[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Sunday, November 18, 2012

.


.
.

.

.

.


.



.



.


jangan asyik sedih. jangan asyik nangis.
dah la. dah dah. paralyse jiwa nanti.

manusia, apa yang kamu harap pada mereka.
mereka tak mampu beri apa-apa pun..
tenang yang kamu harap.. hanya ada pada Dia.

tanam ni.. 
bukan hanya ada bahagia di dunia.
larilah. lari jauh-jauh lagi.
cari Allah saja.
mahukan Dia saja.
yang selalu ada dalam terang dan gelap.
yang selalu teman dalam jatuh dan bangun.
dalam tawa dan nangis, Dia saja ada.

hey little fighter, 
please grow stronger.
come on, be tougher.
this ephemeral life,
hold on. hold on.
just hold on.
a little bit more.
Allah tahu bukan.
akhirat ada.

itu--
cermin.
renung dalam-dalam.
"its okay.. its alrite.. Allah ada. Allah ada. Allah tahu.."
tepuk dada pelan-pelan, "takpe.. Allah dengar.."

betulkan lagi.
cuma--
jangan sampai rosak banyak sangat.
susah nak baiki nanti.
penat tahu.




Sunday, November 4, 2012

ek eleh. cakap je lebih. T_T


i don't like wearing baju kurung, personally.
well, tahu-tahu je la kan kain susun tepi dia tu agak merimaskan, for me.
rasa macam ganggu nak jalan. ganggu pergerakan. tak suka.
then, dengan meleret-leretnya.. pastu bila naik tangga, dengan terpijak kain tu lagi. 
memang la. rimas. geram rasa. -__-" dengan kat sini, bila setiap hari kena jalan kat laluan sampah yang berlecak sana sini.. lagi la kan. haha.

just ask them who know me well, yup boleh kira ada berapa helai je baju kurung yang i do wear it because yang dua tiga helai tu je rasa selesa bila pakai. alik-alik ulang pakai yang tu  je la kan kalau terasa nak pakai baju kurung. yang lain tu bila dah rasa tak selesa pakai, memang terpaksa say bye-bye even baru sekali je pakai. tolak tepi, simpan buat pekasam dalam almari. haha. kalau tiba-tiba datang rasa macam nak buat baik sikit, baru la kasi kat siapa-siapa. ish ish.

emm mungkin juga sebab dulu ada banyak memori tak best dengan baju kurung. haha. itu juga nak buat alasan. -__-" untuk tempoh sebelas tahun kayuh basikal pergi sekolah dengan baju kurung, what do you expect kan? tengah semangat-semangat kayuh tu, kain tersepit kat celah rantai basikal. haaa memang la. emo emo. habis kotor kain. hitam. sebab kena minyak rantai tu. sental la berapa banyak kali pun, susah sangat nak hilang. toyoh dengan clorox pun taknak hilang dia. kotoran degil betul. haha. memori memori. rindu pulak nak kayuh basikal lagi dengan baju kurung. boleh walk down the memory lane. semua yang pahit dulu tu la yang buat kita senyum hari ni kan. :'D

ok la, apa yang mengarut banyak sangat ni sebenarnya the point is tentang keselesaan dalam berpakaian. so, i do understand when some people say,

"ui korang.. tak rasa rimas ke pakai tudung labuh-labuh macam tu? gelebeh-gelebeh sana sini.."

"eh. dah pakai stokin, pastu pakai handsock lagi..seriusly tak panas ke? berpeluh oh. melekit."

"bukan taknak pakai stokin, tapi leceh la.. tak rasa leceh ke? nak ambik wuduk kena bukak dulu, pastu kalau tengah hujan tu.. basah lencun abes stokin. geli la. kecut-kecut kaki suma. lembap."

"jarang? yeke jarang? mana ada. warna tudung ni dah gelap la, tak pakai inner pun takpe. rimas sikit nak pakai-pakai inner ni. tak selesa."

and so on. 

actually, i do wonder about it, dulu. masa sekolah. di sekolah menengah harian biasa yang semuanya perempuan, soal aurat memang sangat tak ditekankan. ye la kan, rasa dah semua perempuan kan, nak kisah sangat kenapa.. (padahal cikgu-cikgu banyak je laki, pakcik kantin lagi, on the way nak gi sekolah for sure la kan jumpa ramai ntah sape2 kat luar tu). ape lagi time-time sport day kan, fuhh kalau boleh seksi tu, diseksikan habis. ~_~ syukur sangat ada ummi abah yang banyak marah-marah suruh jaga ini itu. kalau tak, turut join sekaki la kan bila nak lari 100 meter, lompat jauh segala bagai tu.. mem'free'kan rambut sewenang-wenangnya. huu. bab sekolah rendah lagi takyah cerita la kan, cikgu kata bahaya ni lari-lari sana sini main sports suma kalau pakai tudung, bukak bukak. ikut aje.

i do understand apa yang budak-budak sekolah biasa ni fikir tentang budak-budak sekolah agama. yela, with pemahaman agama yang sangat kurang.. mana tak nya saling memandang 'serong' antara satu sama lain. "kau boleh laa dah memang sekolah agama, dah biasa la nak pakai handsock, stokin segala bagai tu." "kau lain la, sekolah memang wajibkan kena tudung labuh macam tu kan." "ada BADAR kat sekolah, memang laa. kalau tak, kena sound. macam tak tau." "eleh pakai je tudung labuh, tapi hati.. haish lagi teruk dari orang tak pakai tudung. baik tak payah." etc etc. ayat suma nak makan dalam aje kan. huu.

lagi-lagi, perempuan sama perempuan ni. tau-tau la kan, banyak nau conflicts jiwanya. haha. walau tak semua macam tu tapi kebanyakannya. kalau di utara, untuk budak sekolah harian, memang takda sekolah agama belah petang macam kat area selatan tanahair kan. basic agama tu boleh dikatakan depends kat masing-masing, cari sendiri. formal education setakat matapelajaran pendidikan islam for sure ada, tapi belajar hafal-hafalan nak lulus exam kafa, mana mungkin dapat meresap dalam jiwa kan. nak sebatikan dalam kehidupan harian lagi la. pandang sebelah mata je soal aurat ni. tudung main selepang je, dedah sana dedah sini. at that time, who cares. semua masih lagi setahun jagung. 
.
.

.

.

kalau tak cari, memang takkan tahu. 
sendiri hidup dalam ignorance.
walau macam mana sekolah membiarkan, ibu bapa mendidik, keluarga mengasuh dan membentuk.. orang sekeliling menegur dan menasihati.. kalau seribu kali diri sendiri yang degil nak pekakkan telinga, butakan mata dan berpaling.. memang takkan tahu langsung apa yang sebenarnya Islam ajar, yang apa Allah dah perintahkan. apa makna hidup ni, kenapa kita nak kena susah-susah buat dan ikut semua tu. hidup mengikut rentak diri, memakai acuan nafsu sendiri. lost in the dark. mematikan iman.



makanya, insan sangat perlukan 


kesedaran


sendiri. 

.
.

.

.

dan kesedaran, tak datang bergolek.
hidayah Allah tak datang melayang macam tu je.


kita kena cari. seek the truth.
kita.. insan. ada fitrahnya.
fitrah insan.. mahukan kebenaran.
fitrah insan.. dahagakan ketenangan.
mencari damai.

dont against your fitrah.
dont run away, but face it.
find your own hole. 
find your own emptiness.
try to inspect and evaluate ourselves..
"what's wrong with me.."
buka hati sedikit demi sedikit, dan dengar.
cuba ambil tahu dan belajar.
start dengan baby steps.
sikit sikit.
satu satu.
its okay. its alright.

takpe..
yang penting kita nak.
kita usaha.

insyaAllah, when we seek, Allah is so Ar-Rahman.. Ar-Rahim.. 
He will shows you. He will guides you. He will takes you closer.
The All Mighty. Ya Wadud.. Ya Latif.. Ya Mujib..
Yang Maha Penyayang daripada semua yang penyayang.
yang sayang kita berkali-kali ganda sayangnya daripada ibu sayang kita.
you cant imagine His blessing and rahmah.. 
:')

hanya dengan mendekati Allah.. jiwa-jiwa akan menjadi tenang. 
mengisi kekosongan jiwa kamu.
mengubati luka-luka kamu.
menutupi setiap lubang-lubang hati kamu.
membaik pulih iman kamu.
menyelamati kamu dari gersangnya hidup..

mendekatlah..
mendekat pada Dia.

aku juga,
lagi sedang usaha. selalu. setiap masa.
always fighting inside here.
dan mahu mengajak kamu.
kamu, kamu, kamu dan kamu juga.
mendekati Dia..
sama-sama.
.
.

.

.

.
i am giving all of this to you..
its not because i know everything or either because i have everything. no.
we are just same. exactly.
aku,
degil macam kamu juga.
nakal macam kamu juga.
memberontak dan protes macam kamu juga.
keras kepala, nak ikut marah sendiri, emo sendiri.
just same like you. or perhaps you must be better than me.
you dont know me, inside me.. perhaps, worse than you.
who knows.

and the problem in our community today is, the silence of our good friends. 
kalau kamu diam je, sampai bila-bila aku tak tahu apa yang silap. 
entah sampai bila, aku tak baiki-baiki diri sendiri. tak membangun. bertahun-tahun kat takuk yang sama je. kata bestfriend, kata ukhwahfillah, kata kawan sampai mati segala bagai, kamceng habis.. semua benda nak buat sama-sama. but then, why keep the good qualities to your own selves hah? spread it. give it to others especially the nearest one to you. family. friends. dont be selfish.. ajak kawan-kawan. adik-beradik sendiri. usaha sampaikan. tak kisah la dengan apa cara pun. cuba. ni tak, senyap. keep everything to yourselves. memang la. sampai bila-bila, kamu bagus sendiri. so duduk la sorang-sorang kat syurga, nak? tinggalkan semua orang yang selama ni dah susah payah sama-sama, gelak menangis sama-sama, yang dah banyak berkorban itu ini untuk kita.. sampai hati? 
tell them, show them.. the truth. in the proper way.
.
.

.

.

.

so the point here, im sharing this..

just because i know the feeling..


of have nothing.


kosong.

rasa kosong.

hidup macam takda apa-apa makna.
tercari-cari.
termenung sendiri.


once you feel it, you dont ever wish to feel it again.
menyempitkan jiwa.

i dont want you feel the same.
.
.

.

.

lalu, 

larilah.

lari dari kesempitan hidup, mencari keluasan makna dunia dan akhirat.
lari dari kesesakan nilaian manusia, mengejar redha dan sayang Allah.
lari dari kerimasan perhatian dunia, menyepi sendiri dalam pandangan dan lindungan Dia.

jiwa akan terasa damai.

damai yang kamu cari, 
bahagia yang kamu kejar, 
ada pada hati kamu,
kalau hati kamu ada Dia.
lalu kenapa cari pada manusia?
kerana hati kamu lagi kosong tanpa Dia.




"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya.  (Manusia di dunia ini baik disedari atau tidak adalah dalam perjalanan kepada Tuhannya. Dan pasti dia akan menemui Tuhannya untuk menerima pembalasanNya dari perbuatannya yang buruk maupun yang baik)."

[Al-Insyiqaq 84: 6]

.
.


.


.


.

and one fine day, 
i found this.


it reflects a lot on myself.

just like you, 
so do i.
everything begins with baby steps.
no matter in what stage you are,
one by one.
little by little.



and,
in each of baby steps 
that have been taken, 
i do hope and pray,
may Allah ease.
may Allah please.
may Allah grip me
and all of us,
in a right track.
always.
.

.

.



steadfast.



.

.


.


.

i love these du'as so much,
it helps me hold on so long.
so im sharing it with you.
:)






- - - - - -





"we have to translate our talking into actions."




hek eleh.
cakap je lebih, boleh la.
T________T

Wednesday, October 31, 2012

its okay. its alrite :)



they said, 

"people come, people go.
but the memories remain."

but how if the memories are so bitter until you cant bear with it? whenever it pops-up in your mind, the tears keep rolling down.. cant handle it. the pain that it caused. unbearable. uncontrollable. dada jadi sempit. sesak dan menyesakkan. bradycardic.


you hold on too long. 


throughout all these years, it do kills. sometimes.


.

.

.


.



"its okay. its alrite."

belajarlah, memaafkan diri.
take some space. and breath. 
deeply.

.
.


.


.

.


benarlah.

dan Allah, 
benar-benar mendidik insan dengan cara terbaik. 
yang kita semua tak penah sangka-sangka. 
Allah mengajar dengan membiarkan kita rasa sendiri pahit kelatnya.
nah! rasa.

sebab.. Allah nak kita faham. 

just only when we feel it then we can understand it.
kamu kena rasa dulu.. baru kamu tahu macam mana manisnya gula. kalau tak, berpuluh  orang explain dan describe betapa manis dan sedapnya gula tu pun, still kamu takkan dapat nak bayangkan kemanisannya tanpa merasa. that's the analogy rite.

tu cara Allah nak buat kita tunduk merendah. melenyek kita jauh ke bawah. membungkuk hingga sujud menghempap muka ke tanah. lama. jeda. di situ. ya, di situ posisi kamu layaknya duhai hamba. menghambakan diri. dengan sebenar-benarnya. 


lemah dan hina.

kecil dan kerdil.
kosong dan gelap.
setitik dan sekelumit.

membasah mata. sedar, betapa kita ini, sangat memerlukan. 

perlukan Dia. Allah. amat sangat. dalam hidup ni. 

ada saat, Allah akan mengajar kamu itu. derajat keperluan yang tertinggi dalam hidup.


walau pahit dan pedih macam mana pun, Allah akan tegar nak kita lalui dan rasai jugak. sebab.. Dia lagi sayang tahu. mana mungkin Allah saja-saja. tak tak. 

takda yang saja-saja.
takda yang main-main.

Allah ada reason. reason lagi besar yang kita semua tak tahu. yang tak tercapai dek akal kita ni. kalau tak, takkan ada moment-moment sekarang yang kita sangat-sangat bersyukur terjadinya hal-hal yang pahit dalam hidup kita. :') 

waktu kena memang sakit, memang hancur. luluh abes suma. tapi akhirnya.. satu masa, kita akan kesat air mata kesyukuran untuk semua rasa itu. percayalah. sampai hari ini, walau kadang-kadang kita rasa macam tak dapat nak maafkan diri sendiri.. tapi ia benar-benar sangat membentuk diri kita, mengacu hidup ke arah redha Allah. 

sangat mengajar kita.

sesuatu itu.



- - - - - -


pasti. salah satunya.


yang tidak merasai, 


akan pelik, "kenapa tak balas je balik?" "kenapa tak lawan je yang dia cakap tu?" "alaa jawab je la balik." "kalau tak nanti selalu kena buli." "kalau tak orang senang la main-mainkan." etc etc.


tahu perasaan bila mana orang yang kamu marah hari ini, tuptap esok dia dah mati? tahu perasaan tu? tahu perasaan bila orang yang kamu sedang gaduh, tiba-tiba sekelip mata dia dah takda untuk selamanya? tahu perasaan tu? kamu tak sempat nak cakap apa-apa, dia dah takda di dunia ni. tahu perasaan tu? lagi-lagi orang tu dekat dengan kamu. sejuta kali kamu nak dia dengar kata maaf kamu, tapi dia dah takda. tahu perasaan tu? sakit. berparut. tinggalkan kamu satu rasa.


rasa bersalah yang membunuh jiwa. 


tahu perasaan tu? 
kamu tak tahu. selagi kamu tak rasa. it do affects your whole life. completely.


"kalau la bersabar sikit lagi. sikit je lagi.."


.


.

.


.


.


all those things, 


yang dah Allah ajarkan






make who you are today.




kadang-kadang kita pelik melihat dan tak faham, "kenapa orang ni buat macam tu hah?" "kenapa sanggup macam ni eh?" "ish ish baiknyeee la." "uishhhh jahat sangat tu." "perlu ke nak bertindak macam tu." "kenapa la dia susah-susah sangat nak buat benda ni." "ui ui kasarnya." "adoii punya la garang." so on and so forth. 


ada sesuatu dalam hidup mereka yang telah membentuk mereka menjadi sedemikian. jadi, setiap orang yang berbeza-beza yang kita lihat hari ni, ada episod-episod dalam hidup dia yang telah Allah susunkan berbeza dari episod hidup kita.  life is changing, so do people. ada reason kenapa Allah nak dia ni jadi macam tu, dia tu jadi macam ni. Allah ada reason membiarkan kita semua dengan personality dan character yang amat sangat jauh bedanya bak langit dan bumi setiap seorang.


.


.


.


melengkapi.


that's the word.


:)


in the big picture, wahh cantiknyaaaaa Allah atur.

well, The Best Planner ever. 

senyum.





"no matter how long the day is, it will ends with night. so does life."



Saturday, October 20, 2012

do i deserve you?








sayang. kasih sayang. 

tumbuh dan menebal terhadap seseorang apabila insan itu mulai banyak berkorban untuk kita. terhutang budi, terhutang nyawa. ummi abah, ibu ayah, mama papa : mereka insan-insan yang banyak sangat sacrifice untuk kita sejak kecil sampai sekarang. berdirinya siapa kita saat ini, atas susah payah, jerih perih dan doa-doa tulus mereka. we feel blessed with it. :') dalam membesar, kita berusaha untuk membalas setiap pengorbanan mereka dengan pelbagai cara tanpa henti. sebab nak mereka feel worthy adanya kita sebagai anak. kita usaha nak jadi anak yang soleh solehah untuk mereka. 

but when it comes to our iman, Islam. have you ever wonder..who has sacrifice the most for us to be blessed with this truth? 

.

.


.


.


ya. dia. kekasih Allah. 
Rasulullah sallahu'alaihi wassalam. :''


if you go through the seerah deeply with your heart. tears burst out. its too much. too much of hardship, survival, sacrifices, struggling, trembling, endurance, combat, endeavor. non stop until his last breath. all for the sake of this ummah. for us. 

pain. its painful. bila tengok diri. tilik setiap satu apa yang dah kita buat selama ini. tunjuk hati, nilai sendiri. porak peranda, compang camping. kotor. menghitam. kelam. mengeras. deserve ke kita ni to be his ummat? deserve ke kita atas segala pengorbanan dan darah baginda? sejauh mana kita appreciate iman yang kita dapat hari ini? 

ada masa, kadang.. kita buang-buang je. 
ada masa, kadang.. kita baling campak letak tepi.
ada masa, kita sia-siakan sendiri.. jatuhkan maruah Islam depan mata dunia.


malu. malu lihat diri. kalau seribu kali boleh ulang. malu. tak layak.

.

.


.



.


do i deserve? 



NO.




menitik-nitik. 

aah, dah dah. cukup. 
get up bro. 
do something. 
nangis je dapat ape ntah.

Saturday, October 6, 2012

bukan kamu.



" if you don't walk the walk,
it's probably the best not to talk the talk. "

.
.
.

.

.



let the pictures speak out.




































































.
.

.

.

.

.


.


.






dan, 




bukan kamu 




yang pegang kunci-kunci 




s y u r g a.











Monday, September 17, 2012

hard times; unzip the zip :)





ada masa, kadang.. Allah benar-benar akan tarik semuanya supaya hanya tinggal kamu dan Dia. waktu tu, kamu rasa manusia yang kononnya sangat memahami tu, seakan-akan tak wujud pun sebenarnya. hipokrit. selfish. sombong. intolerance. and so on perasaan yang negatif mengasak-asak kamu. time tu la habis rasa macam dunia ni tak kena serba-serbi, kosong, sepi, gelap. kamu duduk termenung, menangis dalam diam. tawa jadi tipu, senyum jadi hambar, hati jadi keruh. 
toleh kanan, serabut.
toleh kiri, bingung.
senang cerita, gloomy sokmo semua benda.
lalu kamu tanya, "kenapa aku?"

chup. chup. apa ayat first tadi. meh copy paste and bold kan sikit : ada masa, kadang.. Allah benar-benar akan tarik semuanya supaya hanya tinggal kamu dan Dia

ya, biar tinggal kamu dan Dia. sahaja. tiada yang lain.

kenapa kamu tak pandang yang itu?
here it is. the way.
the time that He really wants you to be closer with Him. after all.

mungkin, kalau Dia tak buat macam tu kan.. kamu makin jauh dari Dia tanpa sedar. sebab kan, lumrah manusia.. bila dalam hidup rasa everything okay je, dapat semua yang kita nak, seronok, selesa, best, mewah, huha huha sana sini...walau tak semua, tapi kebanyakan kita akan mudah lupa. rasa semua itu dapat sebab dari hasil usaha sendiri, penat lelah sendiri. so called like "I'm deserve it okayyy~" even takda la over macam tu tapi sort of la thru out gaya hidup kita sehari-hari. then, when suddenly it happens to be you are in zero-phase. haa.. stuck. yes, He dumps you to make your mind clearer. to clean up you egoism. to beautify your soul. nak hakis semua sifat-sifat mazmumah yang dah banyak tertanam lumat dalam diri. just, He  wants to refresh your life dear. seriously. to correct you with His own way. have that faith, believe Him. :)


"Katakanlah (Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapapun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Dan Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau berikan rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan."

[Ali 'Imran : 26-27]

pokok pangkalnya, lets go back to Him. He really waiting for you. He is. kita baiki balik lompong-lompong yang ada, tampal mana-mana lubang yang boleh, berus-cuci-lap yang kotoran degil tu. penat sikit, sedih sikit, pedih sikit.. takpe, it is the sign that He does care about you. 

so if you ask again, "why me?"
because He chooses you, special than the others. 
because He cares about you, deeper than the others. 
emm seems like He loves you, more than the others. 
regardless.

:)



may He guides me, you and all of us. thru out this ephemeral life.

.
.

.


"Just see more, a little bit more all the things around you..that you can appreciate even the small things and smile for that, even just the food you are eating." -Tariq Ramadhan

or even the annoying kucing yang asyik suka tidur atas baju yang terjatuh dari ampaian.
geram tu memang geram la jugak, tapi nampak comel aje pulak. haha.
:D



Saturday, September 15, 2012

tak rugi pun kan?



"Dan perumpaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

[Al-baqarah : 265]


ayat ni kan, cantik sangat..

cuba baca pelan-pelan, word by word.
 imagine kan. 
haa.. terbayang tak.
cantik kan?

sejuk. mendalam masuk. meresap lembut..
buat orang tersenyum. :)

baca yang translation pun dah rasa terawang-awangan,
apalagi kalau faham keindahan susunan ayat yang bahasa arabnya.

ayat-ayat Allah sweet sangat la. terharu. 
hikhik.


makanya,
bila mana kamu belajar untuk hayati ayat-ayat Dia, 
cuba fahami message yang Dia nak kamu tahu,
telesuri satu-satu, 
kata-kata Dia, teguran Dia, pesanan Dia, janji Dia, 
haa.. takde apa-apa pun yang kamu rugi
sebenarnya, kan? 

.
.

.

.



the truth is, everything is within you and yourself.
ultimately, it is between you and your Creator.
lets recheck.


in full blossom; one day. insyaAllah. :)



things to fight.
things to endure.
things to resist.

...to strive.
...to survive.

the never ending journey.

still,
the most beautiful one,
blossom once in the life time.
believe me.

so
hold on,
pick up back
your spirit,
your strength,
your courage,
dont throw it away, yet.
boost it up~!
up up to the sky!

:D