[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Saturday, October 20, 2012

do i deserve you?








sayang. kasih sayang. 

tumbuh dan menebal terhadap seseorang apabila insan itu mulai banyak berkorban untuk kita. terhutang budi, terhutang nyawa. ummi abah, ibu ayah, mama papa : mereka insan-insan yang banyak sangat sacrifice untuk kita sejak kecil sampai sekarang. berdirinya siapa kita saat ini, atas susah payah, jerih perih dan doa-doa tulus mereka. we feel blessed with it. :') dalam membesar, kita berusaha untuk membalas setiap pengorbanan mereka dengan pelbagai cara tanpa henti. sebab nak mereka feel worthy adanya kita sebagai anak. kita usaha nak jadi anak yang soleh solehah untuk mereka. 

but when it comes to our iman, Islam. have you ever wonder..who has sacrifice the most for us to be blessed with this truth? 

.

.


.


.


ya. dia. kekasih Allah. 
Rasulullah sallahu'alaihi wassalam. :''


if you go through the seerah deeply with your heart. tears burst out. its too much. too much of hardship, survival, sacrifices, struggling, trembling, endurance, combat, endeavor. non stop until his last breath. all for the sake of this ummah. for us. 

pain. its painful. bila tengok diri. tilik setiap satu apa yang dah kita buat selama ini. tunjuk hati, nilai sendiri. porak peranda, compang camping. kotor. menghitam. kelam. mengeras. deserve ke kita ni to be his ummat? deserve ke kita atas segala pengorbanan dan darah baginda? sejauh mana kita appreciate iman yang kita dapat hari ini? 

ada masa, kadang.. kita buang-buang je. 
ada masa, kadang.. kita baling campak letak tepi.
ada masa, kita sia-siakan sendiri.. jatuhkan maruah Islam depan mata dunia.


malu. malu lihat diri. kalau seribu kali boleh ulang. malu. tak layak.

.

.


.



.


do i deserve? 



NO.




menitik-nitik. 

aah, dah dah. cukup. 
get up bro. 
do something. 
nangis je dapat ape ntah.

Saturday, October 6, 2012

bukan kamu.



" if you don't walk the walk,
it's probably the best not to talk the talk. "

.
.
.

.

.



let the pictures speak out.




































































.
.

.

.

.

.


.


.






dan, 




bukan kamu 




yang pegang kunci-kunci 




s y u r g a.











Monday, September 17, 2012

hard times; unzip the zip :)





ada masa, kadang.. Allah benar-benar akan tarik semuanya supaya hanya tinggal kamu dan Dia. waktu tu, kamu rasa manusia yang kononnya sangat memahami tu, seakan-akan tak wujud pun sebenarnya. hipokrit. selfish. sombong. intolerance. and so on perasaan yang negatif mengasak-asak kamu. time tu la habis rasa macam dunia ni tak kena serba-serbi, kosong, sepi, gelap. kamu duduk termenung, menangis dalam diam. tawa jadi tipu, senyum jadi hambar, hati jadi keruh. 
toleh kanan, serabut.
toleh kiri, bingung.
senang cerita, gloomy sokmo semua benda.
lalu kamu tanya, "kenapa aku?"

chup. chup. apa ayat first tadi. meh copy paste and bold kan sikit : ada masa, kadang.. Allah benar-benar akan tarik semuanya supaya hanya tinggal kamu dan Dia. 

ya, biar tinggal kamu dan Dia. sahaja. tiada yang lain.

kenapa kamu tak pandang yang itu?
here it is. the way.
the time that He really wants you to be closer with Him. after all.

mungkin, kalau Dia tak buat macam tu kan.. kamu makin jauh dari Dia tanpa sedar. sebab kan, lumrah manusia.. bila dalam hidup rasa everything okay je, dapat semua yang kita nak, seronok, selesa, best, mewah, huha huha sana sini...walau tak semua, tapi kebanyakan kita akan mudah lupa. rasa semua itu dapat sebab dari hasil usaha sendiri, penat lelah sendiri. so called like "I'm deserve it okayyy~" even takda la over macam tu tapi sort of la thru out gaya hidup kita sehari-hari. then, when suddenly it happens to be you are in zero-phase. haa.. stuck. yes, He dumps you to make your mind clearer. to clean up you egoism. to beautify your soul. nak hakis semua sifat-sifat mazmumah yang dah banyak tertanam lumat dalam diri. just, He  wants to refresh your life dear. seriously. to correct you with His own way. have that faith, believe Him. :)


"Katakanlah (Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapapun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Dan Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau berikan rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan."

[Ali 'Imran : 26-27]

pokok pangkalnya, lets go back to Him. He really waiting for you. He is. kita baiki balik lompong-lompong yang ada, tampal mana-mana lubang yang boleh, berus-cuci-lap yang kotoran degil tu. penat sikit, sedih sikit, pedih sikit.. takpe, it is the sign that He does care about you. 

so if you ask again, "why me?"
because He chooses you, special than the others. 
because He cares about you, deeper than the others. 
emm seems like He loves you, more than the others. 
regardless.

:)



may He guides me, you and all of us. thru out this ephemeral life.

.
.

.


"Just see more, a little bit more all the things around you..that you can appreciate even the small things and smile for that, even just the food you are eating." -Tariq Ramadhan

or even the annoying kucing yang asyik suka tidur atas baju yang terjatuh dari ampaian.
geram tu memang geram la jugak, tapi nampak comel aje pulak. haha.
:D



Saturday, September 15, 2012

tak rugi pun kan?



"Dan perumpaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

[Al-baqarah : 265]


ayat ni kan, cantik sangat..

cuba baca pelan-pelan, word by word.
 imagine kan. 
haa.. terbayang tak.
cantik kan?

sejuk. mendalam masuk. meresap lembut..
buat orang tersenyum. :)

baca yang translation pun dah rasa terawang-awangan,
apalagi kalau faham keindahan susunan ayat yang bahasa arabnya.

ayat-ayat Allah sweet sangat la. terharu. 
hikhik.


makanya,
bila mana kamu belajar untuk hayati ayat-ayat Dia, 
cuba fahami message yang Dia nak kamu tahu,
telesuri satu-satu, 
kata-kata Dia, teguran Dia, pesanan Dia, janji Dia, 
haa.. takde apa-apa pun yang kamu rugi
sebenarnya, kan? 

.
.

.

.



the truth is, everything is within you and yourself.
ultimately, it is between you and your Creator.
lets recheck.


in full blossom; one day. insyaAllah. :)



things to fight.
things to endure.
things to resist.

...to strive.
...to survive.

the never ending journey.

still,
the most beautiful one,
blossom once in the life time.
believe me.

so
hold on,
pick up back
your spirit,
your strength,
your courage,
dont throw it away, yet.
boost it up~!
up up to the sky!

:D


Monday, August 6, 2012

dengarkan cerita masa



siapa kita untuk meneka-neka, dan mengintai denai takdir? siapa kita untuk menentukan lagi menetapkan akan sesuatu dan semua yang berlaku? siapa kita - yang tidak punya pengetahuan - untuk memutuskan, dan menghakimi sesuatu?

siapa kita, bila untuk mengatakan itu terbaik untuk kita, atau itu pasti celaka? pasti - saya, kamu dan kita tidak pernah tahu akan yang ghaib itu. apa yang akan datang, dan semua yang pasti berlaku.

lalu siapa kita, bila Tuhan dengan firman agungNya,


"wa’asa an takrahu shai'an wa huwa khairul lakum; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, wa’asa 'an tuhibbu shai'an wa huwa sharrul lakum; dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. wa Allahu ya’lamu wa 'antum la ta’lamun; dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."  [Al-Baqarah 2:216]


untuk menghakimi, lagi memutuskan? atau meneka, menentu dan menetapkan?
kita hanya hamba-hambaNya berjalan mencari makna dalam dunia ilusi fana ini, yang pasti pulang, kembali kelak padaNya, abadi.

mari kita sebagai hambaNya dengan melangkah perjalanan ini memohon sangat redhaNya. dan mendoakan kebaikan dan terbaik untuk semua yang telah datang dan semua yang akan bertandang. Allahumma ameen.

ya, mendoakan kebaikan untuk semua, kerana siapa kita untuk tahu semua yang telah berlaku itu, mesti dalam suka lagi gembira, duka lagi luka, hampa dengan kecewa itu penuh hikmah yang tanpanya kita tidak menjadi kita sekarang.

yang tanpanya, kita tidak pernah akan belajar dan membesar; lalu mengertikan makna hidup dan kehidupan. yang tanpa tangis tawa berlalu itu, kita menjadi manusia dan memahamkan erti kemanusiaan. dan dengannya kita menjadi hambaNya yang lebih memahami hakikat kebesaran kekuasaanNya dan mengakui keluasan ilmuNya.
lalu, mari kita letakkan padaNya dan memohon segalanya yang terbaik. Allah lebih tahu, Allah lebih tahu. :)




tanam ini;
sampai bila-bila.
pasak dalam-dalam.
ikat kuat-kuat. biar tersimpul mati.
untuk semalam, hari ini dan esok.
untuk dari mulai bernafas, mengenal kehidupan dan
sampai nafas itu terhenti semula.
semuanya; dalam genggamanNya.
dalam bilangan hari, dalam cerita masa,
hakikatnya insan lagi menuju pengakhiran
suatu saat, kan kembali kepadaNya.
kembali dalam sayangnya Dia 
atau marahNya yang kamu mahu?

Sunday, August 5, 2012

ISO 9004:2000


(i)

ISO 9001:2000 merujuk kepada sistem pengurusan kualiti.
ISO 9004:2000 merujuk kepada penambahbaikan pengurusan kualiti.

Piawai ISO diperlukan untuk menghasilkan keseragaman dan kesetaraan keluaran dan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan, selamat, bersih dan berkualiti.

jumpa ni, ter refleks jap. 
emm.. apa ISO untuk Ramadhan kita?


ada sesuatu yang suka saya nak extract dari artikel LangitIlahi yang best ni. :)

"Mahasuci Allah yang menguasi (segala) kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan kematian dan kehidupan, untuk menguji kamu, siapa dari kalangan kamu yang terbaik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. " [Al-Mulk 67 : 2]

ahsanu 'amala; yang terbaik amalannya. 
ahsanu bukan aksaru (terbanyak). 
kualiti bukan kuantiti. 
jom belajar memaknai.
"Biarlah amal kita kelihatan sedikit, namun ianya adalah yang terbaik. Yang memberikan gegaran di dalam jiwa kita. Yang mampu menyedarkan kepada kita bahawa kita ini adalah hambaNya. Yang mengetuk hati kita, yang membuatkan kita hendak membawa perasaan ini ke 11 bulan yang lainnya." -HA 

T__________T
huk.
 oh dear soul, 
please dont just let it passed. 
it gonna be the same; zero, stagnant.

 so harap sangat, tak banyak pun..satu pun takpe.
may one of it leaves mark in the soul.
Ramadhan kali ini, terkejar-kejar sikit. heh. kan dah penat.
moga Allah permudahkan, semuanya.




(ii)

اللهمّ, انّك عفوّ, تحبّ العفو, فعف عنّي
Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku…”

[HR Ibnu Majah dalam Sunannya : 3840]


suatu hari ni, Aishah radhiaAllahu 'anha ada tanya Rasulullah sallahu'alaihi wassalam, apa yang nak baca in case dapat jumpa Lailatul-Qadr, pastu kan Rasulullah ajar doa khusus ni untuk minta keampunan kat Allah. for sure sangat besar nilai dan makna doa ni sampai Rasulullah sarankan kita untuk amalkan. Ramadhan; bulan di mana semua orang semangat nak buru keampunan Allah sangat-sangat. jom jom. jangan ketinggalan.
:)




Thursday, August 2, 2012

batu bata kehidupan : re-posted.


28:24
dalam letih dan lelah
dia berteduh di bawah pohon, lalu berdoa;
Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir.
"Sesungguhnya aku ini kepada apa saja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah faqir."
doa nabi Musa, indah bukan. 
kita ini lagilah, 
terlalu memerlukan segala kebaikan dariNya.
terlalu sangat.
ayuh, 
dengan penuh raja' dan khauf; mengharap dan takut
kita minta
pada Yang Maha Mengakbulkan doa.

-20120802 : 1433Ramadhan14



hadiah dari langit malaysia.
tenkiu beribuuu lemon siti nurjawahir! hee. :'D
bulat penuh, terang benderang.
macam mentol. menerangi gelap pekat.
ciptaan Dia yang satu ini,
 selalu saja buat hati senyum tak henti-henti. 
 :)


pandang langit, 
aku rindu.
ya, di buaian besi itu;
luas, lapang
seluas dekapan.

pandang pasu bunga, 
aku rindu.
pasti sudah berwarna-warni
disiram penuh sayang.

pandang bulan di tengah pekat malam
aku rindu.
kelip-kelip bintang;
ada yang bersinar, ada yang kelam saja
ditemani.

teman gaduh, teman buli, teman ketawa,
aku rindu.
menggangguk perlahan dia,
kongsi cerita, kongsi air mata.

nasi putih dengan lauknya itu, 
aku rindu.
ditambah, diusung ke depan tv.
kasut bola, baju bola, kaki bola.

kasut angry bird yang kecil comel,
aku rindu.
mengomel dia sendiri dengan hello kitty.

senyuman mahal dia, apa lagi ketawanya,
aku rindu.
sudah bertaktih-taktih kata mereka,
lagi sedang membesar.

satu per satu gambar dilihat,
dalam setiap ruang dan inchi
ahh aku rindu.

halaman,
suasana,
dan seisinya
aku lagi rindu.

-20120801 : 1433Ramadhan13

sd: redup. memandang tenang. :)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 


"
(i)
tidak,
sorot pandang itu kosong -
tiada lagi makna yang menghidupkan;
dan susun kata lagi lompong -
tiada lagi rasa yang mengjiwakan.

(ii)
semalam,
pada langit kita khabarkan;
cerita jiwa dan semua doanya.
dengan langit kita dendangkan;
lagu jiwa dan segala iramanya.

lalu,
dengan penuh reda
kita langkah,
jalan yang panjang ini.

kelak.
"

-NM

-20120731 : 1433Ramadhan12

sd: mengakar kukuh. apepun, yang kamu tidak mengerti itu; kenapa? hanya ada pada Dia. tiada yang sia-sia.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


(i)
hari ini,
aku temui bidadari
bidadari dunia
wujud rupanya.

bukan fantasi,
ada. 
di depan mata; si bidadari
yang berpijak di bumi nyata
bukan dari cerita-cerita,
bukan dari novel islami,
bukan dari kisah teladan,
yang pernah aku baca
yang pernah aku sangka masakan masih wujud
sosok seperti itu 
tak terduga
ada. wujud.

menyentuh hati,
menitik perlahan
tanpa henti
diseka, diselindung
aturan Dia; tiada lagi yang lebih indah.

semuanya
untuk hari ini,
syukur..
ditemukan bidadari
satu dalam berjuta
di tengah kota raya yang sesak
di bumi yang jauh di hati ini
Dia mendekatkan
dalam pertemuan sesingkat itu
siapa sangka
dia bidadari
permata yang tersimpan rapi.

wahai bidadari dunia, 
moga-moga ketemu lagi.
oh ya, ajarkan aku juga 
untuk menjadi bidadari
kesayangan Dia. 

(ii)

kenapa private?
kenapa hide?
kamu tanya lagi.

kamu, 
aku sedang belajar cerminkan diri
lebih lagi.
aku ini; banyak debu pasir
kamu tidak tahu.

tiada selain itu,
selebihnya terpulang kamu.
sampai nanti,
kamu akan faham sendiri.

bila tiba ruang waktu,
aku kuat lagi
untuk berada di celahan itu
kamu akan lihat aku disitu.

jangan bimbang
aku ada saja; 
memerhati diri.
doakan aku.

tapi untuk kamu,
terima kasih.
banyak mengajar diri.


-20120729 : 1433Ramadhan10

sd: hirup perlahan; udara Ramadhan yang banyak mengajar. biar segar. membumi lah ke jiwa.  

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


waktu terkena, memang pahit
susah nak telan 

setiap orang
ada degilnya
ada egonya
ada pride tersendiri
tapi ada ketika; kena letak betul pada tempatnya
ada masa, kamu kena robohkannya
ada masa, kamu harus pertahankan

bukan sekadar rasional
bukan emosi saja
bukan untuk melepas geram dan tertekannya diri
bukan, jangan begitu
sampai ke mana pun, takkan selesai
berlaku jujurlah pada diri
salah itu, salah diri sendiri
cermin diri, insafilah
cuba sama-sama akui dan buat sesuatu untuk baik pulih
jangan melepaskan batuk di tangga saja
jangan begitu, dan begitu lagi
perkara yang sama, berulang kali
bukan untuk sekali, dua kali, 3 kali, berkali-kali
berantai-rantai, berlanjutan, countless
just getting worse
penat. untuk ulang cakap benda yang sama
while the fact is, takda apa pun yang berubah
itu, dan itu lagi

hidup bukan untuk ini, ini saja
bukan untuk itu, itu saja
ada yang lebih jauh dari ini dan itu.

-20120724 : 1433Ramadhan5

sd: (i) jangan rosak banyak sangat..aku tak tahu nak baiki macam mana. aku tak tahu. 
(ii) nafas Ramadhan...yang sesak itu leraikan..leraikan. leraikan. leraikan.... hembus perlahan. damaikan.