[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Saturday, May 29, 2010

jom cintakan ilmu!




ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya.

ilmu bukan hanya utk minda, tapi jua untuk hati.
moga dgn ilmu, dapat membersihkan hati..
menjernihkan kefahaman, menguatkan rohani..
sebaik2 ilmu, menjadikan kita semakin dekat dgnNya.

jom C I N T A kan ilmu! :D

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan,
Dia menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia.
Yang mengajar (manusia) dengan pena.
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Sekali-kali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas.
Apabila melihat dirinya serba cukup.
Sungguh, hanya kepada Tuhanmulah tempat kembalimu."

[Al-Alaq:1-8]



kita la tu kan?



opss..!!

cuba tukar tv dengan laptop; yang kita habiskan berjam2 depannya dgn perkara2 yg tak berfaedah & tak memberi manfaat..hanya sekadar utk berseronok dan suka2..lebih2 lagi bila habis exam.

kita la tu kan?

cuba tukar remote dengan mouse; yang kita klik sana sini tanpa henti, tanpa tujuan..hanya sekadar menjamu mata tanpa kita sedar sampaikan, "eh dah zohor?" "asar dah ke?" "owh margrib dah masuk la.." "nanti la isyak, kan lama lagi nak abes waktu"

kita la tu kan?


Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam K E R U G I A N..
kecuali :

1. orang yg beriman
2. org yg mengerjakan kebajikan
3. saling menasihati utk kebenaran
4. saling menasihati utk kesabaran

[Al-Asr : 1-3]

Jadi, gunakan laptop kita utk sesuatu yg tidak akan meRUGIkan kita di dunia & akhirat sana.

Percayalah, satu saat di dunia ni cukup berharga buat bekalan akhirat nanti, hinggakan kita rasa mahu pulang ke dunia utk buat kebaikan namun tiada peluang lagi saat kehidupan dunia ini tiada lagi tika itu.

Percayalah, satu helaan nafas & detakan jantung ini adalah peluang utk kita meraih syurgaNya. ayuh, manfaatkan ya kawan2 semua!! jom2! :)

tak nak malas!



"Alaa..asek2 exam! asek2 exam! malasnya nak baca buku..dah la banyak pulak tu.."

"Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangkit BERUSAHA." [25:47]

Bangkitlah! terus bangkit berusaha! Walau dalam susah, walau dalam payah, terus berusaha sehabis dayamu. kerna Dia. hanya Dia. tiada yang lain.


"Semalam semangat la sket nak baca..arini nape ntah rasa macam takda mood ja nak baca..dah la tak paham apa yg lecturer tu cakap td..ish, malas la!"

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun rasa BERAT, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [9:41]

Dalam senangmu, susahmu.
Dalam sukamu, dukamu.
Ber J I H A D lah!
kerna Dia yang Maha Mengetahui segalanya
menjanjikan itu LEBIH baik buat kita.
ya, itu janjiNya. sungguh, Dia tidak pernah memungkiri janji.


"Emm..solat subuh dah la mcm selalu terlambat ja..pastu, nak bangun tahajud pun susah. Solat sunat pun buat kadang2 je. Puasa sunat lagi la jarang2! Sedekah mcm dah lama ja tak bagi..huhuu..ape la aku ni, banyak kena baiki diri lagi ni! emm..org mcm aku ni..ada chance ke nak masuk syurga?"

Rasulullah saw bersabda (maksudnya): "Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu. (agama),maka Allah akan memudahkan baginya jalan kesyurga" [HR Bukhari no.23]

moga, jalan juang ini.
jalan sukar ini. jalan onak duri ini. jalan perit ini.
memudahkanku ke jalan menuju ke syurgaNya.
moga, diikhlaskan hati agar semuanya krnMu.


"Ingat senang ke belajar? susah tahu! mcm2 kena hafal, mcm2 kena ingat, mcm2 kena beli, mcm2 kena dgr, mcm2 kena buat, mcm2 kena cari..siang malam! penat sgt..." T_T

"...niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ILMU pengetahuan beberapa DERAJAT. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan" [58:11]

penatmu itu ada harganya. penatmu ini ada nilainya.
Dia memandangnya. Dia mengiranya.
setiap titis air matamu itu, Dia tahu.
setiap titis keringatmu itu, Dia kira.

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" [39:9]

Lihat...tidak sama bukan?


Jom, Tak Nak MALAS! :)


we all will die.





"Yeke kena seimbangkan dunia dan akhirat? ke..kena lebihkan or utamakan yang salah satu?"

"Sedangkan kamu memilih kehidupan dunia, padahal akhirat itu lebih baik dan lebih kekal." [87:16-17]

so..dah tahu kan nak kena lebihkan yang mana? ^^ tapi..adakah Allah suruh kita tinggalkan dunia terus?

"Carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerusakan." [28:77]

subhanAllah! betapa syumulnya Islam! namun, kita tetap kena ingat..

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."

ya, dunia yg manusia tergila2kan ini; hanyalah senda gurau dan permainan.

jadikanlah, dunia ini farmville buat akhirat sana.
di sinilah kita 'tanam, semai dn baja' segala amal kebajikan
agar di sana nanti kita dapat 'tunai' hasil yang terbaik!
moga, hasil tanaman kita subur menghijau,
menghiasi jalan menuju FirdausiNya.


dan ingatlah, setiap yang hidup pasti akan mati.
dan setiap yang mati pasti akan dibangkitkan dan dihisab kembali.
ayuh..kembalilah kepadaNya.
jalan pulang kepadaNya terlalu L U A S.
Dia menanti taubat dan rintihan kita tanpa jemu, tanpa henti. :)

Friday, May 28, 2010

musuh ketat!!



"Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah." [35:5]

"Alaa..ni suma salah setan la..dia kan musuh kita. dia yg hasut suruh buat jahat."

ya, dia memang musuh kita. tapi betul ke kita jadikan dia MUSUH yg sebenar-benar MUSUH? ke..kita buat2 je mcm ala2 musuh, musuh tapi mesra? O_o

"Sungguh, syaitan itu MUSUH bagimu, maka PERLAKUKANLAH ia sebagai MUSUH, karena sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." [35:6]

walau apapun yang terjadi, membujur lalu melintang patah, musuh tetap musuh! 1400 lebih yang lalu Allah dah memeterai permusuhan secara terang-terangan antara kita dan syaitan.

"Sungguh, syaitan itu musuh yang NYATA bagi kamu" [36:60]

so..no kompromi! jom mujahadah!!

aha! Allah siap dah bagi petua mcm mna nak jauhkan diri dr syaitan yg direjam!

"Dan jika syaitan menganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui." [41:36]