kadang-kadang,
kita ni, dalam banyak perkara, suka sangat
over.
ya, over di sini membawa maksud berlebih-lebihan.
over happy.
over sedih.
over makan.
over tidur.
over nangis.
over gelak.
over main.
over jahat.
over baik. eh.
pokoknya, over itu ini.
tapi, yang mahu ditekankan di sini, over rasa. (?)
contohnya, rasa-rasa over yang macam ni :
"asyik-asyik aku je yang kena mengalah. orang lain tak pun."
"aku je yang selalu berkorban untuk orang lain. orang tak pernah buat pun untuk aku."
"aku je yang asyik buat semua benda. buat semua kerja. pikir sana sini. orang lain pikir diri sendiri je."
"takda orang pun orang appreciate aku.. bila susah, baru cari aku."
"penat tau tak. asyik-asyik aku je yang kena settlekan."
"haaa ni nak marah ni, senang-senang je buat ikut suka hati. tak pikir langsung orang lain. bukan nak bincang dulu ke ape, ikut ego sendiri je. padahal bila time susah.. aku yang tolong."
"biarlah orang lain bahagia.. biarkan aku sendiri menderita.."
aisehhh. ayat. bukan mainnn. over. -___-"
yup.
rasa kita la yang paling menderita. konon.
rasa kita la yang paling sedih abes. menyayat hati hidup ni. konon.
rasa kita la yang paling banyak buat untuk orang lain. konon.
rasa kita la yang paling sadis, tragis, kecewa dan sengsara. konon.
rasa kita la yang paling banyak pikir untuk semua orang. konon.
ya, kononnya. semata.
sebab realitinya,
itu menunjukkan betapa
sempitnya
jiwa kita.
bila mana kita selalu rasa kita je. kita. kita. kita.
kita la yang paling itu ini dalam semua benda..
makanya, sangat penting untuk
re-check balik hati kita.
re-diagnose iman kita.
re-evaluate niat kita.
mesti ada something wrong somewhere.
critical sangat dah tu.
sebab kan..
kamu tahu, orang sungguh itu apa?
"Orang sungguh baik itu bukan kerana berharap balas, apalagi penuh perhitungan, tapi semata kerana dia berharap janji Tuhannya.
Orang sungguh sabar itu bukan kerana terpaksa, tidak ada pilihan, tapi semata dia memutuskan percaya pada Tuhannya.
Orang sungguh berani bukan kerana sedang ramai, banyak yang membela, tapi semata kerana dia bergantung pada Tuhannya."
-Darwis Tere Liye.
ya, everything berbalik kepada Tuhan yang menciptakan setiap rasa itu.
berbalik pada Allah. Ya Muqallibal Qulb.
mungkin saja, kamu kata..
alaa.. asyik-asyik Allah je. susah la cenggini.
but that's the truth.
nak tak nak,
yakin atau tak,
kamu kena telan ini.
sebab,
itulah hakikat hidup.
itulah kebenarannya.
itulah solusi yang sebenar-benarnya untuk semua masalah yang ada dalam segenap penghidupan kita.
kenapa kamu tak pandang semua yang terjadi dalam hidup kamu itu datangnya dari Allah? yang susun atur setiap satu liku-liku hidup kamu tu adalah Allah, Tuhan kamu. Yang menciptakan kamu, Yang mematikan kamu. Yang memegang setiap helaan nafas kamu, yang nyawa kamu dalam genggamanNya. yang dariNya kamu wujud di muka bumi ni, dan kepadaNya kamu akan balik satu hari nanti. Yang tahu diri kamu keseluruhannya, dalam luar, atas bawah, kanan kiri, buruk baik kamu semuanya, ya, semuanyaaaaa yang mungkin saja kamu sembunyikan dari penglihatan manusia, tapi di mata Dia, kamu tu transparent. tembus sampai dalam-dalam semua Dia tahu.
maka,
mana mungkin Allah sengaja-sengaja, suka-suka
jadikan macam ini, macam tu
dalam hidup kamu
melainkan Dia dah beri yang paling terbaik sekali untuk kamu.
ya, mungkin bagi kamu
sedih tu sedih la. berduka lara abes.
kamu nampak takat tu je.
tapi Allah..
Dia tahu beyond that.
saat tu, tika tu, detik tu,
benar-benar tepat pada waktu tu,
tak kurang, tak lebih,
just exactly dat time,
yup, sedih tu paling terbaik untuk kamu.
air mata tu paling terbaik untuk kamu.
kerna Dia tahu,
kamu akan senyum semula untuk semua rasa tu,
satu hari nanti,
kalau bukan kat dunia,
akhirat nanti. akhirat nanti.
pasti.
ini soal iqtikad. kepercayaan. keyakinan. belief. faith.
tak nampak di mata. tapi terpasak kuat dalam qalb.
bertunjangkan iman kamu.
sekuat mana iman kamu, sekuat itulah kamu akan yakin.
.
.
.
"alaa cakap boleh la.. kau tak rasa.."
"hancur harapan aku... kau apa tahu?"
yes, aku tak pernah tahu apa yang kamu rasa.
dan kamu pun, tak pernah tahu apa yang aku rasa.
cumanya--
kita ini insan bukan.
cuba kamu tanya,
insan mana yang takda harapan,
insan mana yang takda impian.
semua orang ada. kecil mahu besar, pasti ada.
impian atas impian,
harapan atas harapan,
namun, dalam setiap satunya itu
jangan lupa..
adanya Allah,
untuk memberi dan merealitikannya.
dan Allah.. terlalu adil.
sangat adil dalam setiap pengharapan-pengharapan kita.
dalam membahagi-bahagikan harapan dan impian kita,
Allah sangat teliti aturan dan ketetapanNya.
Dia akan beri yang terbaik saja. mengikut pengetahuanNya yang tak terbatas.
dan kita yang banyak tak tahu ni, asyik rasa kenapa Allah tak makbulkan ke, taknak bagi itu ini kat kita. tertanya-tanya, sendu sendiri.
sebenarnya, kita kena tanam ni,
tambat kuat-kuat dalam hati, ikat biar sampai tersimpul mati.
yakinlah, kalau tak kat dunia, akhirat ada..
kalaulah hidup ni setakat kat dunia..
pasti jiwa muslim itu akan kecewa.
sebab tu, Allah selalu memujuk kita dengan adanya akhirat yang kekal abadi.
adanya akhirat, tempat pengembalian yang hakiki.
adanya akhirat, tempat pembalasan dan pemberian habis-habisan di sana.
adanya akhirat, sebagai penawar dan pengubat jiwa.
maka, jiwa kita akan tenang.
sebab kita tahu, dunia ni bukan everything.
dengan pujukan Allah yang satu ni lah, sepatutnya akan buatkan kita makin kuat!
kita akan banyak tak kisah dengan semua benda.
kita tak cepat terasa hati.
kita tak mudah kecewa.
kita tak rasa sedih over-over sangat.
kita senang nak ikhlaskan semua hal.
sindrom rasa 'asyik-aku-je' takkan ada.
malah, sindrom tu akan bertukar jadi positive charge untuk kita.
cuba katakan macam ni pada diri,
"asyik-aku-je yang rasa semua benda ni,
asyik-aku-je yang kena,
owhh.. nampak sangat Allah pandang aku lebih. :')
Allah sayang aku lebih.. dalam banyak-banyak orang, Dia pilih aku.
Dia nak aku dekat lagi dengan Dia.
Dia nak aku pikir Dia saja, dalam semua keadaan.
tiap tika, dan detik.."
yes, He puts everything aside,
to make your eyes clearer,
bagi tak nampak benda lain, biar nampak Dia saja.
cari Dia saja. mahu Dia saja.
only Him. Ya Rahman Ya Rahmin.
so at the end, it is just between
you and Him.
hati jadi kembang, senyum jadi lebar. :'D
comelkan lah rasa kamu tu.
Allah yang bagi kan.
sungguh, Allah tu kan..
terlalu. terlalu sayang kat kita.
kenapa tak pernah perasan?
kenapa tak pernah rasa?
bila kamu sayang Allah,
kamu akan belajar untuk sayang diri sendiri.
tengok cermin--
nampak siapa?
sayang yang dalam cermin tu dulu.
nanti baru kamu tahu nak sayang orang lain.
.
.
.
.
.
dan dalam setiap doa-doa yang kita panjatkan.
Allah dengar. Allah dengar. Dia tahu.
cumanya kita ni, selalu nampak yang satu tu je, doa kita tu jeeee yang Allah tak bagi-bagi lagi. padahal, mungkin saja Allah dah bagi sebenarnya. cuma dalam bentuk lain. yang kita tak pernah perasan.
ya,
aku juga,
tak ketinggalan.
meminta-minta. pada Dia.
macam-macam.
uncountable.
salah satunya,
nak kuat.
sampai tak sedar,
Allah dah bagi.
dah lama Allah bagi.
selama tiga tahun lebih ni,
Allah dah hadiahkan.
kekuatan dalam bentuk yang unik.
iaitu
dia, dia dan mereka.
