"Jadilah air di perbukitan, yang mengalir
deras, dari puncak ke kakinya. Saat berada di atas, ia senang memberi air pada
tasik-tasik dan segara di bawah, dan bila berada di bawah, ia senang menerima
dengan rendah hati daripada yang lebih tinggi darinya."
Aku mengangguk. Pernah dia katakan itu. Oleh
itu aku selalu meneliti sungai kata-katanya, demi memenuhkan tasik fikrah di
kaki perbukitan nubariku.
"Ada masanya kita tak punya semangat di
dalam diri, ya aku juga begitu."
Aku mendengar teliti. Aku yang memulakan
bicara, setelah sekian lama memerhati dia yang saban hari langsung tidak nampak
di mana culasnya. Sekian lama aku futur dan lemah dalam menguruskan cepu hidup.
Begitu aku hendak tahu rahsianya.
"Maka aku akarkan fikiran ini dalam hati
setiap kali tekadku meninggi: 'Bahawa
akan tiba juga saat lemah sebegitu, dan aku harus bersedia.' "
"Jadi dalam kesenangan, jiwa akan
terus-terusan mengingatkan, akan ada kesusahan mendatang."
Seterusnya? Aku membalas, menginginkan lebih
pencerahan.
"Sampai saat itu, berserah saja pada
Allah." Dan dia menyambung lagi, "Ketika itu, bersabarlah duhai hati,
masa kuat dan teguh itu akan tiba juga nanti." Saat ini aku membayangkan
dia tersenyum tenang, bagai menghantar isyarat riang agar aku terus berlari
mengejar impi...tanpa henti.
Suka sekali mendengar bicaramu. Di hadapanmu,
bolehkah aku menjadi segara yang di bawah itu cuma? Ah, terlalu cemburu,
bukankah erti hidup ini pada memberi!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
perkongsian dari blog seorang teman yang saya nukilkan semula di sini. cukup tepat das das tembakan ini. menusuk nusuk tertusuk tembus ke jantung hati saya.
in absentia; nur huda ibrahim. kadang kadang..rindu bahu kamu, rindu kata kamu.
soul_diagnosis: hey soul, hidup ini..ape je yang dah kamu beri ?
0 sharing words:
Post a Comment