[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Saturday, November 23, 2024

Ibarat ashabul kahfi

Masa muda saya tak seperti insan insan lain. Tak seperti kawan kawan lain. 

Bertahun tahun lamanya dalam kepompong sendiri. Dalam gua sendiri. Sampai saya dah terbiasa semuanya buat sendiri. Sorang sorang. Menyendiri. Tak kisah dah. Lama lama jadi selesa. Suka pulak. :)

Sejak 2013 sehingga la sekarang Alhamdulillah dah nak habis tahun 2024. Sikit lagi je nak masuk 2025. Lebih kurang 10 tahun saya ambil masa untuk totally sembuh 100% daripada sakit saya. 

Untuk tempoh 10 tahun yang telah Allah hilangkan dari saya; masa muda yang banyak digunakan untuk membina karier dan kerjaya oleh rakan rakan lain, sudah tiada masa itu untuk saya. Allah dah ambil masa itu daripada saya. 

Untuk tempoh 10 tahun yang telah Allah 'tidurkan' saya; di masa masa keemasan kawan kawan sebaya lain sibuk melayari fasa kehidupan baru melalui alam rumahtangga, saya masih di sini. Sendiri. 

Tapi tak mengapa. Saya tak pernah kisah dah.. Tahu sebab apa? Saya terefleksi dengan kisah Ashabul Kahfi. 

Mereka ditidurkan Allah beratus tahun lamanya. Hanya semata mata dengan cara itu sahaja Allah nak 'menjaga' mereka dari fitnah zaman itu. Ketika itu that's the best way for them. Tiada sedikit pun keterkilanan dan kekecewaan dalam jiwa mereka.

Sebab akhirnya.. Allah nak saya sedar yang semuanya milik Allah. 

Masa saya.

Kejayaan saya.

Kerjaya saya.

Kehidupan saya.

Semuanya milik Dia, sebenarnya. Tak pernah sekali pun milik saya sendiri. Kan?

Ternyata sepanjang 10 tahun saya sakit tu itulah cara terbaik Allah menjaga saya. Ditidurkan dari sesaknya dunia. Diasingkan terus dari ributnya dunia. Dipinggirkan dan diketepikan dalam tempoh 10 tahun. Hanya dalam dunia saya sendiri. Menempuhi proses penyembuhan yang panjang, penuh jatuh bangun. 

Dan akhirnya, here I am. Alhamdulillah.. Fully aware of myself. Conscious and functioning. Seperti manusia lain. Setelah 10 tahun. 

Pernah saya menangis nangis teresak esak fikirkan masa muda saya yang hilang begitu sahaja pada anggapan saya. Namun, jauh di sudut hati saya.. saya berharap dan berdoa moga moga 10 tahun itu dijadikan ibarat kisah Ashabul Kahfi. 

...hanya semata mata, untuk melindungi iman saya.


Ameenn.

0 sharing words: