[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Sunday, March 27, 2011

cerminan iman













pandang cermin.




hey, sila jangan buang buang iman kamu sesuka sesuki hati ok.


bukan suma orang dapat mudah mudah macam kamu. nyawa mereka pertaruhkan tahu. 


tapi kamu, yang memang Allah dah bagi sejak lahir, sesedap rasa kamu bazir bazirkan, campak campakkan sana sini, baling baling buat endah tak endah. just take for granted. eh tak takut ke? Allah boleh tarik bila bila masa saja apa yang kamu ada. jiwa kamu, iman kamu. anytime. anywhere.


takkan la kat akhirat nanti baru kamu nak sedih sedih, nangis air mata darah, rayu rayu minta belas kasihan, nyesal nyesal tak sudah,  kecewa abes abesan, frust gila nak balik dunia balik sebab nak sangat sangat buat amal sungguh sungguh. nak tunggu jadi macam tu ke? tak berguna dah ok time tu. USELESS.


jadi time sekarang, sila sayangi iman kamu ok. peluk dia kuat kuat, jaga dia baik baik, didik dia molek molek, rawat dia pelan pelan. better late than never. better tampal tampal apa yang koyak, jahit jahit balik apa yang robek, berus sental abes apa yang kotor, letak softlan apa yang keras-sangat-susah-nak-lembut tu, jangan lupa clorox sekali pun takpe bagi clean and clear sket. nak tempek tempek garnier (ops, takleh. boikot2. guna produk pemutih lain) bagi fair and lovely sket pun boleh, ingat juga untuk tutup ngan plaster plaster bagi luka luka kecik tu sembuh cepat plus bubuh antiseptic cream dulu ok, then nak sapu bio-oil pun ok gak bagi hilang kesan kesan parut lama and nak tenyeh tenyeh lotion pelembap bagi tak dry sangat ke. ok je suma. go on saja dengan segala usaha yang boleh kamu usahakan sehabis boleh, semampu kamu. 


tak kisah la macam mana cara pun kamu nak upgrade and renovate, but make sure..do it persistently, even sekecil mana pun usaha kamu tu.


and one more thing, bear in mind, Allah is always watching you! [34:11]
if Dia boleh nampak sekecik kecik usaha kamu yang bertaktih taktih terkemut kemut sambil kadang kadang tergolek tersungkur tengah jalan dalam on the way menuju Dia step by step tu, sila jangan buat buat lupa yang Dia juga nampak semua, ya semua everything and every single thing dosa yang kamu buat even seciput, sekecik, secenonet mana pun. jadi, jangan pandang sebelah mata setiap satu dosa dosa kamu tu. 


ya, memang Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dia Maha Pengasih di kalangan suma yang pengasih. tapi, itu bukan alasan untuk kamu buat-taubat-buat lagi-taubat lagi-buat balik-taubat balik-buat yang ntah ke round yang berapa-taubat untuk round yang ke berapa pun tak ingat dah.. and the cycle goes on. sila serius dengan taubat kamu. ya, memang kamu lemah and susah gila nak ubah diri kamu yang degil tu tapi kasih Dia, sayang Dia, pertolongan Dia, jalan keluar yang Dia bagi..terlalu  L U A S. so guna betul betul, serius serius, sungguh sungguh, disiplin iman bagi tinggi lagi.




ok, sekarang dah boleh paling dari cermin.








p/s-emo emo pulak.huu~....hold & grip. please. no matter what, ihdina s-sirata l-mustaqim!


p/ss-owh ya, saja nak ingatkan. sila sentiasa abaikan segala kerosakan bahasa yang semakin mengganas teruknya ni dalam semua post yang terpublish di blog ini. terima kasih. kerjasama amat dihargai dan segala kesulitan amat dikesali. gomen neh.. -_-"

Sunday, March 20, 2011

tiada hati mampu menafi



"An aesthetic pleasure arises when the soul finds its own inner harmony duplicated in its object." 
  
-Divine Inspiration: 7 principles of Islamic architecture 




"yang mengenal cantik itu hati,
lain hati, lain persepsi,

tapi,
tiada hati mampu menafi,
indahnya langit, bintang, pelangi

menjadi bukti,
Sang Pencipta mengetahui,
rahsia sekalian hati,
apa disuka, apa dibenci,

kerana Allah,
pemillik sebenar diri."


-quoted.






“Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t.
Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya.
Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah..

Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.”

-Ibnu Qayyim




p/s-hey soul; be strong, keep strong, growing strong. persistence-in-making. gambate nehh! you, do pray for me ;)

Friday, March 18, 2011

yesterday




No, this is not your legacy, this is not your destiny.
Yesterday does not define you.
Don't live in the past :)
kadang2 kita terfikir-fikir sangat benda yang sudah berlalu..kan?
-farhana yem


Sungguh, aturan Allah; tiada siapa yang tahu.

lihat mereka.


Allah aturkan keislaman seorang Hamzah, dan Hamzah itu antara kunci kekuatan Islam di medan Badar. 

Allah aturkan keislaman seorang Umar, dan Umar itu yang menguatkan Islam hingga mampu muncul terang-terangan di tengah Makkah. 

Allah aturkan keislaman seorang Khalid Al-Walid, dan Khalid Al-Walid itu yang menyelamatkan tentera Islam di Mu’tah. 

Allah aturkan keislaman seorang Ikrimah bin Abu Jahal, dan Ikrimah bin Abu Jahal itulah yang menjadi kunci kemenangan orang Islam di dalam peperangan Yarmouk.


unik kan, rencana Dia. dan..

kuat dan bersungguh kan, para sahabat ganti dan transformkan all their dark past stories before being a muslim with subhanAllah..with a such great influences and effects for Islam, for us; the future generation of ummah, after they became a muslim. 

kehidupan past and present mereka benar2 berbeza, bagai langit dan bumi. Islam menjadikan mereka keluar; dari kegelapan kejahilan kepada kecerahan sinar kebenaran, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat sana.


then..lihat kita.


seburuk, seteruk, sejelek, sedahsyat, sehitam, sekelat, sepahit, atau se'disaster' macam mana pun your past past storiess yang kalau boleh kamu nak delete sangat2 dari file hidup kamu tu dan klik empty recyle bin terus biar terhapus dari medan desktop fikiran kamu tu, nanti dulu..sekejap2..

it's a gift. which not everyone could experienced it or easily got it but it is exclusively just for the selected one, and you; one of them. be thankful, dat u were choosen :) 

but, not just be thankful and let it be a history of your life. make it as your most precious 'treasure trove' dat u ever had in this lifetime. so, this is the time! time to transform it. :) let all the past 'disasters' become a powerful weapon and a world worthy journey dat u have been go through and devastated before in shifting, painting, colouring and decorating the new series of your life; for the present and future. lets transform!! bak kata power rangers, "bertukaaaarr~!" ^^

kadang2, Allah timpakan kita sesuatu yang disangka tewas di mata insan namun, sebenarnya Allah nak bagi hadiah yang indah dan peluang yang eksklusif untuk kita mendekatiNya sejengkal demi sejengkal, setapak demi setapak. cuma dalam kadang2 itulah yang tak ramai yang sedari. dan...sesiapa yang tidak pernah mengalami, mungkin tidak dapat merasai dan memahami. 

yet, yesterday really really does not define you.


cuma..

jangan pernah berasa cukup dengan diri. cukup dalam erti kata..



"ala..cukup la ni apa yang aku dah buat. bagi sedekah, buat solat sunat, puasa sunat lagi..zikir2 harian lagi. kira banyak dah yang aku berubah. bukan senang aku nak buat macam ni suma..dah banyak benda aku korbankan.."

"cukup2 la ni dulu aku baca Quran 2 page dah tu..kira ok ape..dulu lagi teruk aku, tak pernah baca langsung!"

"bagus dah kira aku sekarang ni banding dulu! dulu jangan cakap la..jahat petala ke lapan tu..cukup2 makan la ni nak tutup2 aurat, nak cover2 lengan.. nak berubah takkan la nak drastik2 sangat.."

"kira ok la aku bagi 3 ringgit kat pak cik minda derma tadi..selalunya kalau dulu mana pernah aku bagi..cukup la banyak 2."


"cukup baik aku dah tolong dia. kalau tak..lagi teruk dia tadi! bukan nak hargai..ish2.."


"at least aku buat gak something untuk Islam dari orang2 lain yang tak buat langsung! kira cukup la tu.."


...

..

.

.

the list can goes on and on.

apa suma tu?

bisikan-bisikan diri yang merasa 'cukup' dengan apa yang telah dilakukan plus disecukup rasakan dengan hasutan busuk syaitan yang berselirat dan nafsu yang berselindung.


Al-Kahfi, 18 :

[103] Katakanlah (Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?"

[104] (Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.


takut kan. nauzubilahi minzalik. T_T

dan Allah sambung lagi..


[105] Mereka itu adalah orang yang mengikari ayat-ayat Tuhan mereka dan (tidak percaya) terhadap pertemuan denganNya. Maka sia-sia amal mereka dan Kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada hari kiamat.

lagi...

Al-Gasyiyah, 88 :

[1] Sudahkah sampai kepadamu berita tentang (hari kiamat)?

[2] Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina, 

[3] (kerana) bekerja keras lagi kepayahan

[4] Mereka memasuki api yang sangat panas (neraka)


eh eh pause kejap. dah bekerja susah2, penat2, payah2, teruk2, keras gigih lagi tapi...kenapa masuk neraka pulak? takutnyaa..T.T


Tafsir Ibnu Katsir menerangkan,


Ibnu 'Abbas radhiallahu 'anhu berkata, "Banyak wajah-wajah yang tertunduk hina dan amal perbuatannya tidak berguna."
Dan firman Allah "(kerana) bekerja keras lagi kepayahan", yakni sudah banyak beramal dan menjadi lelah kerananya. Namun demikian, di hari Kiamat masuk ke dalam api yang panas.
Al-Hafizh Abu Bakar al-Barqani meriwayatkan dari Abu 'Imran al-Jauni, ia berkata, "Umar bin al-Khathab radhiallahu 'anhu melewati biara seorang rahib (pendeta). Umar memanggilnya, "Hai rahib!" Maka rahib tersebut menengok kepadanya. Lalu Umar memperhatikannya dan ia menangis. Maka Umar ditanya, "Wahai amirul mukminin! Apakah yang menyebabkan engkau menangis?" Umar menjawab, "Aku teringat firman Allah di dalam kitabNya, "(kerana) bekerja keras lagi kepayahan, mereka memasuki api yang sangat panas (neraka)". Itulah yang menyebabkan aku menangis.

mudahnya, kita buat something all out abes abesan sampai penat2, lelah2..but at the end, nothing yang kita dapat. rugi kan. sape yang nak macam tu. tak nak, tak nak..~_~


jadi genggam kuat kuat, tanam dalam dalam, simpan rapat rapat dat all our deeds in every single moments is all because of Him. for Him. only Him. just Him. lets purifying our niat every now and then, as always as we could. yup, sometimes its not easy rite. hati manusia, jiwa ini mudah bolak balik kan. mudah sangat tersasar, tergelincir. yet, its not impossible too. hey soul, please please please~ keep trying hard, hard, hard. He is there, hearing all your du'a in any second. seeing all your tears in anytime. ... Allahu musta'an. :')




till then, Allahu a'lam. 

Tuesday, March 15, 2011

tunggu teduh dulu


hati aku menjerit,
tunggu teduh dulu,
tak sanggup aku lihat kau pergi,
meredah pedih terik mentari,
di dada biru langit,
lepaskanlah lelahmu,
hilangkanlah lenguhmu,
tunggu teduh dulu.

Duduklah seketika,
basahkan kering mulutmu,
dibakar menggila mentari,
lenakanlah tubuhmu,
letih meredah dunia,
pejamkan seketika matamu,
silau merenung suria,
tunggu teduh dulu.

Usah kau paksa,
meredah dunia yang tak tentu,
hati aku sayu pilu,
kau kini berderai berkeping,
tak seperti dulu,
tunggu teduh dulu..

-mohd shairazi mokhatar




kenapa teduh ditunggu??
langit mana yang sanggup menjerit hiba,
meminta sinar itu dihentikan?
walau bukan sinar itu kekal.

sang suria tersenyum bangga,
tatkala insan kerdil hina,
menyusun langkah menapak lemah,
menyusuri lembah gersang,
walau tanpa berteman,
tanpa relung suara berbicara,
tanpa hembusan nafas keluh,
tanpa lirik mata membenci,

teguhnya hati para nabi,rasul dan anbiya,
gurun panas gersang tetap diredah,
demi cinta akan dakwah,
khayalan dunia ditepis tidak diendah,
ah..kenapa kita begitu lemah?
jalan yg pendek dipilih tapi sibuk merintih,
sejauh mana liku hidup dunia diredah?
sampaikan hati terasa gundah?

benar dunia itu makin panas,
tapi jangan dipukul iman dihati,
jangan dibiar nafsu kuasai diri,
apatah lagi ujian duniawi,
takut malap sinar dihati,
teruskan langkah mu wahai asbab..
agar beroleh petunjuk ILAHI

-mohd shahidi jusoh




p/s- tak semua rasa dapat diekspresi dengan huruf, perkataan dan ayat. hanya mampu mengungkap; dari eskpresi jiwa lain. cukup itu termampu. yang tu biar dulu. yang penting usaha ini menuju Dia, satu per satu. yang ni biar padu. Allahu musta'an, Allahu musta'an.

Monday, March 14, 2011

need it..







Wahai Tuhan,
aku ingin bernafas,
pegang aku lekas,
jangan Kau lepas-lepas,
walau kelip mata sekilas,
walau berlalu masa sepintas.



-harith abdul malek


hope




i saw her.


she is trying... very hard. again and again.


and learning..


many "new" things that happens around her.


.


erti hidup pada memberi . . . ?


dia selalu dengar tetapi jarang memanifestasikan dalam hidupnya.


bila jiwa yang sempit itu Dia buka biar terbentang  l u a s.


menjadikan luasnya seluas barat dan timur.


. . .  .  .  .  terasa. sungguh, nikmat memberi yang tiada tolok bandingannya. hadiah yang indah, tak mahu apa2 lagi. cukup. penuh. terisi.


sejuk dan damai..


this feeling. keep it within her.


ya Allah, no matter what, no matter how, please....deeply, please.. ya Allah..


guide her.
hold her.
grip her.




in path, towards You.


.






you,


do pray for her.


she is too "fragile" somehow.


.






and i hope, i only hope..
she just fine.
fully under the best guardian of all; The Almigthy.
zutto. zutto. (always. always)