[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Monday, August 30, 2010

82 tahun?






Bismillahirrahmanirrahim.


Surah Al-Qadr, 97 : ayat 1 hingga 5.


[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,


[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?


[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.


[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);


[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!



Lihat. Itu janjiNya, tiada yang lebih menepati janji dariNya, Dia Yang Maha Menepati Janji.

Mengikut hijriah, satu bulan itu dalam 29 atau 30 hari.

Maka, jika 1000 bulan x 30 hari = 30 000 hari.

Satu tahun kira-kira dalam 365 hari. Seterusnya, 30 000 hari tadi dibahagi dengan 365 hari = 82 tahun !

Adakah kita masih lagi bernafas dalam usia setua 82 tahun itu??

Ada sesiapa yang pasti dia masih hidup tika itu?


Peluang


Ini Ramadhan 1431 H, mungkin ada lagikah Ramadhan 1432 H buat kita? Inilah peluangnya. Sekaranglah saatnya. Saat merebut segenap ruang masa yang masih diberikan olehNya. Fasa ke-3 Ramadhan bakal menjelma. Wahai pemburu lailatul qadr! Ayuh, teguhkan hati! Mohonlah, carilah, kejarlah, rebutlah, raihlah segala peluang yang terbentang luas di hadapanmu, dengan mengharapkan redhaNya, kerana Dia Yang Satu!

Peluang; mugkin hanya sekali ini, tidak semua ada buat kali kedua. Siapa tahu? Ayuh, gapaikan sekuat hatimu! Semampu dayamu! Jangan kita ketinggalam sebagai orang yang rugi tanpa apa-apa usaha! Sungguh, rugilah kita! Rugilah...! Bukan sahaja menangis di dunia, bahkan akhirat sana pastinya. Namun, air mata di dunia, kita masih punya harapan untuk membaiki dan berusaha tapi air mata di akhirat...tiada maknanya lagi, sia-sia..


Berusahalah, berusaha dan terus berusaha..biar lelah, sampaikan lelah itu lelah untuk mengejarmu lagi. Agar ia sedar berusaha dan berjuang selelah itu bukan untuk kehidupan sesingkat ini. Hinggakan kita cukup berani untuk mengatakan..


Ya Allah, Ya Bashir, The All-Seing..

saksikanlah..sungguh;


"..aku bersaksi bahawa aku manusia berusaha..
..menaiki tangga-tangga perubahan dan tidak berputus asa.."

Satu Perkongsian


Sebuah perkongsian dan luahan pandangan dari Saudara Hilal Asyraf, yang dilakarkan pada tahun lepas tanggal 13 September 2009 yang bersamaan dengan 23 Ramadhan 1430H. Moga memberi kesan pada jiwa-jiwa insan yang mahu berubah dan mengubah.

................................................................

