sendiri jer time tu kita semua. tak sempat dah nak fikir benda lain. dok ketaq lutut depan Allah. huuu~~ takut kan bila fikir. tiada lagi kehidupan dunia. tiada nak kepoh pergi kerja sana sini. tiap pagi pergi sekolah belajar semua tu, dah takda nanti. nak kena bangun, breakfast, handle itu ini, urus itu ini.. dah takda. ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, pengikut, penyokong, pengampu, pembodek semua.. takda. mereka juga sedang nervous dengan diri masing-masing. tiada tempat bergantung harap. none. hanya berharap sepenuhnya pada bekal amalan ketika dunia sahaja.
tinggal k i t a dan a m a l a n.
iya, tinggal itu.
sebagai penentu.
s y u r g a
atau
n e r a k a
.
0 sharing words:
Post a Comment