[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Saturday, November 23, 2024

Ibarat ashabul kahfi

Masa muda saya tak seperti insan insan lain. Tak seperti kawan kawan lain. 

Bertahun tahun lamanya dalam kepompong sendiri. Dalam gua sendiri. Sampai saya dah terbiasa semuanya buat sendiri. Sorang sorang. Menyendiri. Tak kisah dah. Lama lama jadi selesa. Suka pulak. :)

Sejak 2013 sehingga la sekarang Alhamdulillah dah nak habis tahun 2024. Sikit lagi je nak masuk 2025. Lebih kurang 10 tahun saya ambil masa untuk totally sembuh 100% daripada sakit saya. 

Untuk tempoh 10 tahun yang telah Allah hilangkan dari saya; masa muda yang banyak digunakan untuk membina karier dan kerjaya oleh rakan rakan lain, sudah tiada masa itu untuk saya. Allah dah ambil masa itu daripada saya. 

Untuk tempoh 10 tahun yang telah Allah 'tidurkan' saya; di masa masa keemasan kawan kawan sebaya lain sibuk melayari fasa kehidupan baru melalui alam rumahtangga, saya masih di sini. Sendiri. 

Tapi tak mengapa. Saya tak pernah kisah dah.. Tahu sebab apa? Saya terefleksi dengan kisah Ashabul Kahfi. 

Mereka ditidurkan Allah beratus tahun lamanya. Hanya semata mata dengan cara itu sahaja Allah nak 'menjaga' mereka dari fitnah zaman itu. Ketika itu that's the best way for them. Tiada sedikit pun keterkilanan dan kekecewaan dalam jiwa mereka.

Sebab akhirnya.. Allah nak saya sedar yang semuanya milik Allah. 

Masa saya.

Kejayaan saya.

Kerjaya saya.

Kehidupan saya.

Semuanya milik Dia, sebenarnya. Tak pernah sekali pun milik saya sendiri. Kan?

Ternyata sepanjang 10 tahun saya sakit tu itulah cara terbaik Allah menjaga saya. Ditidurkan dari sesaknya dunia. Diasingkan terus dari ributnya dunia. Dipinggirkan dan diketepikan dalam tempoh 10 tahun. Hanya dalam dunia saya sendiri. Menempuhi proses penyembuhan yang panjang, penuh jatuh bangun. 

Dan akhirnya, here I am. Alhamdulillah.. Fully aware of myself. Conscious and functioning. Seperti manusia lain. Setelah 10 tahun. 

Pernah saya menangis nangis teresak esak fikirkan masa muda saya yang hilang begitu sahaja pada anggapan saya. Namun, jauh di sudut hati saya.. saya berharap dan berdoa moga moga 10 tahun itu dijadikan ibarat kisah Ashabul Kahfi. 

...hanya semata mata, untuk melindungi iman saya.


Ameenn.

Thursday, August 8, 2024

Neuroplasticity in depression

Menarik sangat topik ni! 

.

.

Need a thorough and deeper reading. So I can gain a better understanding.

Will share soon here, InsyaAllah.



#membangunjiwademi🍉

#usiamudaapayangkauhabiskan

Friday, June 28, 2024

Stalk

Scroll.

Scroll.

Scroll.

.

.

.

Hmm stalk blog sendiri. 


Haha.


Baca balik semua tulisan sendiri, sama ada yang dah post atau yang tersimpan dalam draft.

Here, I feel peaceful. Aman. Lapang. Luas. 

Moga sakinah mampu bangkit semula menulis dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Ameen. 

Kebas jari jari taip blog guna fon. Haha. 

Saja nak cerita. Currently I enjoy baca novel fiksyen. Akibat tempias dari novel Bayang Sofea karya Teme Abdullah baru baru ni, sis terjebak pula baca novel karya Yaya Samad; Pada Subuh yang Membawaku Pergi. 

Jadi sekarang ni tengah nak habiskan baca masterpiece best seller penerbit Mangosteen ni. Dah sampai bab 21 dah. Dari total 35 bab dalam novel ni. Tak sanggup nak teruskan baca sebab dah tahu spoiler yang Iskandar Dzulkarnain (watak utama) akan.. mati. Sedih la ceni. 

Buku kakak Safiyya yang Ciknah pinjam ni sangat menyayat hati. Luruh semuanya. Harap boleh cepat cepat move on. It just a story Sakinah.. -_-"

Lepas ni nak baca Lelaki Astatine karya Anjell pulak. Berderet ya buku buku tunggu que untuk dibaca. Haha. Penangan pesta buku aritu. Even tak dapat pergi sana sebab jauh, tetap terkesan aura untuk membaca kembali. Saya dah lama tak baca buku fiksyen sebenarnya. Banyak non fiksyen je sebelum ni. So kita berubah arah kejap. Hoho.

Sekarang selingan waktu free kat office pun sempat sambar buku novel untuk habiskan baca. Hihi. Dah tak belek henfon ya kawan kawan. Hahah. 

Ok la, takat ni dulu. Saya pun dah ubah setting blog ni ke public readers semula dah. Kalau tak, saya set setting ke invited readers only. Then rasa macam alaa sapa ja yang akan baca blog pada tahun 2024 kan? 

Moga moga kalau ada sekelumit manfaat dari tulisan tulisan saya dalam ni, dapat saya generate pahala untuk beratkan timbangan amal kebaikan di akhirat sana. Ameen.

Terima kasih baca sampai sini. Till then. :)

Hai belog

Dah berkurun tak menulis kat sini. 

Hai belog. Do you miss me? 

Saya lebih aktif menulis di airkosongsejuk.blogspot.com lately. Lebih sakinah di sana. :)

Rindunya zaman zaman blogging dedulu. Haha. How time flies.

Rindu kawan kawan yang panggil saya opah once upon time dulu. Haha. Tiber. Semua dah besar besar dah sekarang ni. Dah ada keluarga sendiri. Jalan hidup sendiri. Haluan sendiri. Busy dengan life masing masing. 

Still contact and connected, just vibes dah tak sama. Rindu kalian. Moga baik baik saja semuanya. Sayang korang. Hikhik. 

:')