[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Friday, January 27, 2012

detective conan; a new version



as expected, abah with his extra worries. really protective. and ummi, as calm as  usual. really need her comfort hug. both of them too contradict, yet dats what makes them complete me. :')

its okay, let everything cool down first then. 

.


beberapa hari telah berlalu.

selepas semuanya alhamdulillah sudah reda dan tenang.

hp yang baru saja dipinjam dari housemate yang baik hati dicapai. keypad ditekan.


menu. 
messages. select.
create message. select.

"salam. ummi, ni no hp nah yang baru."

send.
.
.
.

tet. tet. new message received.


"ummi dah terima. sama ada Allah mahu menegur kita atau mahu menguji, kita terima kejadian itu dengan positif. Allah jua sebaik-baik pelindung."
.
.
.
.


.


.
terkedu.
.
.
.


.


Allah mahu menegur
.
.
.


.


.


mata terpampan lama pada perkataan itu.




sesuatu menusuk.




menyelusup jauh ke dalam. menyelinap diam-diam tanpa sedar.




hati mula berkaca. lagi.




ya, Allah sedang menegur, Allah sedang mengajar sesuatu.


----------------------------------------------------------------------------------------------------




flashback.




12 januari 2012. pukul 4.30 petang. dua orang rakan selesai ujian skill lab mereka. berlari larian menuju ke station bus berhampiran. mereka kesuntukan masa. sebelum jam 5 petang harus sampai di sana.


"ok ok, tu bas dah sampai. jom."


dalam bas. sembang, sembang dan sembang lagi.




tiba-tiba.




dari arah belakang mereka, disergah oleh seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain dan memakai topi, hanya matanya yang kelihatan.




"keluarkan hp!! ayuh! cepat! keluarkan hp!"


kedua-dua rakan tadi tergamam. terpinga.


erk?! apa yang sedang berlaku ni?! 


dengan cepat lelaki tadi mengeluarkan sesuatu.


pisau! pisau belati!


benar-benar tepat diacukan kepada dua rakan yang masih dalam keadaan terkejut tak tahu nak buat apa. freeze. beku. blur.


"cepatan! kasi hp! kalau tidak, aku tusuk nanti!!"


nak tak nak, handphone diserahkan. dengan hati yang berat. terpaksa. nyawa lagi penting.


"uang! keluarkan uang!! cepatan!!"


mereka berdua kaku. ketakutan.


"ayuhhh!! uangnya manaaa!! aku tusuk benaran ini!!"


mengertak dengan pisaunya. menyeringai. dia mula hilang sabar. makin kasar.


"ntar pakkk!! ntarrr!! 


salah seorang teman cuba beranikan diri menjerit. dalam paksa. cemas.
mereka segera menyelongkar beg, ambil purse dan keluarkan semua wang yang ada. diserahkan.




keadaan itu berlaku dalam kira-kira 10 minit.


bas masih berjalan. perlahan. drebar dan konduktor bas sudah lama kaku di tempat masing-masing. semua terdiam. terpaku. tiada siapa berani melakukan apa-apa. takut jika bertindak buat sesuatu, keadaan akan bertambah parah atau ada nyawa yang hilang. sebuah motosikal mengekori dari belakang bas. teman kepada lelaki tadi barangkali. mengawasi.


operasi perompakan berjaya! mission accomplish! dia turun dari bas.


kedua-dua teman tadi saling berpandangan. apa dah berlaku sebenarnya ni?! macam tak percaya. hp dah takda. duit dah takda. ok, kena rompak. unexpected. unbelieveable. sesaat tadi semua ada dalam tangan, sekarang dah kosong.




lihat. manusia, lemahnya kamu. tak punya apa-apa tanpa izin-Nya. tak sedar lagikah?



.




13 januari. pukul 5.00 petang. dia berjalan bersama seorang teman seumahnya. dengan membawa barang itu ini. berat. penuh tangan. semua barang itu perlu dibawa pulang ke rumah sendiri dari rumah senior. eh ada pakcik jual jagung bakar. macam sedap. beli lah kejap. dah lama tak makan jagung. selesai beli, langkah dipercepatkan. nak margrib dah ni.




tiba-tiba.




"ahhh kamuuu!! ya kamuu!!"


seorang pakcik yang membonceng motor menunjuk-nunjuk ke arah dia.


erk?! pakcik drebar bas?! dia bermonolog.


"ayuhhh! cepatan kita ke kantor polisi sekarang! perampok itu udah ditemui. kamu harussss ke sana! kamu mangsa dan saksi kejadian. ayuhhh! kita ke kantor polisi sekarang! aku hantarin ke sana. cepatan~!" pakcik drebar bas explain panjang lebar.


dia tergamam. freeze seketika.


"emm.. gak apa-apa la pak. aku udah redha dia ambil suma itu. gak apa-apa. benaran ini. aku gak mau ketemu sama dia lagi." dia cuba jalan cepat-cepat meninggalkan pakcik tadi.


"gak bisa begitu neng. kamu perlu kasi kesaksian! aku cuma supir doank. gak cukup kuat untuk dia dibuktikan bersalah. kamu itu yang penting, mangsanya! ayuhh! gak usah takut."  pakcik drebar bas masih berkeras memujuk sepenuh hati.


dia kebingungan. apa patut buat ni?! huaaa. nak ikut ke tak. dah la nak margrib ni. ntah ntah pakcik ni tipu. mungkin ke dia bersubahat sekali dalam kes ni? sape tahu? dia mula pesimis. susah nak percaya orang sini.


tapi.. kalau betul pakcik ni tak tipu cemana? langkah kaki dia terhenti. cuba berfikir sejenak. secara rasional. apa patut buat ni?! patut pergi ke tak? blur. bingung.


pakcik drebar bas mengekori dia. masih tidak berputus asa mendesak untuk ke balai polis berhampiran. lantas teman serumah menarik lengan dia, "balikkk~! balik rumah dulu. fikir apa sekarang? jangan mudah percaya."


pakcik drebar menghalang laluan. woahh~! ini sudah melampau!
pakcik bas terus menerus explain tanpa henti. tetiba datang pulak pakcik-pakcik lain yang berada di sekitar. pakcik ojek ada. pakcik dorongan pun ada. berkerumun di hadapan kedua-dua teman tadi. "gak apa-apa neng. tenang-tenang aja. barang kamu ini titip dulu aja di sini. kamu ke kantor polisi."


mereka berdua sudah stuck di tengah kalangan pakcik-pakcik.
azan margrib kedengaran.


"gini aja pak. aku mahu pulang ke rumah duluan. mahu solat. terus ntar lagi biarin aku ke kantor polisi sendiri."


tiba-tiba. datang segerombolan laki-laki yang tak dikenali. besar-besar suma. muka taiko abes. macam geng-geng yakuza je tengok. mereka keluar dari kereta bercermin hitam. beramai-ramai datang ke arah kedua teman tadi. sesi soal jawab pendek tentang kes rompakan semalam diutarakan.


ok, mereka ini polis rupanya. -__-" di sini, dipanggilnya sebagai busar. ala-ala macam spy polis laa. menyamar pakai baju macam orang biasa tapi sebenarnya polis untuk nak siasat tentang kes. ok, tetiba rasa macam dalam cerita detective conan je.


sekarang dia mula percaya sedikit. lepas habis solat suma, dia dan 2 orang temannya dijemput polis dengan kereta untuk ke balai bagi mengenal pasti adakah yang ditangkap itu adalah perompak kejadian semalam atau tidak.


di balai polis, berlaku reunion para penumpang bas bersama drebar dan konduktor bas metromini 91. pak polisi turut menunjukkan keratan akbar tentang kes ini. uit, ada masuk paper?! tak sangkanya~ kedengaran muncul di kaca tv yang sememang ada di situ tentang berita "keganasan di pengangkutan awam". wahh~ tak sangka lagi.. rupa-rupanya dah banyak kes terjadi. selain kes rompakan, ada juga kes tembak menembak di busway. mereka diberikan bak layanan vip apabila pak polisi memberikan air kepada setiap seorang. arigato pakcik polis. terasa penting.


kemudian, dilanjutkan dengan agenda paling penting iaitu sesi pengecaman penjenayah. takut jugak la awal-awal tu. macam-macam pikir. pak polisi menunjukkan kepada mereka video rakaman muka perompak tersebut dari posisi depan, kanan, kiri dan belakang. berulang kali dimainkan video tersebut untuk mereka benar-benar mengenal pasti. ya, memang macam dia! serupa sangat dah tu!


untuk lebih meyakinkan dan mempastikan, pihak polis menyuruh para mangsa rompakan untuk masuk ke bilik penjenayah itu untuk face to face melihat dengan mata kepala sendiri adakah benar dialah yang tertuduh itu. ok, time ni mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup muka guna tudung macam ninja sebab tak nak perompak dapat cam muka. nervous la jugak. takpe takpe, fuhh cool cool. bismillahi tawakkaltu alallah. 


bila mata bertentang mata, iyaaa! sah-sah memang dia! dialah perompak tu! raut muka sama! mata sama! kira-kira dalam 10 minit kena gertak depan mata dengan pisau, segar lagi dalam ingatan macam mana gaya raut mukanya. terimbas kembali semua. dan orait, next step is kena cari bahan bukti which hanset-hanset yang telah dirompak itu. meanwhile, para mangsa kejadian di soal selidik satu per satu. bagaimana bentuk pisau yang digunakan, disuruh lukis. apa dialog yang digunakan untuk ugut, time tu baju perompak warna apa, dia pakai apa, macam mana kedudukan dia, gerak tangan dan berbagai-bagai lagi dengan sedetail-detailnya. penat jawab~




sesi melukis.. pisau rambo? pisau belati? ntah.



sesi soal siasat, soal jawab dan pelaporan bicara saksi tersangat sangat la lama. dengan sistem pengurusan yang tidak bersistematik. serius lamaaaa banget~ capek.. -__-" sejak dari jam 6 petang dan sehingga hampir 12 tengah malam sudah mereka berada di balai polis. tapi pakcik polis baik hati jugak sebenarnya, cukup memahami keadaan perut mereka yang kelaparan tidak makan malam lagi. mereka dihidangkan dengan nasi goreng spesial hasil pesanan dari warung terdekat. terharu. T.T alhamdulillah. dapat makan.. semuanya sedap bila time lapar. arigato sekali lagi pakcik polis. :) owh ya, tak lupa buat jajan coklat dan ayam goreng 7eleven yang turut hadir. benar-benar menggirangkan hati! kamu, jazakillah! hontou arigato nehh curhatmate dan adik goku :D




pakcik polis yang busy bersama kertas-kertas laporan
(malas nak rotate gamba)




alhamdulillah Allah permudahkan urusan. perompak tersebut akhirnya mengaku kesalahannya. mereka diberi kebenaran melihat identity card perompak itu :


nama: R_ _ _  H _ _ _ d _ _ _
tanggal lahir :
tempat lahir :
suku bangsa :
agama : I s l a m
pekerjaan :


.
.
.
.


he is muslim. why.. T.T  its unexpected. menurut polis, perompak ini sudah ada 3 kali rekod masuk lokap sebenarnya. terdiam. things to be ponder upon.. Islamnya seseorang bukan terletak pada kad pengenalan, Islam juga bukan warisan turun temurun, Islam bukan cuma pada terampilan pakaian sama ada kopiah atau labuhnya tudung, Islam juga bukan hanya di blog, facebook, twiter, tmblr mahupun alam maya ini tapi Islam is beyond all those things.. Islam adalah apa yang terletak dalam jiwa insan yang meresap menjadi iman sehingga kesannya tertonjol dan terpancar-pancar keluar membentuk akhlak, peribadi, budi pekerti dan mempengaruhi segenap seni kehidupan seharian sehinggakan insan-insan sekeliling merasai ruh Islam itu apabila berada di sisi. huu. dush dush! soul-reflection.




laporan soal siasat


apabila jam menghampiri pukul 1pagi alhamdulillah semuanya selesai. akhirnyaaaa.. boleh pun balik. dengan penuh rasa bertanggungjawab, pakcik polis hantar mereka pulang ke rumah. Allah takdirkan tanggal 13 januari untuk mereka disudahi dengan pengakhiran yang selamat dan aman, apabila semua sudah terungkai. alhamdullilah, alhamdulillah. :')




cuba teka apa yang tersangkut pada kerusi?
haa.. pandai. iya iya betul la tu. gari.




lessons of the day :


1. berjaga-jaga bila naik pengangkutan awam. sentiasa berhati-hatilah. jangan naik sorang diri kalau boleh. tapi kalau dah terpaksa takda orang nak teman, takpe la. cuma take extra care of youselves. expecially untuk perempuan. dont take for granted dengan buat-buat cool macho bergaya tanpa kesah okay. one more thing, make sure biar ada ramai penumpang kalau nak naik bas. penting buat keselamatan.


2. sila buat laporan tak kira sekecil mana pun kes jenayah tersebut. sangat penting! melapor ke polis dengan kadar segera ya.


3. jangan lambat-lambatkan solat. T_T


4. s y u k u r s a n g a t. alhamdulillah selamat, masih bernyawa. Allah bagi peluang demi peluang untuk sedar, kamu tak ada apa-apa tanpa Dia. nothing without Him. everything belongs to Him. 







نَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا



Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami akan kembali. 

Ya Allah, kurniakanlah pahala kerana musibah yang menimpaku dan 

gantikanlah sesuatu yg lebih baik daripadanya.


 [HR Muslim 2/632]





at the end, nak kata trauma.. tak sangat. cuma.. mungkin 'perasaan selamat' yang selama ni ada agak sedikit tergugat. insecure. emm xpe.. Dia ada bukan. He is The Best Protector rite. :') Allah sedang mengajar erti tawakal, and pasak kuat-kuat dalam jiwa.. dunia bukan diletak dalam hati.. cukup genggam di tangan. sampai saat kamu kena lepaskan, lepaskanlah dengan rela hati penuh redha. teguran Dia, didikan Dia, paling berkesan kan. :''' bukankah lagi Allah uji, lagi Allah sayang? berbahagialah, kamu sedang disayangiNya. owh hati, kamu berkaca-kaca lagi. may Allah hug you with all His love and care. :')



[12:86]




soul_diagnosis : (i) pengalaman sekali seumur hidup yang sukar untuk dilupakan. tak pernah terduga. aturan Dia, unik bukan? takdir Dia penuh rahsia. dear soul, Dia sedang mengajar kamu sesuatu. Dia sedang menegur kamu sesuatu. (ii) buka fb, dapat tahu pada hari yang sama, wardina safiyyah juga rumahnya dirompak. boleh baca di sini. ujian untuk dia lagi besar. lagi Allah sayang dia kan. tak aci. huhu. ya, Allah tahu level kekuatan setiap hambaNya.. pasti dia lagi kuat. may Allah always bless her. really an inspiring person. :)

Sunday, January 1, 2012

just keep walking






hari ini hari terakhir untuk tahun 2011. oleh kerana sengaja saja nak rakamkan tarikh 31 Disember 2011 dalam Soul Diagnosis,  maka terpaksa update randomly. haha. ape la. -_-" eh tak jugak sebenarnya. ada banyak perkara nak saya rakamkan lagi tentang suka duka sepanjang sisa sisa waktu terakhir tahun 2011, tapi kekangan masa dalam menyusun ayat yang teratur demi pemahaman diri saya sendiri buat pengajaran bagi masa akan datang. 

untuk itu, nanti dulu. insyaAllah, akan saya coretkan. cukup buat saat ini, suka nak saya qoute kata kata dari  sahabat sahabat sekeliling yang banyak menceria dan memaknakan hari hari saya. koleksi yang ada saya simpan untuk diselitkan pada baki hari hari terakhir dalam 2011 kali ini. :)


" jangan jadi macam lilin. jadi mentol la. baru best! "
                                                                                             -hajar groupmate


" jom jadi macam garam la. orang tak nampak, orang tak perasan pun kehadiran dia dalam makanan. tapi tanpa garam, sure tak sedap setiap makanan tu. "
                                                                                             -izza curhatmate 

" heartless isn't the best solution dear. "
                                                                                             -adik goku supersaiya


" learning by example. its work insyaAllah. "
                                                                                             -mujaheedah goten    


owh ya, tak lupa juga kata kata yang so sweet dari speakers PERMAI;

" orang yang lupa Allah, dia akan lupa akan dirinya. "
                                                                                             -Ustaz Hasrizal                                                            


plus, syariatullah + sunnatullah = analogi kebun jagung yang sangat best ! yup, meleraikan persoalan yang pernah berlegar legar dalam minda saya suatu ketika dulu. :)


" setiap orang hanya bisa memberi apa yang dipunyai. "
                                                                                             -Ustaz Salim A. Fillah 


kamu tahu apa beza persahabatan dan ukhwah? haa.. macam macam penulis Dalam Dekapan Ukhwah ni sharing dengan kami semua. ni yang best nak cerita ni. tapi takut panjang pulak. nanti la. haha. bagi suspense sikit. :p


" sakinah, mawaddah wa rahmah. "
                                                                                                                                -Ustaz Erfino Johari 


haha. padahal banyak lagi yang lain. sengaja nak quote yang ni. :p explaination ustaz seriously sangat best ! banyak dapat dihadam. tapi sebenarnya.. jadi malu sepanjang slot yang banyak mengaitkan tiga point ini sebab salah satunya terselit makna besar nama seseorang.. yang dia sendiri tercari cari tenang dalam dirinya yang kadang kadang menghilang jauh entah ke mana. kamu, boleh tolong carikan? malu la. sakinah yang tak sakinah, mencari cari sakinah. sakinah mencari sakinah. sakinah, moga kamu ketemu sakinah. agar suatu hari nanti, biar sakinah menjadi benar benar sakinah. :') doakan dia plis kawan kawan. 


saat ini. itu saja. buat semua yang telah ditakdirkanNya dalam 365 hari selama tahun 2011 ini; memori itu yang bernilai, pengalaman itu yang berharga, setiap satu itu takkan berulang untuk kali kedua. jadi.. untuk setiap memori yang mengindahkan hari hari semalam, untuk setiap pengalaman yang  banyak mengajar dan menyedarkan diri; saya mahu jadi insan yang sentiasa berusaha membaiki dan mengrenovate diri, semasa ke semasa upgrade dan update, dalam bertahtih tahtih menuju Dia. satu per satu. :')


dear soul,  its okay.. no matter what happens, just keep walking. 



Every day I get closer to our Meeting.
I feel like I’ve been walking this path for a thousand years
towards You…
and yet I’m still not there.
So close, and yet so far still
But I keep walking,
despite the tears,
despite the wind,
despite the skinned knees and broken bones,
despite the bruises and scars that make this heart what it is today,
I keep walking…
toward You.
There’s only one direction,
one direction:
towards You.
From You, to You.
I have nothing else.
Nothing.
That is my poverty.
I keep walking
because behind every sun’s setting is a rising,
Behind every storm is a Refuge,
Behind every fall is a rise,
Behind every tear is a cleansing of the eyes.
And in every spot you’ve ever been stabbed, is a healing,
and the creation of skin stronger than it was.
I keep walking
because wallahi I have nothing but Your mercy.
I have nothing but Your promise
Your words
Your promise
that:

84:6
O mankind, indeed you are laboring toward your Lord with [great] exertion and will meet it. (84:6)

-Keep Walking by Yasmin Mogahed.




[20111231 : 3823 ]






p/s- cis. baru perasan tarikh post dah tertules 1 january 2012. lambat tekan publish beberapa saat. haha. -__-" haa baru tahu masa itu emas tak emas. lambat beberapa saat pun tak dapat nak pulangkan balik dah. keciwa seketika. huhu.

Tuesday, November 8, 2011

unsaid







" Pain is necessary for living.
                                                                                                                                    -Prof Ian Passcher








soul_diagnosis: penat kamu isi, kamu musnahkan begitu saja? hey, make it sense!

Monday, November 7, 2011

a gift



Sometimes you think you'll be fine by yourself

Cause a dream is a wish that you make all alone

It's easy to feel like you don't need help

But it's harder to walk on your own


You'll change inside when you realize

The world comes to life and everything's bright
From beginning to end when you have a friend by your side
That helps you to find the beauty you are
When you open your heart and believe in the gift of a friend
The gift of a friend

Someone who knows when you're lost and you're scared
And there through the highs and the lows
Someone you can count on, someone who cares
Beside you wherever you'll go

You'll change inside when you realize

The world comes to life and everything's bright


From beginning to end when you have a friend by your side

That helps you to find the beauty you are

When you open your heart and believe in the gift of a friend


And when your hope crashes down
Shattering to the ground you, you feel all alone
When you don't know which way to go
And there's no signs leading you home, you're not alone

The world comes to life and everything's bright
From beginning to end when you have a friend by your side
That helps you to find the beauty you are
When you open your heart and believe in
When you believe in, when believe in the gift of a friend






friend; you are gift from Him.

precious one.

colouring my life beautifully.


.

.

.

hontou arigato nehh, 

deeply from the bottom of my heart.

:')








soul_diagnosis: dulu saya kurang tahu, kurang reti, kurang benar2 faham bagaimana yang dikatakan "uhibbukifillah". sekarang, terima kasih yang tak terhingga untuk kamu, kamu, kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu yang banyak mengajar saya erti mendalam yang berselindung disebalik kosa kata "uhibbukifillah" ini. satu kata yang cukup bermakna. kerna, bila semuanya kerana Dia; memang indah, cukup indah. cantik sekali. above all, thank you Ya Allah. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. untuk setiap satu rasa ini. telah saya bekukan biar teresap sampai bila bila. :')




Saturday, November 5, 2011

membantah



see.

dia.

the choosen one. 

tapi...


nakal

degil

brutal

buas

keras kepala


tak nak dengar cakap

pekakkan telinga

butakan mata

batukan hati


memberontak

membantah

.

.

.

.

ya . . m e m b a n t a h.

.

.

.

.



suma tu . . . k i t a  la kan ?



"Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak  m e m b a n t a h."
       [Al-Kahf 18 : 54]


kita; terpilih untuk hidup di muka bumi ini. 
hanya untuk membantahkah kerja kita?


TT.TT






soul_diagnosis: hey soul, jangan membantah bantah plisss. huu.

togather in the storm.



lima hari lepas, saya terbaca status ini di laman mukabuku Aqsa Syarif. 


Breaking News: Palestine won 2/3 vote to join UNESCO. [via Celcom SMS]

 ·  ·  · October 31 at 11:11pm via mobile · 


time tu, macam blur blur tak faham sangat. hinggalah...muncul banyak link video ini di seantero dunia memenuhi laman mukabuku.









kamu tahu, kalaulah tika itu kamu berada di hadapan saya saat saya selesai saja melihat video ini. habis la kamu. memang kena peluk kuat kuat dengan saya. habis basah bahu kamu. 


just one word. alhamdulillah.


im so weak. keep crying here and there. so unbearable. ntah hape hape la. cant handle it. but.. i dont know why. why. why. im just cant resist this. im trying so hard to put this in my soul; do something for your ummah please. do something. give something. contribute something. not just wait and see. not just smile and cry. act please.


.


.


.


.


.


Allahu musta'an.


.


.


.




buat kamu yang pernah saya basahi bahu, ayuh~! 
i wont letting you go. ever. insyaAllah. hold my hand.
but please, give me your hand too.. i wanna clutch it.
i just cant without it. you part of my strength.




lets... cling togather in the storm.










soul_diagnosis: hey soul, mampukah kamu? xpe.. biar satu dunia tak nampak, tapi Dia nampak. Dia tahu kan. usaha is the key. result is the keychain after all. beat yourself higher towards Him!





Sunday, October 23, 2011

nuansa in absentia


"Jadilah air di perbukitan, yang mengalir deras, dari puncak ke kakinya. Saat berada di atas, ia senang memberi air pada tasik-tasik dan segara di bawah, dan bila berada di bawah, ia senang menerima dengan rendah hati daripada yang lebih tinggi darinya."

Aku mengangguk. Pernah dia katakan itu. Oleh itu aku selalu meneliti sungai kata-katanya, demi memenuhkan tasik fikrah di kaki perbukitan nubariku.




"Ada masanya kita tak punya semangat di dalam diri, ya aku juga begitu."

Aku mendengar teliti. Aku yang memulakan bicara, setelah sekian lama memerhati dia yang saban hari langsung tidak nampak di mana culasnya. Sekian lama aku futur dan lemah dalam menguruskan cepu hidup. Begitu aku hendak tahu rahsianya.

"Maka aku akarkan fikiran ini dalam hati setiap kali tekadku meninggi: 'Bahawa akan tiba juga saat lemah sebegitu, dan aku harus bersedia.' "

"Jadi dalam kesenangan, jiwa akan terus-terusan mengingatkan, akan ada kesusahan mendatang."

Seterusnya? Aku membalas, menginginkan lebih pencerahan.

"Sampai saat itu, berserah saja pada Allah." Dan dia menyambung lagi, "Ketika itu, bersabarlah duhai hati, masa kuat dan teguh itu akan tiba juga nanti." Saat ini aku membayangkan dia tersenyum tenang, bagai menghantar isyarat riang agar aku terus berlari mengejar impi...tanpa henti.

Suka sekali mendengar bicaramu. Di hadapanmu, bolehkah aku menjadi segara yang di bawah itu cuma? Ah, terlalu cemburu, bukankah erti hidup ini pada memberi!



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



perkongsian dari blog seorang teman yang saya nukilkan semula di sini. cukup tepat das das tembakan ini. menusuk nusuk tertusuk tembus ke jantung hati saya.



in absentia; nur huda ibrahim. kadang kadang..rindu bahu kamu, rindu kata kamu. 





soul_diagnosis: hey soul, hidup ini..ape je yang dah kamu beri ?

Friday, October 21, 2011

reveal



the last time i wrote here was on 27th of March. ..and today is 21st of October. huish. dah berapa kurun dah biarkan blog ni bersawang sawangan dan berhabuk habukan. sian awak..xda orang jaga, xda orang jenguk. siapa la tuan awak tu. tak bertanggungjawab betul. tinggalkan awak terbengkalai berabad lamanya. emm..biane blog~ hontou gomen nehh..but here i am, im back!! coming for you. hehe. ^^ insyaAllah mari kita sama sama pure kan lagi niat. kerana apa. untuk apa. demi apa. ok? set. deal. Allahu musta'an.


saya nak revealkan sesuatu. i wanna make things clear up. lets begin! first and foremost, tercetusnya idea untuk mewujudkan  blog ni adalah berpasak dan berpaksikan ayat 8 dan 9 dari surah Al-A'la. atas sebab itulah, awal awal dulu blog ni namanya "Reminder For You And Me" dan atas dasar dari 87:8-9 ini jugaklah yang menyebabkan saya menyamarkan diri dengan berselindung disebalik nickname Ilham Rfyam. its just too simple how i got this nickname. ilham; ilham dan idea dari Dia yang Maha Mengilhamkan untuk saya buat blog ni. rfyam; short form dari reminder for you and me. from that simple starting, i started blogging here. 


and when the time goes by, lotsss of things happened and changed. i realised something. sayap yang patah. im not strong enough for all this. im just cant. and for this and that yang ntah macam macam lagi yang maybe xda la secomplicated mana tapi mungkin saya yang tercomplicatedkan. xmengapalah. the point here, i want you, you, you and you whoever read this know that whatever that i had posted, wrote, shared, commented and so on...i done all those things for MYSELF. not for you, you, you or even you! selfish gila. kedekut. tamak haloba. untuk diri sendiri je pikir. teruk kan? haha. terpaksalah. xtau nak buat cemana dah. sebab saya bukan budak baik, saya banyak buat jahat. dosa bertimbun timbun mencecah langit. tapi saya still dengan muka tebalnya dan ada hati nak jugak memberi sesuatu kepada kamu. ya, kamu yang membaca. ahh memang tak kira! nak jugakkkk! nak jugak beri sesuatu. tak besar, kecil je pun xpe. tak banyak, sikit je pun xpe. as long as i still want be one of them; yang sedang berusaha kuat memberi kepada orang orang lain, sibuk mengisi jiwa jiwa lain. i want to be like them. memberi tanpa batas.







saya xda apa apa. jadi saya xtahu apa yang boleh saya beri. jadi even tempangnya saya, sengetnya saya, jatuhnya saya, tergoleknya saya, terkedek kedeknya saya, terkemut kemutnya saya, still, still i wanna give something to others. *malunya ngaku ceni* aigo0~ unbelieveable sungguh kamu arini eh asfa ansary. dari mana dapat kekuatan ntah nak reveal suma menda ni. -___-" sebelum saya berubah pikiran, baik teruskan biar tuntas!

makanya, sudi sudilah terima pemberian saya yang ntah ape ape ni~~ huu.. ni yang saya termampu. and i am trying to give my best to others. i wanna all out everything! i wanna live up to the fullest; just for Him. the One who never ever left me behind no matter what so ever condition i am facing. =") dari suma inilah, Soul_Diagnosis memunculkan dirinya, menggantikan Reminder For You And Me.



the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.


i just love this tagline so much. it is really me. im always in process; its never ending. until the last breath. =') dan Asfa_Ansary mula menghadirkan dirinya jua, menggantikan Ilham Rfyam. its my email. ashfa_ansary@yahoo.com. yup, ashfa doesnt has any meaning, dats why i change it into asfa. asfa; pure. ansary; helper, aider, healer. i just love the meaning so-so-so-so-sooooo much. TT.TT it just too precious for me. deep inside me, i always wanna be like that. membantu menyelamatkan jiwa jiwa yang memerlukan pengharapan dan cahaya menuju Dia, menyembuhkan jiwa jiwa yang kesakitan lagi keperitan terperangkap dalam kesempitan dunia yang mengongkong,  menenangkan jiwa jiwa yang dalam keletihan gersang tanpa basahnya iman. sobs. sobs. *ok malu lagi ngaku ceni* agak over di situ. xlayak betul keluarkan penyataan2 tadi. malu ar. malu ngan diri yang ntah papentah ni. hukhuk. ok dah abaikan. apa yang penting doakan saya ep. tanpa doa doa korang kan, ntah cena la hidup asfa ansary yang sorang ni. 

what i wish, and i really wish rite now...saya mahu memberi sebanyak banyaknya apa yang saya miliki. memberi tanpa syarat. memberi tanpa jemu. memberi tanpa henti. memberi tanpa batas. apa rasanya memberi tanpa batas ya? nak sangat rasa. jom! sama sama try jom! nanti baru leh tau macam mana rasanya. mesti best! satu nikmat, satu kebahagiaan. moga Dia tarik kita dekat dekat, tak biarkan. pegang kita kuat kuat, tak lepaskan. harap dengan sangat.