10 malam terakhir.
Yang seronoknya 10 malam terakhir dalam Ramadhan adalah, kewujudan lailatul qadr. Malam yang Allah SWT sendiri isytiharkan bahawa, ianya lebih baik dari 1000 bulan.
“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5.
Ramai orang mencari-cari malam Al-Qadr ini. Nak ibadahnya dikira macam dia beribadah lebih dari 1000 bulan katanya. Maka macam-macamlah caranya orang berusaha mendapatkan malam ini.
Ada yang pada 10 malam terakhir ini, dia bersungguh-sungguh buat ibadah tanpa henti, mengisi waktunya dengan sebenar-benar pengisian. Tak kurang juga yang hanya pilih malam ganjil sahaja, malam genap dia tak sungguh-sungguh. Ada pula yang hebat dalam kira-kira, membuat pengiraan matriks, menjangka bila datangnya Malam Al-Qadr untuk tahun ini dan tahun mendatang.
Macam-macam. Mungkin kita ini sebahagian dari yang banyak-banyak berusaha itu.
Jadi, sekarang dah tiga malam berlalu. Anda dah jumpa Lailatul Qadr?
Apa perasaan anda, kalau saya kata:
“Lailatul Qadr itu malam tadi”
?
“Ish, mana ada. Takkan malam tadi”
“ha’ah la, tak ada pun tanda-tandanya”
Mungkin sebahagian orang akan menyangkal kata-kata saya itu.
Tapi saya yakin ada pula sebahagian orang yang akan berkata:
“Betul la. Semalam memang lailatul qadar. Aku dapat rasa”
“Ha’ah la, aku dapat tengok tanda-tandanya. Tandanya itu… ini…”
Baik, sekarang tahukah anda, kenapa ada orang menyangkal, dan kenapa ada orang menyokong?
Sebenarnya, yang menyangkal adalah mereka yang tidak bangkit, tidak beribadah sungguh-sungguh malam tadi. Bagi yang terbangkit pula, mereka akan kata malam itulah lailatul qadr. Sebab ada kemungkinan, hari lain mereka tak bangkit. Jadi hari yang terbangkit, itulah lailatul qadr. Hari yang tak bangkit, itu bukan lailatul qadr.
Sebab itu ada canda berbunyi:
“Orang arab, mereka set tarikh Lailatul Qadr pada 27hb Ramadhan. Tapi kalau orang melayu, Lailatul Qadrnya bila mereka terbangun, dapat buat qiamullail dalam 10 hari terakhir”
Saya tak tahu pun semalam itu lailatul qadr atau tak.
Tapi apa perasaan anda, kalau benar semalam adalah lailatul qadr?
Mesti ada sedikit selitan rasa kecewa dalam jiwa bukan?
“Ish, kenapa la aku tak tidur awal semalam?”
“La, kenapa la aku lalai sangat buat kuih sampai tak buat apa-apa ibadah semalam?”
“Aiseh, shopping sampai lupa dunia, terlepas lailatul qadr”
“Aku tidur dari lepas buka, sampai nak subuh. Lailatul qadr rupanya”
Macam-macam mungkin akan terlintas dalam hati kita yang terlepas lailatul qadr kan?
Sebenarnya, lailatul qadr bukan perlu kita tunggu-tunggu dia. Bukanlah sepatutnya kita, menunggu, mencari-cari tandanya, baru hendak bergerak beribadah. Kalau begitu, yang kita sembah adalah lailatul qadr, bukan Allah SWT.
Ada hikmah, kenapa Allah tidak bagitahu secara jelas, bila malam yang mulia, penuh barakah ini. Sama seperti sebabnya kenapa Allah tidak bagitahu bila kita mati.
“…Untuk melihat, siapakah antara kamu yang terbaik amalannya…”Surah Al-Mulk ayat 2.
Agak-agak, adakah gandaan pahala, gandaan amal yang lebih baik dari 1000 bulan itu, Allah akan bagi pada kita, dalam keadaan kita ini lalai kepada-Nya? Dalam keadaan kita ini jauh daripada-Nya? Dalam keadaan kita ini tidak bersungguh-sungguh langsung mendekati-Nya?
Ada orang kata, lailatul qadr ini luck sahaja. Dapat dapat lah. Tak dapat, tak dapat lah.
Itu satu pendapat yang salah saya rasa. Lailatul Qadr, adalah salah satu dari rezeki-rezeki Allah SWT kepada hamba-Nya yang terpilih. Terpilih di sini, bukan nasib baik. Tetapi terpilih kerana kesungguhnnya, terpilih kerana mungkin ada amalnya yang terangkat di sisi Allah, terpilih kerana dia memang meminta kepada Allah SWT.
Siapakah antara anda yang berdoa: “Ya Allah, berikanlah aku rezeki dapat beribadah pada malam lailatul qadr?”
Biasanya, orang melayu akan kata: “Harapnya, kita dapat berjumpa malam lailatul qadr pada Ramadhan kali ini”
Sekadar berjumpa, memang semua kita akan berjumpa dengan lailatul qadr. InsyaAllah tak akan miss, melainkan kita tidur dari lepas asar sampai pukul 7.00 pagi esoknya, setiap hari, pada 10 malam terakhir.
Tapi masalahnya, siapa yang diizinkan Allah, dipilih oleh Allah SWT untuk beribadah, memohon apa yang ingin dipohon, pada malam yang mulia ini?
Inilah ruginya orang yang tidak bersungguh-sungguh sedari awal Ramadhan. Yang dia tahu, menunggu 10 malam terakhir. Tapi bila tiba 10 malam terakhir, dia tetap tidak mampu bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana dia telah lemah selama 20 hari. Mustahil orang yang tidak pernah berjogging langsung, boleh masuk pertandingan maraton 50KM.
“Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi mungkin nanti malam lailatul qadr tu tertidur ke, kan sia-sia juga”
Mungkin sebahagian kita bagi alasan begitu pula.
Tak mengapa. Terlepas pun tak mengapa kalau kita dah sungguh-sungguh dari awal. Pada saya, orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh. Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah lailatul qadr, mengharap redha malam itu kepadanya.
Dan jangan kita pandang enteng rahmat Allah SWT kepada orang yang berusaha mendekati-Nya dengan bersungguh-sungguh. Saya tak pernah rasa, bahawa Allah SWT akan mesia-siakan hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh itu. Orang yang bersungguh-sungguh ini, pastinya Allah akan berikan yang terbaik untuk-Nya.
Kalau tak dapat lailatul qadr, tapi dapat redha Allah, dapat pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira kemenangan?
Kalau dapat lailatul qadr, tapi kemudian tetap jadi manusia ingkar, tak ikut peraturan yang Allah tetapkan, maka apakah yang besarnya? Pahala lebih dari 1000 bulan itu, kemungkinan akan susut dengan sikap suka mengumpat, dengan dosa-dosa, dengan menganiaya orang lain dan sebagainya. Dapat lailatul qadr, lepas tak bangun dah qiam pada malam-malam lain. Adakah itu kemenangan?
Sedangkan, kita semua faham bahawa bukanlah lailatul qadr itu yang memberikan pahala. Allah jugalah yang memberikan pahala kepada kita.
Kita masih ada 7 hari lagi, ada 6 malam lagi. Masih sempat perbaiki niat, perbaiki matlamat untuk kita raih redha dan pengampunan Allah SWT dalam ramadhan ini. Mungkin kita terlepas lailatul qadr pada malam 21 atau 23. Tapi pengampunan dan redha Allah itu masih terbuka.
Mari kita bersungguh-sungguh, mendekati-Nya, meminta agar Dia membenarkan kita menjadi hamba-Nya yang terbaik!

0 sharing words: