[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Saturday, March 24, 2012

mana mungkin tak tersenyum (i)


Dalam hidup yang penuh berliku ini, Allah hadiahkan kita dengan mereka-mereka yang hadir menemani setiap sisi-sisi kehidupan :


1) keluarga

along dah penat masak ni, acik la pulak sidai baju. cepat gi sidai sana. tengah terik lagi ni, kang petang hujan.
alaa..acik dah sapu rumah la.. suruh la angah yang sidai.
takda-takda, angah tengah basuh pinggan mangkuk yang berlambak tu, acik je la yang sidai. berkira sangat..
orang penat jugak oo..mana aci, along buat ape lepas ni? haa takda kan. along pun berkira..
along nak lipat bajuuuu la. -__-" baju yang kering semalam ada dua bakul lagi. bersepah-sepah nuu haa. acik ada nak lipat? takda punyaaa. 
yela yelaaaaa..

ni adik, kenapa suka campak tuala kat sini nih haa? berapa kali nak cakap sangkut balik lepas guna. yang ni pulak, baju busuk ni. boh la kat bakul sana tu haa. yang longgok-longgok kat sini ni kenapa. haiihh~ satu lagi, tak reti-reti nak refill balik ke air sejuk dalam fridge tu lepas minum? pastu..yang kipas ngan lampu kat bilik, susah sangat ke nak tutup balik bila keluar..lagi, yang suka sangat tak nak shut down komputer ni kenapa, download apa yang banyak sangat, berjam-jam, tak habis-tak habis..haa game tu pulak, sudah-sudah la..kan dah besar, form 3 dah..  (bla,bla,bla.....etc etc etc..on and on)
along ni bebel apa.. orang ngantuk la. dah abes belum? nak tido ni.
adik dengar tak yang along cakap tadi. ingat tu. jangan asyik-asyik jawab terlupa je..
along cakap ape..? orang pakai earphone la tadi, dengar lagu. 
adikkkkkkk~!! -___-"

bangun, bangun! subuh~! (bahunya digoncang-goncang)
(menggangguk perlahan. masih mamai dibuai mimpi)
ish cepat la bangunnn! dah nak lewat la! cepat laa acik! bangun!
aishh..jap la. nak bangun la ni.. (mata digosok-gosok. duduk membungkam)
(seminit dua dia masih duduk mengeras, tanpa sedar kepalanya terlentok semula ke atas bantal)
acikkkk~!! bangun laa! ish. susahnyaa la nak bangun.. (bantal ditarik. mukanya tersembam ke tilam)
angah niiii~ jap la....alaa.. (mata masih terpejam rapat)
dah lewat tau tak. nak terang dah kat luar tu. kot ye pun cuti sekolah, takkan subuh pun nak cuti sekali. 
(dengan penuh malas dan berat kakinya, dia melangkah ke bilik air dengan muka sememeh)

ayah panggil tu adik. cepat la pegi.
alaa..ada keja nak buat la. angah la pegi.
takda-takda, angah nak pegi tolong mama. pegi la sana.
ish. angah ni.. saja je kan.
ape pulak..adik la, adik kan laki. orang laki la kena buat keja kat luar rumah.
alaa..ape salahnya orang perempuan tolong sekali.
amboi..time orang perempuan masak kat dapur, ada orang laki tolong? takda pun kan. orang perempuan kat dalam rumah, laki la yang kat luar rumah. 
ish..penat la mesin rumput. cabut-cabut rumput. nak kena basuh keta suma tu..
abes tu..ayah sorang-sorang kat luar tu tak penat? pegi la tolong..

(di suatu petang yang hening)
jom jalan-jalan jom~!
takyah nak jalan-jalan sangat la..exam nak dekat kan. dok umah je.
alaa..nanti kan along nak balik sana dah. dah lama tak jalan-jalan ngan along. 
yok ye je. takyah nak sweet-sweet sangat la..alasan je kan tu. dok umah, baca buku.
along ni...emm klu dok umah, buatkan kek coklat lagi plissss..
baca buku dulu, nanti along buat.
betul ni? seyes?! janji ar..
iye iye. janji. cepat amek buku.
hoyeayyy!

mama, kenapa susah sangat eh nak jadi baik? susah ar..
emm..? kenapa eh.. tu la. memang susah pun. rasa-rasa angah kenapa?
setan la ni kan. jahat ar setan! suma salah dia la! klu dia takda, mesti senang nak jadi baik.
yeke? memang totally salah setan ke.. or kita ni yang tak berusaha sehabis upaya?
dah usaha la mama. tak leh. susah. seyes susah. kadang-kadang rasa malas nak jadi baik. susah sangat. haishhh. 
dalam dunia ni kan angah, takda yang senang.. sumanya susah. nak senang yang sebenar-benar senang tu..kat sana.
sana? sana mana?
akhirat. akhirat sana..
yeh?
a'ah..sebab kita dah susah-susah kat sini. baru la leh senang-senang kat sana. klu suma dah senang kat sini, kat sana susah la..
...tapi kan mama, ada je angah tengok sesetengah orang tu macam senang je berubah jadi baik. sejak azali memang baik kot. bagus je dia. rajin solat malam, zikir, selalu baca quran, derma sana sini..pastu penyabar, tabah, bertolak ansur..banyak lagi la. kira macam suma yang baik-baik tu, suma ada kat dia. jeles oo..
oo..jadi angah rasa angah jahat la? jahat macam mana tu?
jahat la. entah. banyak benda yang rasa susah sangat nak ubah, nak buang. 
aa..baik la tu.
eh?
orang baik takkan rasa dia baik. yang penting kan angah, angah usaha. Allah nilai usaha angah. rayu kat Dia, ngadu kat Dia. doa sungguh-sungguh..cakap la, "ya Allah, aku nak jadi baik ni..kenapa susahhhhh sangat? plis ya Allah..pliss pliss..kuatkanlah aku...plissss.." rintih. rintih sangat-sangat kat Allah. macam mana kita merayu kat manusia, kat Allah kena lebihhhhh lagi. 

- - - - - - - - - - - -

ada pernah alami mana-mana moments di atas?
yup, nampak kecil..tapi impaknya sangat besar. 

dari keluarga, kita mula belajar banyak perkara-perkara kecil, "oo air kena banyak ni ke klu nak masak nasi 4 pot.." "macam ni ke nak iron tudung licin.." "klu nak sidai baju, lagi elok terbalikkan dulu supaya warna baju tak pudar eh.." dan banyak lagi benda-benda kecil yang jarang kita dapat belajar dari luar. yup, general knowledge. common sense. seni kehidupan.
dari keluarga, kita membesar melihat dunia melalui kaca mata mereka dahulu.
dari keluarga, kita dapat banyak ilmu agama yang ustazah sekolah rendah tak dapat nak didik kita, tapi mama dan ayah boleh terapkan dari kecil, "keluar rumah..kena pakai tudung." "lepas margrib, baca Al-Quran ramai-ramai. mengaji sorang demi sorang depan mama." "laki perempuan tak leh kawan sesuka hati je..ada batas." "kat rumah kena solat jemaah sama-sama dengan ayah.."  
dari keluarga, kita dibentuk dan membentuk. luar dan dalam.

tak dapat dinafikan..siapa kita yang hari ini, sedikit sebanyak menggambarkan pembentukan jati diri dari hasil celupan keluarga kita. plus minus faktor-faktor sekitar juga tak ketinggalan.

tak kisah la dalam keluarga kita..kita ini angah ke, along ke, acik, alang, uda, usu atau apa saja panggilan kita, yang penting..kita dah betul-betul jalankan tanggungjawab dan peranan kita dalam keluarga tak? sejauh mana kita menghargai mereka?

dan tak kisah la macam mana pun keluarga kita, tetap kita sayanggggg sangat mereka-mereka kan. walau dengan nakalnya, gaduhnya, banyak songehnya, degil dan buasnya..tetap...mereka dekat di hati. :') even compare dengan mana-mana family lain, maybe family kita tampak banyak kurangnya serba serbi..tapi tetap...mereka penuh memadati setiap ruang-ruang hati. :)) untuk semua jahat baik kita yang mereka tahu, buruk teruk dahsyatnya perangai kita..tetap...mereka terima, tegur dan sayang selalu. 

sangatsangatsangatsangatsangat suka gambar ni. 
tranquility in the air. heart warming seeing it. :)


- - - - - - - - - - - - - - 


ohana means family.

                          

   



                         

                                                               
 
                         

                                     

                         


         

                    

                         






                         






- - - - - - - - - - - - - - 


dari corong telefon..sayup-sayup kedengaran suaranya.
“kenapa..?”
"emm..takda apa-apa..hehe. saja. tengah hepi je ni.."
“eleh..ingat mama tak tahu ke..mesti ada apa-apa. nak nangis kan tu..? nangis la.. mama ada ni..”
air mata yang dah bergenang-genang sejak tadi, mana mungkin tak tumpah. jatuh berderai. satu per satu.
dalam hati..”mama..kenapa mama selalu tahu apa yang along rasa..?”
ya Allah..time tu, hanya Allah je tahu..macam mana rasa itu. lerai semua yang berserabut. kata-kata dia, pujukan dia; penawar. sejuk hati dengar.  terus, mahu apa lagi..diri terasa cukup. dengan kasih sayangnya. mana mungkin tak sayang. sayang dia; sepenuh jiwa.
  
pagar rumah dibuka. motorsikal disusur masuk.
kakinya melangkah perlahan. pintu rumah dikuak.
terus dia meluru masuk dan memeluk.
aku terdiam. kaget. eh. kenapa ni? tak pernah-pernah macam ni. pelik sangat ni.
“angah sori..sori angah…sori sangat…….”
“hey..kenapa ni…orang laki mana boleh nangis..”
dia dah mula tersedu-sedan. masih peluk. bahu basah dengar air matanya.
“alang.. jangan macam ni..cerita kat angah….kenapa ni..jangan nangis macam ni..” mataku turut berkaca-kaca dah. menitis perlahan.
alang yang selama ni control macho hensem bergaya sedang menangis tak berhenti di bahu kakaknya. mana mungkin tak risau.
alang yang selama ni tak pernah nak tunjuk lemah depan siapa-siapa sedang menangis teresak-esak seperti budak kecil dalam pelukan kakaknya. mana mungkin tak sayu.
“takpe..takpe..cerita slow-slow kat angah…”
dalam suara yang berat..“ayah..ayah sebenarnya ada beli hp baru untuk angah..pastu hp tu ada rosak sikit program dia..ayah suruh alang pegi tukar kat cina yang jual tu. tapi rupa-rupanya cina tu tipu, dia tak bagi-bagi balik hp tu. dia janji nak jumpa pagi tadi untuk pulangkan balik lepas baiki, tapi dia tak datang. alang tunggu dia dari pagi tadi sampai petang. dah call dia banyak kali tapi tak dapat…dia tipu…hp angah dia tak bagi balik…” penuh rasa bersalah nadanya..
“laa…sebab tu je.. patut tak balik rumah dari pagi tadi..takpe la..takpe. takpe.. dah..dah…..jangan nangis..jangan nangis…..” memujuknya perlahan dalam sedu..
“tak dapat nak bagi hadiah kat angah…..” 
dah tak mampu nak cakap apa-apa. air mata mengalir deras. kedua-dua diam membisu.. hanya kedengaran air mata yang berbicara. ya Allah, aku sayang dia. sangat sangat. mana mungkin tak sayang. sayang sepenuh jiwa.


terus, harus bagaimana lagi? terlalu banyak kasih sayang yang dah kita dapat. siapa yang menyayangi akan disayangi. kadang-kadang kasih sayang itu terlalu memenuh dalam jiwa. padat. sebab terlalu sayang. semuanya disimpan rapat-rapat, kemas-kemas dalam hati.

satu saat, itu yang bahayanya…bila rasa seolah-olah mereka adalah everything dalam hidup. kerana sayang kepada insan yang keterlaluan itu boleh jadi barah membawa parah. eh pulak? seyes? kenapa? tak paham.
sebab bila terlalu sayang sangat insan-insan ciptaan Dia, sampai kadang-kadang kita terlepas pandang untuk sayang Dia lebihhhhhh lagi. lalu, Dia uji kita dengan mereka-mereka yang kita sayang itu. masa itu, baru kita terhantuk, dan sedar. insan itu tetap insan. ada saja saat mereka tidak memahami. ada saja saat mereka tak sedar dan tersilap. bila lagi kita sayang, lagi hati cepat sensitif. mudah terkecil hati, termakan hati dan terasa hati. 