:')
hadiah yang cukup berharga dalam hidup.
palu satu-satu nama mereka dalam doa.
yang dah ajar banyak benda dalam hidup ni.
tiga tahun rasa macam sepuluh tahun. ok over. haha.
tapi betul, rasa macam dah banyak sangat mereka beri.
direct and indirectly.
tengok mereka senyum je pun,
tak campur gelak sakan tanpa hirau lagi,
pun dah tak sampai hati nak moody,
rasa hilang semua,
nak join senyum sekali. :)
dalam lurus bengkok senget,
sedikit demi sedikit,
saling belajar untuk
melengkapi dan memahami.
.
.
.
.
.
urusan Allah, ajaib bukan.
kita saja yang tak pernah nak berhenti
untuk lihat sejenak,
dan bersyukur
atas setiap satu
yang telah Allah hadirkan.
:)
sometimes, in this life,
you do need to take some space,
and breath.
in shaa Allah you will be fresher.
.
.
.
.
.
"Don't worry.
The help of God comes in proportion to the hardship.
The greater your pain, the sweeter the comfort.
The harder your test, the larger the reward.
The bigger your wound, the stronger the healing.
The deeper the hole carves into you, the more fill you can contain."
-Yasmin Mogahed.
.
.
.
.
"jiwa yang boleh memusjabkan doa.. kunci kepada semua."
"tidak ada satu yang besar kesannya dalam hidup, lebih dari istighfar.."
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
[Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]
"Rabbi inni lima anzalta ilaiyya min khairin faqir."
[Al-Qasas : 24]
"apabila kita melihat ke langit, kita rasa kehidupan ini luas. kita lihat hidup ini luas.
kalau kita hanya lihat ke bumi, kita rasa kehidupan ini sempit.
sebab itu syurga itu seluas langit dan bumi.."
"dan kita berjalan di muka bumi ini dengan rahmat Tuhan. macam-macam rahmat yang Allah bagi sebenarnya. sebahagian yang kita miliki daripada kebaikan-kebaikan yang kita ada pada hari ini, tidak juga kerana usaha kita, tidak juga tersenarai dalam harapan kita. tetapi Allah telah memunculkan dalam hidup kita, apa yang kita tak sangka. dan apa yang kita tak sangka itulah sebenarnya merupakan harapan kita. dan inilah kehidupan.
kita sedang berjalan menuju ke destinasi yang akhir. kadang2 kita terfikir bila kita akan berhenti berlari dan berjalan. bila kita balik ke diri kita semata-mata, kita hanya hamba Allah.. selagi mana kita bertawakal kepada Tuhan, kita akan mendapati kehidupan ini sangat luas. dan jalan untuk Tuhan berikan ruang untuk kita hidup itu, ada di dalam berbagai warna dan rupa selagi mana kita berkata.. ya Rabb tolonglah aku.. wahai Tuhan, tolonglah aku.."
.
.
.
.
.
dan lagi,
tentang gaza
yang lagi sedang bermandi darah.
tak buat kamu terkedukah?
sakit yang tak pernah kamu terbayangkan
perit yang tak pernah kamu terasakan.
di mata mereka,
nampak syurga saja.
a very powerful words from a child in Gaza:
"The rockets may be above us,
but they have forgotten Allah is above them."
-Ayesha Ahmed.
.
.
.
malulah dengan risaukan rasa sedih kamu saja itu.
zoom out kan impian kamu,
biar sampai akhirat sana, samakan destinasinya.
mahu syurga juga Allah.
jadi, kena tegar dengan segala rasa sakit
yang meluluh jiwa
yang menikam raga sampai hancur
dulu kat dunia ni.
sudahlah.. redakan marahmu. tak guna marah-marah. tak guna sedih-sedih. doakan saja. Allah lebih tahu. pernah dengar ini, "Daun yang jatuh tak pernah salahkan angin. tidak juga membantah, mengikhlaskan semuanya." :') moga Allah redha. pasak saja itu kuat-kuat. biar membumi ke dalam jiwa. belajarlah, melunakkan jiwamu.
0 sharing words:
Post a Comment