"Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangkit BERUSAHA." [25:47]
Bangkitlah! terus bangkit berusaha! Walau dalam susah, walau dalam payah, terus berusaha sehabis dayamu. kerna Dia. hanya Dia. tiada yang lain.
"Semalam semangat la sket nak baca..arini nape ntah rasa macam takda mood ja nak baca..dah la tak paham apa yg lecturer tu cakap td..ish, malas la!"
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun rasa BERAT, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [9:41]
Dalam senangmu, susahmu.
Dalam sukamu, dukamu.
Ber J I H A D lah!
kerna Dia yang Maha Mengetahui segalanya
menjanjikan itu LEBIH baik buat kita.
ya, itu janjiNya. sungguh, Dia tidak pernah memungkiri janji.
"Emm..solat subuh dah la mcm selalu terlambat ja..pastu, nak bangun tahajud pun susah. Solat sunat pun buat kadang2 je. Puasa sunat lagi la jarang2! Sedekah mcm dah lama ja tak bagi..huhuu..ape la aku ni, banyak kena baiki diri lagi ni! emm..org mcm aku ni..ada chance ke nak masuk syurga?"
Rasulullah saw bersabda (maksudnya): "Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu. (agama),maka Allah akan memudahkan baginya jalan kesyurga" [HR Bukhari no.23]
moga, jalan juang ini.
jalan sukar ini. jalan onak duri ini. jalan perit ini.
memudahkanku ke jalan menuju ke syurgaNya.
moga, diikhlaskan hati agar semuanya krnMu.
"Ingat senang ke belajar? susah tahu! mcm2 kena hafal, mcm2 kena ingat, mcm2 kena beli, mcm2 kena dgr, mcm2 kena buat, mcm2 kena cari..siang malam! penat sgt..." T_T
"...niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ILMU pengetahuan beberapa DERAJAT. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan" [58:11]
penatmu itu ada harganya. penatmu ini ada nilainya.
Dia memandangnya. Dia mengiranya.
setiap titis air matamu itu, Dia tahu.
setiap titis keringatmu itu, Dia kira.
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" [39:9]
Lihat...tidak sama bukan?
Jom, Tak Nak MALAS! :)
4 sharing words:
final nk dekat dh...
tp malas masih menguasai diri...
astargfirullah!!
xpe, kita usaha kikis sikit demi sikit rasa malas ni, buang jauh2!
jom, tak nak MALAS! :))
artikel yg sgt bgus.... :)
dsampaikan dgn cara santai namun bkesan... :)
bnyak artikel best dlm blog ni...
teruskan menulis, dan bkongsi..
saya mnta izin, copy dah share boleh? .... :)
jazakillahu khairan katseera.
semua pujian hanya kepada Allah yg memberi idea & ilham utk menulis dan hanya Dia yg berkuasa membuka hati2 insan menerima limpahan cahaya ilmuNya. :)
insyaAllah, doakan sy boleh terus istiqamah ya.
boleh sgt2 huda, sila2. mmg amat dialu2kan. moga bermanfaat :)
Post a Comment