dari situlah, Allah mengajar..untuk letakkan reason atau matlamat terbesar disebalik semua kasih sayang kita tadi. the last mission after all is to put Him first, then follow by the other beloved one. yang sempurna hanya Dia. Dia sahaja. kadang-kadang rasa nak nangis bila kita toleh ke belakang dan nilai kembali, sebenarnya banyak cara dah yang Allah buat untuk didik kita supaya letakkan Dia nombor satu dalam hati. dah macam-macam method Allah buat untuk biar kita letakkan Dia dalam ranking teratas sekali dalam carta hati. ada pernah perasan tak? 

rasa susah kan kadang-kadang nak buat tu? sebab apa tahu? sebab..time kita sedih, kita tak rasa pun Allah boleh peluk dan tenteramkan hati kita. kita tak rasa Allah boleh cakap-cakap tenangkan jiwa kita. kita tak rasa Allah ada kat sisi kita time kita nangis dan kecewa. kita tak rasa Allah sapu dan lap air mata kita yang mengalir. kita tak rasa semua tu kan? sebab tu rasa susah nak letak Allah sebagai yang pertama dalam hati. lalu, kita utamakan ibu ayah..abang kakak, adik-adik..kawan-kawan..best friend forever kita and so on. sebab kita tak sedar...yang kata-kata semangat mama kita tadi, dari Dia. pelukan sayang adik kita tadi, dari Dia. semua yang hadir memberikan kasih sayang setiap satunya..dari Dia, melalui mereka. 

tipulah mana ada keluarga yang tak pernah Allah uji. setiap satu ada masalah, cabaran dan dugaan yang tersendiri. bila kita letakkan Allah dulu, baru family..baru kita rasa...lapang. mudah redha. hati lebih lembut dan terbuka untuk mudah memaafkan, bertolak ansur, berkorban dan memberi. macam mana pun yang kita rasa time saat-saat genting hadapi apa-apa situasi yang berat pun, tetap jiwa boleh kuat dan hadapi dengan tenang..dengan yakin kita berbisik perlahan dalam hati.."ya Allah, aku dah serahkan mereka-mereka aku sayang ini kepada Engkau. sepenuhnya. lindungi mereka..Engkau sebaik-baik Pelindung. sayangi mereka..Engkau Maha Penyayang dari semua kalangan penyayang. jaga mereka, jaga mereka. jaga mereka dengan sangat plis..Engkau Penjaga yang terbaik.."

.
.
.
.
.

.

.

.

tersenyum melihat langit. ada awan-awan comel macam kapas menghiasi. cantiknya. untuk semua yang terjadi..mana mungkin tak tersenyum. alhamdulillah. kenapa Allah sayang sangat. tak boleh sayang lagi ke? :p hee. senyum lagi. sayangnya Allah. pada kita. :')



2) kawan

kita membesar dan membesar lagi. dalam proses itu, kita menemui golongan yang kedua ini selepas keluarga. ya, kawan. teman. sahabat. taulan.

then, when it comes to friendship..it gets tougher.

3) suami/isteri

.

.

.

.



p/s: sambung dalam part (ii) nanti la. insyaAllah.

Monday, January 30, 2012

pohon hijau






pohon hijau itu,
berdiri kaku,
megahnya dicelah pohonan,
ibarat lukisan hidup,
tetap tegak dan kaku.

pohon hijau itu,
tetap kaku,
lantas desiran kedengaran,
amat sayu dan sayu,
ia mula bergerak.

pohon hijau itu,
pohon hijau itu,
tidakkan kaku lagi,
beralun mengikut tarian bayu,
pohon hijau itu melambai-lambai,
beralun mengukir kehijauan.


begitulah diibaratkan,
dunia dengan kehidupan,
bermulanya di daratan,
kini menuju ketengah lautan.

angin yang menderu,
datang tak menentu,
ombak memukul pelayaran,
apakan tergoyang keimanan.

untukmu teman,
bajailah hidupmu,
sirami hatimu dengan ketaqwaan,
dalam mencari keredhaan Tuhan.

hati-hati teman meniti salju kehidupan,
nan rapuh bisa cair dan runtuh,
bersama angin lalu kutitipkan harapan,
agar terus tabah hadapi cabaran.

pohon hijau itu,
yang dulu kaku,
kini mengikut tarian bayu,
pohon hijau itu melambai-lambai,
beralun mengukir kehijauan,
pohon hijau itu tidakkan kaku lagi,
beralun mengikut tarian bayu,
pohon hijau itu melambai-lambai,
beralun mengukir kehijauan.

bila kejayaan sudah di genggaman,
ingat-ingat teman kita kan pulang.

pohon hijau itu,
kini kaku,
ia tak bergerak lagi,
ia pasti kan layu,
gugur di taman ini.





soul_diagnosis: hey soul, pohon hijau itu kamu bukan? sampai saat, pasti akan layu dan gugur. tika ini, jangan kaku membeku dulu. sila bergerak dan beralun ikut acuan Dia plis. iya, iya saya tahu susah. memang pahit. sebab syurga itu manis bukan. cuba senyum lagi. tenang jiwa tenang, Dia ada. yes, you are a slow walker, yet He never leave you behind. 

Saturday, January 28, 2012

cermin jiwa

"


i was wrong.
i was wrong.
i was wrong in trusting you.


hey soul, i dare you.
i dare you to prove me.
prove me, how much you love Allah? 
prove me, how can you said you did that for Allah without your all-out?
how dare you.


do prove me. please dont let me wronged. again.


i dare you.


"
















soul_diagnosis: syurga itu mahal tahu. apa je yang dah kamu korbankan? kalau setakat ini pun, kamu masih tak settle, jangan harap nak bawa nama Islam tinggi menjulang, sebab kamu sendiri dah jatuhkan. shame on you soul. once kamu bawa nama Islam, manusia menilai setiap satunya. nak ke nanti atas kesilapan kamu sendiri, lalu Islam yang dipersalahkan? jangan jadi fitnah untuk agama. serlahkan kesyumulan Islam. biar jadi 'izzah, biar jadi qowwi! deep inside.. hey soul, i dare you. seriously.

Friday, January 27, 2012

detective conan; a new version



as expected, abah with his extra worries. really protective. and ummi, as calm as  usual. really need her comfort hug. both of them too contradict, yet dats what makes them complete me. :')

its okay, let everything cool down first then. 

.


beberapa hari telah berlalu.

selepas semuanya alhamdulillah sudah reda dan tenang.

hp yang baru saja dipinjam dari housemate yang baik hati dicapai. keypad ditekan.


menu. 
messages. select.
create message. select.

"salam. ummi, ni no hp nah yang baru."

send.
.
.
.

tet. tet. new message received.


"ummi dah terima. sama ada Allah mahu menegur kita atau mahu menguji, kita terima kejadian itu dengan positif. Allah jua sebaik-baik pelindung."
.
.
.
.


.


.
terkedu.
.
.
.


.


Allah mahu menegur
.
.
.


.


.


mata terpampan lama pada perkataan itu.




sesuatu menusuk.




menyelusup jauh ke dalam. menyelinap diam-diam tanpa sedar.




hati mula berkaca. lagi.




ya, Allah sedang menegur, Allah sedang mengajar sesuatu.


----------------------------------------------------------------------------------------------------




flashback.




12 januari 2012. pukul 4.30 petang. dua orang rakan selesai ujian skill lab mereka. berlari larian menuju ke station bus berhampiran. mereka kesuntukan masa. sebelum jam 5 petang harus sampai di sana.


"ok ok, tu bas dah sampai. jom."


dalam bas. sembang, sembang dan sembang lagi.




tiba-tiba.




dari arah belakang mereka, disergah oleh seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain dan memakai topi, hanya matanya yang kelihatan.




"keluarkan hp!! ayuh! cepat! keluarkan hp!"


kedua-dua rakan tadi tergamam. terpinga.


erk?! apa yang sedang berlaku ni?! 


dengan cepat lelaki tadi mengeluarkan sesuatu.


pisau! pisau belati!


benar-benar tepat diacukan kepada dua rakan yang masih dalam keadaan terkejut tak tahu nak buat apa. freeze. beku. blur.


"cepatan! kasi hp! kalau tidak, aku tusuk nanti!!"


nak tak nak, handphone diserahkan. dengan hati yang berat. terpaksa. nyawa lagi penting.


"uang! keluarkan uang!! cepatan!!"


mereka berdua kaku. ketakutan.


"ayuhhh!! uangnya manaaa!! aku tusuk benaran ini!!"


mengertak dengan pisaunya. menyeringai. dia mula hilang sabar. makin kasar.


"ntar pakkk!! ntarrr!! 


salah seorang teman cuba beranikan diri menjerit. dalam paksa. cemas.
mereka segera menyelongkar beg, ambil purse dan keluarkan semua wang yang ada. diserahkan.




keadaan itu berlaku dalam kira-kira 10 minit.


bas masih berjalan. perlahan. drebar dan konduktor bas sudah lama kaku di tempat masing-masing. semua terdiam. terpaku. tiada siapa berani melakukan apa-apa. takut jika bertindak buat sesuatu, keadaan akan bertambah parah atau ada nyawa yang hilang. sebuah motosikal mengekori dari belakang bas. teman kepada lelaki tadi barangkali. mengawasi.


operasi perompakan berjaya! mission accomplish! dia turun dari bas.


kedua-dua teman tadi saling berpandangan. apa dah berlaku sebenarnya ni?! macam tak percaya. hp dah takda. duit dah takda. ok, kena rompak. unexpected. unbelieveable. sesaat tadi semua ada dalam tangan, sekarang dah kosong.




lihat. manusia, lemahnya kamu. tak punya apa-apa tanpa izin-Nya. tak sedar lagikah?



.




13 januari. pukul 5.00 petang. dia berjalan bersama seorang teman seumahnya. dengan membawa barang itu ini. berat. penuh tangan. semua barang itu perlu dibawa pulang ke rumah sendiri dari rumah senior. eh ada pakcik jual jagung bakar. macam sedap. beli lah kejap. dah lama tak makan jagung. selesai beli, langkah dipercepatkan. nak margrib dah ni.




tiba-tiba.




"ahhh kamuuu!! ya kamuu!!"


seorang pakcik yang membonceng motor menunjuk-nunjuk ke arah dia.


erk?! pakcik drebar bas?! dia bermonolog.


"ayuhhh! cepatan kita ke kantor polisi sekarang! perampok itu udah ditemui. kamu harussss ke sana! kamu mangsa dan saksi kejadian. ayuhhh! kita ke kantor polisi sekarang! aku hantarin ke sana. cepatan~!" pakcik drebar bas explain panjang lebar.


dia tergamam. freeze seketika.


"emm.. gak apa-apa la pak. aku udah redha dia ambil suma itu. gak apa-apa. benaran ini. aku gak mau ketemu sama dia lagi." dia cuba jalan cepat-cepat meninggalkan pakcik tadi.


"gak bisa begitu neng. kamu perlu kasi kesaksian! aku cuma supir doank. gak cukup kuat untuk dia dibuktikan bersalah. kamu itu yang penting, mangsanya! ayuhh! gak usah takut."  pakcik drebar bas masih berkeras memujuk sepenuh hati.


dia kebingungan. apa patut buat ni?! huaaa. nak ikut ke tak. dah la nak margrib ni. ntah ntah pakcik ni tipu. mungkin ke dia bersubahat sekali dalam kes ni? sape tahu? dia mula pesimis. susah nak percaya orang sini.


tapi.. kalau betul pakcik ni tak tipu cemana? langkah kaki dia terhenti. cuba berfikir sejenak. secara rasional. apa patut buat ni?! patut pergi ke tak? blur. bingung.


pakcik drebar bas mengekori dia. masih tidak berputus asa mendesak untuk ke balai polis berhampiran. lantas teman serumah menarik lengan dia, "balikkk~! balik rumah dulu. fikir apa sekarang? jangan mudah percaya."


pakcik drebar menghalang laluan. woahh~! ini sudah melampau!
pakcik bas terus menerus explain tanpa henti. tetiba datang pulak pakcik-pakcik lain yang berada di sekitar. pakcik ojek ada. pakcik dorongan pun ada. berkerumun di hadapan kedua-dua teman tadi. "gak apa-apa neng. tenang-tenang aja. barang kamu ini titip dulu aja di sini. kamu ke kantor polisi."


mereka berdua sudah stuck di tengah kalangan pakcik-pakcik.
azan margrib kedengaran.


"gini aja pak. aku mahu pulang ke rumah duluan. mahu solat. terus ntar lagi biarin aku ke kantor polisi sendiri."


tiba-tiba. datang segerombolan laki-laki yang tak dikenali. besar-besar suma. muka taiko abes. macam geng-geng yakuza je tengok. mereka keluar dari kereta bercermin hitam. beramai-ramai datang ke arah kedua teman tadi. sesi soal jawab pendek tentang kes rompakan semalam diutarakan.


ok, mereka ini polis rupanya. -__-" di sini, dipanggilnya sebagai busar. ala-ala macam spy polis laa. menyamar pakai baju macam orang biasa tapi sebenarnya polis untuk nak siasat tentang kes. ok, tetiba rasa macam dalam cerita detective conan je.


sekarang dia mula percaya sedikit. lepas habis solat suma, dia dan 2 orang temannya dijemput polis dengan kereta untuk ke balai bagi mengenal pasti adakah yang ditangkap itu adalah perompak kejadian semalam atau tidak.


di balai polis, berlaku reunion para penumpang bas bersama drebar dan konduktor bas metromini 91. pak polisi turut menunjukkan keratan akbar tentang kes ini. uit, ada masuk paper?! tak sangkanya~ kedengaran muncul di kaca tv yang sememang ada di situ tentang berita "keganasan di pengangkutan awam". wahh~ tak sangka lagi.. rupa-rupanya dah banyak kes terjadi. selain kes rompakan, ada juga kes tembak menembak di busway. mereka diberikan bak layanan vip apabila pak polisi memberikan air kepada setiap seorang. arigato pakcik polis. terasa penting.


kemudian, dilanjutkan dengan agenda paling penting iaitu sesi pengecaman penjenayah. takut jugak la awal-awal tu. macam-macam pikir. pak polisi menunjukkan kepada mereka video rakaman muka perompak tersebut dari posisi depan, kanan, kiri dan belakang. berulang kali dimainkan video tersebut untuk mereka benar-benar mengenal pasti. ya, memang macam dia! serupa sangat dah tu!


untuk lebih meyakinkan dan mempastikan, pihak polis menyuruh para mangsa rompakan untuk masuk ke bilik penjenayah itu untuk face to face melihat dengan mata kepala sendiri adakah benar dialah yang tertuduh itu. ok, time ni mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup muka guna tudung macam ninja sebab tak nak perompak dapat cam muka. nervous la jugak. takpe takpe, fuhh cool cool. bismillahi tawakkaltu alallah. 


bila mata bertentang mata, iyaaa! sah-sah memang dia! dialah perompak tu! raut muka sama! mata sama! kira-kira dalam 10 minit kena gertak depan mata dengan pisau, segar lagi dalam ingatan macam mana gaya raut mukanya. terimbas kembali semua. dan orait, next step is kena cari bahan bukti which hanset-hanset yang telah dirompak itu. meanwhile, para mangsa kejadian di soal selidik satu per satu. bagaimana bentuk pisau yang digunakan, disuruh lukis. apa dialog yang digunakan untuk ugut, time tu baju perompak warna apa, dia pakai apa, macam mana kedudukan dia, gerak tangan dan berbagai-bagai lagi dengan sedetail-detailnya. penat jawab~




sesi melukis.. pisau rambo? pisau belati? ntah.



sesi soal siasat, soal jawab dan pelaporan bicara saksi tersangat sangat la lama. dengan sistem pengurusan yang tidak bersistematik. serius lamaaaa banget~ capek.. -__-" sejak dari jam 6 petang dan sehingga hampir 12 tengah malam sudah mereka berada di balai polis. tapi pakcik polis baik hati jugak sebenarnya, cukup memahami keadaan perut mereka yang kelaparan tidak makan malam lagi. mereka dihidangkan dengan nasi goreng spesial hasil pesanan dari warung terdekat. terharu. T.T alhamdulillah. dapat makan.. semuanya sedap bila time lapar. arigato sekali lagi pakcik polis. :) owh ya, tak lupa buat jajan coklat dan ayam goreng 7eleven yang turut hadir. benar-benar menggirangkan hati! kamu, jazakillah! hontou arigato nehh curhatmate dan adik goku :D




pakcik polis yang busy bersama kertas-kertas laporan
(malas nak rotate gamba)




alhamdulillah Allah permudahkan urusan. perompak tersebut akhirnya mengaku kesalahannya. mereka diberi kebenaran melihat identity card perompak itu :


nama: R_ _ _  H _ _ _ d _ _ _
tanggal lahir :
tempat lahir :
suku bangsa :
agama : I s l a m
pekerjaan :


.
.
.
.


he is muslim. why.. T.T  its unexpected. menurut polis, perompak ini sudah ada 3 kali rekod masuk lokap sebenarnya. terdiam. things to be ponder upon.. Islamnya seseorang bukan terletak pada kad pengenalan, Islam juga bukan warisan turun temurun, Islam bukan cuma pada terampilan pakaian sama ada kopiah atau labuhnya tudung, Islam juga bukan hanya di blog, facebook, twiter, tmblr mahupun alam maya ini tapi Islam is beyond all those things.. Islam adalah apa yang terletak dalam jiwa insan yang meresap menjadi iman sehingga kesannya tertonjol dan terpancar-pancar keluar membentuk akhlak, peribadi, budi pekerti dan mempengaruhi segenap seni kehidupan seharian sehinggakan insan-insan sekeliling merasai ruh Islam itu apabila berada di sisi. huu. dush dush! soul-reflection.




laporan soal siasat


apabila jam menghampiri pukul 1pagi alhamdulillah semuanya selesai. akhirnyaaaa.. boleh pun balik. dengan penuh rasa bertanggungjawab, pakcik polis hantar mereka pulang ke rumah. Allah takdirkan tanggal 13 januari untuk mereka disudahi dengan pengakhiran yang selamat dan aman, apabila semua sudah terungkai. alhamdullilah, alhamdulillah. :')




cuba teka apa yang tersangkut pada kerusi?
haa.. pandai. iya iya betul la tu. gari.




lessons of the day :


1. berjaga-jaga bila naik pengangkutan awam. sentiasa berhati-hatilah. jangan naik sorang diri kalau boleh. tapi kalau dah terpaksa takda orang nak teman, takpe la. cuma take extra care of youselves. expecially untuk perempuan. dont take for granted dengan buat-buat cool macho bergaya tanpa kesah okay. one more thing, make sure biar ada ramai penumpang kalau nak naik bas. penting buat keselamatan.


2. sila buat laporan tak kira sekecil mana pun kes jenayah tersebut. sangat penting! melapor ke polis dengan kadar segera ya.


3. jangan lambat-lambatkan solat. T_T


4. s y u k u r s a n g a t. alhamdulillah selamat, masih bernyawa. Allah bagi peluang demi peluang untuk sedar, kamu tak ada apa-apa tanpa Dia. nothing without Him. everything belongs to Him. 







نَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا



Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami akan kembali. 

Ya Allah, kurniakanlah pahala kerana musibah yang menimpaku dan 

gantikanlah sesuatu yg lebih baik daripadanya.


 [HR Muslim 2/632]





at the end, nak kata trauma.. tak sangat. cuma.. mungkin 'perasaan selamat' yang selama ni ada agak sedikit tergugat. insecure. emm xpe.. Dia ada bukan. He is The Best Protector rite. :') Allah sedang mengajar erti tawakal, and pasak kuat-kuat dalam jiwa.. dunia bukan diletak dalam hati.. cukup genggam di tangan. sampai saat kamu kena lepaskan, lepaskanlah dengan rela hati penuh redha. teguran Dia, didikan Dia, paling berkesan kan. :''' bukankah lagi Allah uji, lagi Allah sayang? berbahagialah, kamu sedang disayangiNya. owh hati, kamu berkaca-kaca lagi. may Allah hug you with all His love and care. :')



[12:86]




soul_diagnosis : (i) pengalaman sekali seumur hidup yang sukar untuk dilupakan. tak pernah terduga. aturan Dia, unik bukan? takdir Dia penuh rahsia. dear soul, Dia sedang mengajar kamu sesuatu. Dia sedang menegur kamu sesuatu. (ii) buka fb, dapat tahu pada hari yang sama, wardina safiyyah juga rumahnya dirompak. boleh baca di sini. ujian untuk dia lagi besar. lagi Allah sayang dia kan. tak aci. huhu. ya, Allah tahu level kekuatan setiap hambaNya.. pasti dia lagi kuat. may Allah always bless her. really an inspiring person. :)