[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Saturday, October 10, 2015

the beginning is here : part 1

Assalamualaikum semua~! dan hai pembaca sekalian heeee.



Esok saya ada kelas dan sekarang jam sudah 11.40 malam tapi excited nak update blog heeee. Alhamdulillah sudah hampir sebulan lebih kami adik-beradik bertungkus lumus mengerah tenaga dan kudrat untuk mengubahsuai dan mendeko interior and exterior of the new house for becoming a cute little kindergarten~! :D 

Setelah memerah segala idea yang ada, alhamdulillah we managed to start everything from zero. Mula dengan isi berbagai-bagai borang dari JPN (Jabatan Pendidikan Negeri), then pergi ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk mendaftar tadika secara rasmi. Time ni la macam-macam nama tadika dah diusulkan tetapi terpaksa direject sebab dah wujud nama-nama tadika yang macam kami nak tu..at the end, punya lama sangat dah kat pejabat SSM tu..kami decide untuk beri nama tadika kami sempena nama taman perumahan lokasi tadika tu sendiri iaitu Taman Teratai Permai, muncul akhirnya Tadika Teratai Permai. Even mula-mula rasa tak setuju sebab macam cliche sangat je..konservatif je bunyiknya kan..

abang : ok ape nama tu
eli : apa simboliknya? kaitan ngan kanak-kanak
abang : kanak-kanak ni kan ibarat kain putih. bunga teratai kan warna putih..ada kaitan la tu
eli : owh macam tu je. ok la 

Begitulah asal usul nama tadika ni..hahaha. sebab tak mau dah nak ulang alik SSM banyak kali. setuju je la dengan nama tu walau dengan agak berat hati. tapi lama-lama emm.. ok la jugak. insyaAllah we gonna using our own program which is called as Muslim Generation, our future big dream to compete with the Little Caliph program. heee. insyaAllah. or maybe berdiri kukuh setanding like them one day. pray for us. :) 

Selepas dah hantar semua borang ke JPN dan diterima sepenuhnya oleh JPN (JPN dah tengok kawasan tadika tu dan approved), maka seterusnya ada 2 pihak utama lagi yang akan datang membuat tinjauan ke tadika yang didaftarkan tu, iaitu pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk kebersihan dan Bomba untuk keselamatan. dah settle semua yang tu, insyaAllah dapatlah jadi a registered kindergarten officially and happily~~ heee.

Untuk decoration, tak susah sangat rupanya nak lukis mural kat dinding tu. selalu tengok orang buat ja kan, tak pernah buat sendiri. di sinilah kami tumpahkan dan curahkan segala bakat-bakat kreatif yang terpendam selama ni. hahaha. sebelum nak design kat dinding untuk buat draft kosong kami akan survey-survey tengok contoh design orang lain. ada banyakkkkkk sangat kat internet. comel-comel dan cantikkkk sangat decorations untuk sesuatu ruang tu. lepas tu, design kat atas kertas after that terus lukis kat dinding. guna pensel jeeee. haha. mudah. tapi yang leceh bila tersilap nak padam tu yaaa ampunnn capek banget lengan gue. hahaha. lepas dah habis lukis kat dinding guna scale yang besar, kami akan cat guna cat minyak. a washable one. which means when ada budak-budak yang semangat nak tonjolkan kreativiti dorang dengan conteng dinding tadika, boleh la kami lap je guna kain buruk and hilang. heee. sangat suka guna cat ni. jenama TOA; thailand no 1 brand. harga pun sangat berpatutan kalau nak dibandingkan dengan jenama cat minyak yang lain. disebabkan ianya cat minyak, veryyyy easy to deal with this paint. bila terkena kat tangan dan nak basuh, dia jadi macam lekang dengan sendirinya daripada kulit kita. mudah nak basuh. bila nak cat straight dari pagi sampai petang pun semangat ja sebab within waktu nak solat tu sangat senang nak basuh tangan ambik wudhu. bagusss sangat. very recommended to all! :D cuma cat untuk luar rumah berbeza dengan dalam rumah. harga pun agak mahal sedikit sebab yang luar rumah perlu yang tahan dengan weather suma. tapi yang untuk exterior ni boleh guna untuk cat besi sekali. kalau yang cat interior tak boleh guna untuk cat besi, boleh lekang balik cat tu nanti. 

Part yang agak susah bila nak final touch up tu. agak rumit dan memenatkan sebab kena lebih teliti. dan satu lagi, kami hanya beli warna cat asas. makanya banyak warna lain kami hanya mix and try. haha. combine kaler yang tu dengan yang ni, haaa jadi tak warna yang cun tuuu. gitu je. saving and sooo affordable! challenge your creativity too!




 Exterior 

















Interior



before




after 



 

before : step 1, draft dinding



before : step 2, painting like crazyyy, panjat sana sini haha



before : step 3, mix up colour & cat bagi siap


after : tadaaaaa~! this is after 3 days hard work 



teaching materials for basic arabic


part of the interior design (nak buat ala-ala wallpaper haha)



this is a snow reading corner. muncul olaf di situ.
penangan frozen. lettt it gooo sangat. hahaha



eh ni bahagian exterior sebelum nak masuk main door.
yang ni dari draft, paint suma, im doing it. kekeee.
anak zebra so kecik. anak singa pulak obes. haha



so here you go~!
so excited for the coming student enrollment!
insyaAllah.
dear students, teacher waits for all of you.

:)


it is our tagline : "the beginning is here"

kecomelan. sukaaa. heee.


nusaibah & safiyya : ni sekolah sape? untuk kakak ngan adik?
me : aah untuk kakak ngan adik laa
them : nama apa sekolah ni?
me : tadika teratai permai. TTP.
them : cip cip pi
me : pun bolehh haha
them : macam bunyi burung je cik kinah. cip cip pi!!
me : ce tengok white board ni, pilih mana satu yang kakak adik paling suka.

ada 3 logo yang we are voting on at the first place. confuse nak pilih yang mana satu. so we asked for their opinions! heeee. nak bagi dorang rasa valuable this school for them. semangat bukan main lagi. first tu gamba anak pokok, second gamba cendawan, third gamba anak burung.

nusaibah : kak babah suka cendawan dengan burung tuuu (tunjuk kat whiteboard)
safiyya : kakak suka yang pokok dengan burung
me : okay. kita undi dulu yang mana banyak orang pilih.

at the end of the day, kami suma decide pilih logo yang gamba burung. 

eli : emm apa simboliknya burung ni
me : emm.. ala-ala baru nak belajar terbang. macam budak-budak ni laa
mayah : kannn. kita la nak teach depa bagi boleh fly high. cewahh haha

lebih kurang macam tu la asal usul logo ni muncul. haha. do check out our page on facebook! https://www.facebook.com/ttpkindergarten. sempat lagi tu. 

- - -

berharga.
all the experiences and new knowledge.
sangat.
banyak belajar.
penat tapi best :'))
alhamdulillah. hee.
ok dah dah la tu sakinah. tido.


0 sharing words: