[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Sunday, March 15, 2015

jujur apa adanya. kita manusia.



ada banyak perkara dalam dunia ni yang kita tak faham..
dan belum lagi akan dapat benar-benar faham 
selagi kita tidak mengalami dan melaluinya sendiri.

kita belum menjadi ibu, 
jadi kita tak dapat nak betul-betul faham 
bagaimana naluri seorang ibu..
penat lelahnya
risaunya
sakit peritnya
sabarnya
tabahnya

kita belum menjadi ayah, 
jadi kita tak dapat nak betu-betul faham 
bagaimana naluri seorang ayah..
sukar payahnya
runsingnya
resahnya
tanggungjawabnya
amanahnya

kebanyakkannya tidak terzahir pada luaran, 
namun jauh di dalam lubuk sanubari mereka..
apa kita tahu..?

kita belum menjadi nenek atau datuk..
kita belum menjadi moyang..
kita belum menjadi menantu orang..
kita belum menjadi pemimpin kepada berbilion-bilion rakyat jelata
kita belum menjadi pencari rezeki sepenuh masa
kita belum menjadi ________ (sila isi tempat kosong mengikut kesesuaian gelaran masing2)






kita semua manusia bukan?
dan manusia.. pasti akan menempuh setiap fasa-fasa kehidupan itu.
setiap manusia pasti akan mengharunginya (ya, jika Allah panjangkan lagi usia)
dan manusia juga, paling cepat melupai dan menghargai apa yang sudah ada.

kita masih ada lagi ayah, kita senang-senang buat tak endah kehadiran dia. banyak betul nak bantahnya. penuh betul songehnya. padat sangat dengan degilnya. lawan sana sini. marah itu ini. tak boleh nak bertolak ansur dan belajar untuk terimanya seadanya.

ya, mungkin saja ayah kita dulu memang ada yang tersilap dan tersalah dalam mendidik dan membesarkan kita.. tetapi dalam dirinya yang semakin dimamah usia.. tentu saja agak sukar untuk kita harapkan perubahan dirinya yang ketara. ada tabiat dan perawatakannya yang sudah terlalu sebati dalam jiwanya. susah untuk dibuang dan dikikis walau dia sendiri tahu sifat-sifat tersebut negatif dan buruk. kita yang generasi muda ni pun dah cukup susah untuk konsisten membentuk dan memperbaiki diri dengan nilai-nilai positif dan kebaikan, inikan lagi ayah dan ibu kita yang semakin meningkat usianya.

ya, tentu saja mereka yang mempunyai kesedaran akan cuba untuk sedikit demi sedikit berubah namun kadang-kadang akan tersasar juga kembali ke tabiat lama. kita sendiri pernah lalui bagaimana payahnya nak buang sifat-sifat buruk diri kita kan? awal-awal tu boleh lagi. semangat lagi. disiplin lagi. tapi 3 minggu kemudian? sebulan kemudian? entah kemana semuanya.. huuu. and of course i am included. and i'm talking all of this, reflecting more on myself.

bagaimana sampai satu saat tiba-tiba Allah SWT tarik balik apa yang Dia pernah bagi? tanpa kita sangka. tanpa kita duga. baru time tu nak menyesal..? lumrah manusiawi, bila dah tiada, bila dah kehilangan.. baru nak taubat, baru insaf segala bagai. menangis air mata darah pun dah tak berguna. apa yang pergi, takkan kembali lagi. biar kita nampak kalah di mata insan. biar kita nampak kalah di mata dunia.. dengan merendahkan diri terlebih dahulu memohon maaf, walaupun kita berada pada pihak yang benar. kerana pada sisi hakikinya, kita menang di mata Dia :') 

belajarlah untuk sentiasa lunakkan jiwamu. dan tetap saja yakin, simpul matikan ikatannya biar teguh..yang Allah itu sangat adil. terlalu adil. Maha Adil. adil pada sisiNya, tidak sama ukurannya adil di sisi manusia. siapa kita untuk menerka dan mempertikaikan tentang bagaimana Allah membahagi-bahagikan urusan adil kepada setiap satu hambaNya? kita tak tahu. kita tak tahu. banyak benda yang kita tak tahu. 

ya, tahu kadang-kadang memang susah sangat nak buat even perkara nampak macam mudah dan mungkin pada sesetengah orang "alaa takda menda punnn. benda simple dirumit-rumitkan". kita kena faham, ada banyak perkara dalam dunia ni, kecil pada kamu.. tapi besar pada dia. dan kecil pada dia, besar pada kamu. Allah SWT menguji kita mengikut tahap kemampuan kita. sebesar itu ujian buat dia, sebesar itu jugalah kemampuan dia untuk menghadapi. seberat itu dugaan buat dia, seberat itu jugalah kemampuan dia boleh memikulnya. Allah kan Maha Hebat~! Dia tahu kekuatan setiap hamba-hambaNya. hee.

cuba kita selalu reset minda untuk cepat-cepat fikir tentang akhirat. bermonolog dengan diri sendiri. memujuk dan mententeramkan diri. contohnya :
"takpa la biar rasa malu nak kena tebalkan muka minta maaf daripada nak kena tanggung dosa dengan dia sampai ke akhirat." 
"takpa la aku yang pi cari dia dulu untuk eratkan balik ukhwah dan silaturrahim daripada Allah tanya dan persoalan masa timbangan amal nanti."
"aaahhh malasnya kadang-kadang tu nak solat awal waktu. dok lengah-lengahkan ja. ehh kalau satgi tiba-tiba mati Allah tarik nyawa cemana?"
"aku dah la tak payah amal ibadah. cukup-cukuplah aku kurangkan dosa.."
"nak bangun tahajud pun time bulan Ramadhan ja rajin, jadi kena banyakkan diri buat kebaikan lain."

biar orang tak nampak takpe. biar satu dunia tak tahu takpe.
baik di sisi manusia, tak sama baik di sisi Allah. 
kita bukan alim ulama' yang kedudukan mereka dekat denganNya, 
jadi kena banyak usaha buat kebaikan lain. biar kecil. biar sesimple manapun.
Allah tahu. Allah nampak. Allah suka :)

selepas kita telah usahakan sebaik mungkin, selebihnya serahkan pada Allah. 
orang nak judge nampak tak ikhlas ke, hipokrit ke, menunjuk-nunjuk ke, bajet ke, 
all of that, totally it is really okay.
Allah always knows us better, than others. 
even far better than our own selves.
Dia yang ciptakan kita, forsure Dia kenal kita luar dalam.
tak boleh nak tipu. hee.
beware, He will caught you red-handed
with or without you realised it.
:)

Allah is watching us. always. twenty-four hours.
eh eh ini 'CCTV terhebat dunia'~! woahh. :O


kadang-kadang kita dapat rasa bila hati makin keras.
can feel it. bila rasa kita macam makin jauh dengan Allah.
senyap-senyap Allah hantar 'peringatan' menerusi caraNya tersendiri.
baru tersentak dan sedar, eh. Allah nak suruh dekat balik dengan Dia.
dunia ni memang medan ujian bukan?
tempat untuk diuji.
bukan destinasi terakhir.
of course la ujian datang bersilih ganti.
untuk pilih siapa yang paling terbaik amalnya.
dan moga,
kita di antaranya.











soul_diagnosis: (i) nak belajar lunakkan jiwa.. adakalanya memerlukan lebih banyak masa dan pengertian. penghayatan dan kesungguhan berbanding ilmu lain. manakan tidak, makanan ruhi.. penawar luka-luka iman yang tercalar dan robek. mendekat dan merapatlah, pasti Allah sambut. pasti Allah gapai dan bimbing. Allah dekat, tak pernah jauh. (ii) cuba pandang langit. biar lama. tenung seluasnya. tenang bukan? sebab tiada yang cacat padanya. tanpa bertiangkan apa-apa. terbentang luas dan bebas membumbungi bumi. kagum. mashaAllah. kerna hanya pada Dia, segala kesempurnaan dan ketenangan sejati.



0 sharing words: