[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Saturday, November 23, 2024

Ibarat ashabul kahfi

Masa muda saya tak seperti insan insan lain. Tak seperti kawan kawan lain. 

Bertahun tahun lamanya dalam kepompong sendiri. Dalam gua sendiri. Sampai saya dah terbiasa semuanya buat sendiri. Sorang sorang. Menyendiri. Tak kisah dah. Lama lama jadi selesa. Suka pulak. :)

Sejak 2013 sehingga la sekarang Alhamdulillah dah nak habis tahun 2024. Sikit lagi je nak masuk 2025. Lebih kurang 10 tahun saya ambil masa untuk totally sembuh 100% daripada sakit saya. 

Untuk tempoh 10 tahun yang telah Allah hilangkan dari saya; masa muda yang banyak digunakan untuk membina karier dan kerjaya oleh rakan rakan lain, sudah tiada masa itu untuk saya. Allah dah ambil masa itu daripada saya. 

Untuk tempoh 10 tahun yang telah Allah 'tidurkan' saya; di masa masa keemasan kawan kawan sebaya lain sibuk melayari fasa kehidupan baru melalui alam rumahtangga, saya masih di sini. Sendiri. 

Tapi tak mengapa. Saya tak pernah kisah dah.. Tahu sebab apa? Saya terefleksi dengan kisah Ashabul Kahfi. 

Mereka ditidurkan Allah beratus tahun lamanya. Hanya semata mata dengan cara itu sahaja Allah nak 'menjaga' mereka dari fitnah zaman itu. Ketika itu that's the best way for them. Tiada sedikit pun keterkilanan dan kekecewaan dalam jiwa mereka.

Sebab akhirnya.. Allah nak saya sedar yang semuanya milik Allah. 

Masa saya.

Kejayaan saya.

Kerjaya saya.

Kehidupan saya.

Semuanya milik Dia, sebenarnya. Tak pernah sekali pun milik saya sendiri. Kan?

Ternyata sepanjang 10 tahun saya sakit tu itulah cara terbaik Allah menjaga saya. Ditidurkan dari sesaknya dunia. Diasingkan terus dari ributnya dunia. Dipinggirkan dan diketepikan dalam tempoh 10 tahun. Hanya dalam dunia saya sendiri. Menempuhi proses penyembuhan yang panjang, penuh jatuh bangun. 

Dan akhirnya, here I am. Alhamdulillah.. Fully aware of myself. Conscious and functioning. Seperti manusia lain. Setelah 10 tahun. 

Pernah saya menangis nangis teresak esak fikirkan masa muda saya yang hilang begitu sahaja pada anggapan saya. Namun, jauh di sudut hati saya.. saya berharap dan berdoa moga moga 10 tahun itu dijadikan ibarat kisah Ashabul Kahfi. 

...hanya semata mata, untuk melindungi iman saya.


Ameenn.

Thursday, August 8, 2024

Neuroplasticity in depression

Menarik sangat topik ni! 

.

.

Need a thorough and deeper reading. So I can gain a better understanding.

Will share soon here, InsyaAllah.



#membangunjiwademi🍉

#usiamudaapayangkauhabiskan

Friday, June 28, 2024

Stalk

Scroll.

Scroll.

Scroll.

.

.

.

Hmm stalk blog sendiri. 


Haha.


Baca balik semua tulisan sendiri, sama ada yang dah post atau yang tersimpan dalam draft.

Here, I feel peaceful. Aman. Lapang. Luas. 

Moga sakinah mampu bangkit semula menulis dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Ameen. 

Kebas jari jari taip blog guna fon. Haha. 

Saja nak cerita. Currently I enjoy baca novel fiksyen. Akibat tempias dari novel Bayang Sofea karya Teme Abdullah baru baru ni, sis terjebak pula baca novel karya Yaya Samad; Pada Subuh yang Membawaku Pergi. 

Jadi sekarang ni tengah nak habiskan baca masterpiece best seller penerbit Mangosteen ni. Dah sampai bab 21 dah. Dari total 35 bab dalam novel ni. Tak sanggup nak teruskan baca sebab dah tahu spoiler yang Iskandar Dzulkarnain (watak utama) akan.. mati. Sedih la ceni. 

Buku kakak Safiyya yang Ciknah pinjam ni sangat menyayat hati. Luruh semuanya. Harap boleh cepat cepat move on. It just a story Sakinah.. -_-"

Lepas ni nak baca Lelaki Astatine karya Anjell pulak. Berderet ya buku buku tunggu que untuk dibaca. Haha. Penangan pesta buku aritu. Even tak dapat pergi sana sebab jauh, tetap terkesan aura untuk membaca kembali. Saya dah lama tak baca buku fiksyen sebenarnya. Banyak non fiksyen je sebelum ni. So kita berubah arah kejap. Hoho.

Sekarang selingan waktu free kat office pun sempat sambar buku novel untuk habiskan baca. Hihi. Dah tak belek henfon ya kawan kawan. Hahah. 

Ok la, takat ni dulu. Saya pun dah ubah setting blog ni ke public readers semula dah. Kalau tak, saya set setting ke invited readers only. Then rasa macam alaa sapa ja yang akan baca blog pada tahun 2024 kan? 

Moga moga kalau ada sekelumit manfaat dari tulisan tulisan saya dalam ni, dapat saya generate pahala untuk beratkan timbangan amal kebaikan di akhirat sana. Ameen.

Terima kasih baca sampai sini. Till then. :)

Hai belog

Dah berkurun tak menulis kat sini. 

Hai belog. Do you miss me? 

Saya lebih aktif menulis di airkosongsejuk.blogspot.com lately. Lebih sakinah di sana. :)

Rindunya zaman zaman blogging dedulu. Haha. How time flies.

Rindu kawan kawan yang panggil saya opah once upon time dulu. Haha. Tiber. Semua dah besar besar dah sekarang ni. Dah ada keluarga sendiri. Jalan hidup sendiri. Haluan sendiri. Busy dengan life masing masing. 

Still contact and connected, just vibes dah tak sama. Rindu kalian. Moga baik baik saja semuanya. Sayang korang. Hikhik. 

:')

Saturday, October 10, 2015

the beginning is here : part 1

Assalamualaikum semua~! dan hai pembaca sekalian heeee.



Esok saya ada kelas dan sekarang jam sudah 11.40 malam tapi excited nak update blog heeee. Alhamdulillah sudah hampir sebulan lebih kami adik-beradik bertungkus lumus mengerah tenaga dan kudrat untuk mengubahsuai dan mendeko interior and exterior of the new house for becoming a cute little kindergarten~! :D 

Setelah memerah segala idea yang ada, alhamdulillah we managed to start everything from zero. Mula dengan isi berbagai-bagai borang dari JPN (Jabatan Pendidikan Negeri), then pergi ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk mendaftar tadika secara rasmi. Time ni la macam-macam nama tadika dah diusulkan tetapi terpaksa direject sebab dah wujud nama-nama tadika yang macam kami nak tu..at the end, punya lama sangat dah kat pejabat SSM tu..kami decide untuk beri nama tadika kami sempena nama taman perumahan lokasi tadika tu sendiri iaitu Taman Teratai Permai, muncul akhirnya Tadika Teratai Permai. Even mula-mula rasa tak setuju sebab macam cliche sangat je..konservatif je bunyiknya kan..

abang : ok ape nama tu
eli : apa simboliknya? kaitan ngan kanak-kanak
abang : kanak-kanak ni kan ibarat kain putih. bunga teratai kan warna putih..ada kaitan la tu
eli : owh macam tu je. ok la 

Begitulah asal usul nama tadika ni..hahaha. sebab tak mau dah nak ulang alik SSM banyak kali. setuju je la dengan nama tu walau dengan agak berat hati. tapi lama-lama emm.. ok la jugak. insyaAllah we gonna using our own program which is called as Muslim Generation, our future big dream to compete with the Little Caliph program. heee. insyaAllah. or maybe berdiri kukuh setanding like them one day. pray for us. :) 

Selepas dah hantar semua borang ke JPN dan diterima sepenuhnya oleh JPN (JPN dah tengok kawasan tadika tu dan approved), maka seterusnya ada 2 pihak utama lagi yang akan datang membuat tinjauan ke tadika yang didaftarkan tu, iaitu pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk kebersihan dan Bomba untuk keselamatan. dah settle semua yang tu, insyaAllah dapatlah jadi a registered kindergarten officially and happily~~ heee.

Untuk decoration, tak susah sangat rupanya nak lukis mural kat dinding tu. selalu tengok orang buat ja kan, tak pernah buat sendiri. di sinilah kami tumpahkan dan curahkan segala bakat-bakat kreatif yang terpendam selama ni. hahaha. sebelum nak design kat dinding untuk buat draft kosong kami akan survey-survey tengok contoh design orang lain. ada banyakkkkkk sangat kat internet. comel-comel dan cantikkkk sangat decorations untuk sesuatu ruang tu. lepas tu, design kat atas kertas after that terus lukis kat dinding. guna pensel jeeee. haha. mudah. tapi yang leceh bila tersilap nak padam tu yaaa ampunnn capek banget lengan gue. hahaha. lepas dah habis lukis kat dinding guna scale yang besar, kami akan cat guna cat minyak. a washable one. which means when ada budak-budak yang semangat nak tonjolkan kreativiti dorang dengan conteng dinding tadika, boleh la kami lap je guna kain buruk and hilang. heee. sangat suka guna cat ni. jenama TOA; thailand no 1 brand. harga pun sangat berpatutan kalau nak dibandingkan dengan jenama cat minyak yang lain. disebabkan ianya cat minyak, veryyyy easy to deal with this paint. bila terkena kat tangan dan nak basuh, dia jadi macam lekang dengan sendirinya daripada kulit kita. mudah nak basuh. bila nak cat straight dari pagi sampai petang pun semangat ja sebab within waktu nak solat tu sangat senang nak basuh tangan ambik wudhu. bagusss sangat. very recommended to all! :D cuma cat untuk luar rumah berbeza dengan dalam rumah. harga pun agak mahal sedikit sebab yang luar rumah perlu yang tahan dengan weather suma. tapi yang untuk exterior ni boleh guna untuk cat besi sekali. kalau yang cat interior tak boleh guna untuk cat besi, boleh lekang balik cat tu nanti. 

Part yang agak susah bila nak final touch up tu. agak rumit dan memenatkan sebab kena lebih teliti. dan satu lagi, kami hanya beli warna cat asas. makanya banyak warna lain kami hanya mix and try. haha. combine kaler yang tu dengan yang ni, haaa jadi tak warna yang cun tuuu. gitu je. saving and sooo affordable! challenge your creativity too!




 Exterior 

















Interior



before




after 



 

before : step 1, draft dinding



before : step 2, painting like crazyyy, panjat sana sini haha



before : step 3, mix up colour & cat bagi siap


after : tadaaaaa~! this is after 3 days hard work 



teaching materials for basic arabic


part of the interior design (nak buat ala-ala wallpaper haha)



this is a snow reading corner. muncul olaf di situ.
penangan frozen. lettt it gooo sangat. hahaha



eh ni bahagian exterior sebelum nak masuk main door.
yang ni dari draft, paint suma, im doing it. kekeee.
anak zebra so kecik. anak singa pulak obes. haha



so here you go~!
so excited for the coming student enrollment!
insyaAllah.
dear students, teacher waits for all of you.

:)


it is our tagline : "the beginning is here"

kecomelan. sukaaa. heee.


nusaibah & safiyya : ni sekolah sape? untuk kakak ngan adik?
me : aah untuk kakak ngan adik laa
them : nama apa sekolah ni?
me : tadika teratai permai. TTP.
them : cip cip pi
me : pun bolehh haha
them : macam bunyi burung je cik kinah. cip cip pi!!
me : ce tengok white board ni, pilih mana satu yang kakak adik paling suka.

ada 3 logo yang we are voting on at the first place. confuse nak pilih yang mana satu. so we asked for their opinions! heeee. nak bagi dorang rasa valuable this school for them. semangat bukan main lagi. first tu gamba anak pokok, second gamba cendawan, third gamba anak burung.

nusaibah : kak babah suka cendawan dengan burung tuuu (tunjuk kat whiteboard)
safiyya : kakak suka yang pokok dengan burung
me : okay. kita undi dulu yang mana banyak orang pilih.

at the end of the day, kami suma decide pilih logo yang gamba burung. 

eli : emm apa simboliknya burung ni
me : emm.. ala-ala baru nak belajar terbang. macam budak-budak ni laa
mayah : kannn. kita la nak teach depa bagi boleh fly high. cewahh haha

lebih kurang macam tu la asal usul logo ni muncul. haha. do check out our page on facebook! https://www.facebook.com/ttpkindergarten. sempat lagi tu. 

- - -

berharga.
all the experiences and new knowledge.
sangat.
banyak belajar.
penat tapi best :'))
alhamdulillah. hee.
ok dah dah la tu sakinah. tido.


Thursday, October 1, 2015



Hati.


Stay soft..


Jiwa.


Biar besar dan luas seluas lautan.


Cekal.


Tumpukan seluruh kehidupan untuk akhirat.


Tuesday, September 22, 2015

gift :D



penat tapi best.

penat tapi happy.
penat tapi rasa satisfied.
penat tapi seronok! 

:D


ahha.. these are the feelings..alhamdulillah! *senyum lebar-lebar* :)

doing something that we're passionate about. 
learning something that we're interest in. 
eager to know more and more.
what a different feeling than before.
have pleasure time for ourselves and family.
dont need to push ourselves too much.
bearable and smooth.

all of these, 
such a beautiful gift from Him.
alhamdulillah. alhamdulillah.


- - -

1. on the way ke library. 

dalam hati : mintak mintak ada parking kosong yang dekat dekat. tak yah la kena jalan jauh.

tiba-tiba sebuah kereta viva keluar dari parking yang betul-betul depan pintu masuk library. alhamdulillah! terus dapat parking yang dekat. najwa kat sebelah siap cakap, "tak sangkanya kinah! boleh dapat parking kat sini. selalu memang penuh."

2. sedang tengah mencari hardcopy of jurnal.

dalam hati : ya Allah bagi la dapat cari suma buku yang nak kena siapkan ni.

tiba-tiba di celah celah rak buku yang all of them in english tu, entah macam mana boleh terselit buku yang memang dicari cari selama ni. lecturer suruh cari kalau boleh yang malay. dapat pulak yang malay di tempat yang tak disangka sangka langsung! alhamdulillah..

3. pagi pagi lapar. tak sempat nak beli makanan.

dalam hati : laparnya. sempat ke tak ni nak beli kat gerai sana nanti.  takut lewat pulak. dapat nasi lemak sedap ni.

datang seseorang hulur something. " nah la, amek kfc ni. ada nasi dengan sambal sekali. package yang pagi." unexpectednya... alhamdulillah..

4. tengah fotostat buku yang tak boleh dipinjam.

najwa boleh ke tu? 
entah la. pakai try je la.
sat boleh, sat tak boleh mesin ni.

dalam hati : mesin fotostat ni kannn. macam macam ragam dia. nak balik dah ni. kalau ada orang tolong fotostatkan mesti cepat.

datang seorang kakak yang baik hati, "boleh ke dik? nak margrib dah ni. takpe meh akak tolong buat." fuhhh lega. alhamdulillah lagiiii! :D

5. nervous nak masuk kelas. ada dua presentations for two classes today.

dalam hati : dah la tak well-prepared sangat ni. ya Allah bagi la mudah. kan best kalau tak kena present lagi hari ni.

lecturer masuk kelas. "for today presentation we just cancel it, postpone to next week after raya. group 1 combine with group 2." again, ....speechless. sangat tak sangka..Allah sangat dengar rintihan hati kita. lintasan lintasan kecil hati pun Allah ambil kira dan makbulkan.

it is a continuous blessing and nikmat from Allah.
semua yang kita tak sangka tu, bagi Allah mudah sangat nak bagi kan. 
Dia datangkan manusia lain, Dia datangkan cara lain, Dia datangnya kemudahan lain.
dalam bentuk dan arah yang tidak terfikir oleh kita.
monolog dalaman kita juga boleh jadi doa! jadi tak kira masa, tempat, apa dan keadaan..doa je. banyakkan doa semahu kita! :D Allah akan makbulkan. Dia dengar. biar sekecil atau seremeh manapun perkara tu. hehee. 

again, all these sort of situations also a gift from Him, berturut-turut in a day.
Allah terlalu sayang hambaNya. :) janji, Dia nak kita rajin mintak dan berdoa kepadaNya! 

Friday, September 18, 2015

blind

Assalamualaikum semua :)

lama tak jenguk sini. rinduuu. hee. lama sangat tak online. blog pun berhabuk-habukkk. notifications facebook berpuluh puluhhhh. banyak cerita dan berita kawan kawan dah terlepas pandang. sori sangat tak sempat nak catch on. oh my. how time flies. too fast. kalau dulu masa belajar degree everyday akan depan laptop, mana taknya habis kelas, balik rumah masuk bilik laptop je yang ada depan mata. everything info thru fb group, nak keep in touch dengan family guna skype. mana taknya almost everyday in font of this laptop. dah habis zaman macam tu. now, dah laptop ke mana, saya ke mana. haha. busy sangat. dengan komitmen kerja dan belajar. penatnya~~ maaf sangat yang contact thru inbox fb tu lambat reply.. insyaAllah lepas ni akan rajinkan diri cek inbox :) sebab dah masuk balik zon as a student ni baru kalut balik cari laptop. heee. nak kena settle assignment semua. nak cari bahan bagai. database, ebook, jurnal semua nak kena cari memang kena online la -__-" which online using laptop quite leceh. anything important contact my whatsapp je okay. hee. dok tengah melilau online, so here i end up. heeee. teringat khabar blog. and i have something to share with all of you. a high impact video. you should watch it. 




.

.

.


.

.


tears rolled down.. :') 

.

.

.

that's why people, there is much more truth that you are blind to.
a truth that you never know before. even until now.
so stop judging people.
stop be prejudice towards others.
you never know.
you never know.
you never know.

someday, once the truth is revealed..
perhaps, you the one, who will be regret.
wholeheartedly. 

- - -

as reminder to myself first,
to those yang mudah bersangka buruk dengan orang lain, 
menghasut orang untuk saling membenci,
mengumpat dan mengeji, 
membuat andaian sendiri dengan persepsi negatif,
salah faham dan tak usul periksa hal sebenar, 
hope so you realize, that person you hated had got nothing to deal with you.
she/he had no idea about what you are misunderstanding about.
so much truth that you are blind to..
in fact, maybe she/he is praying for your happiness in this dunya and akhirah.
maybe she/he is protecting you in front of others in term of tutup aib you.
maybe she/he is loving and caring so much about you but dont want to show it.
maybe she/he always want to talk heart to heart with you but no chance to do so.
maybe she/he is the person who is lebih dekat di sisi Allah. lebih Allah kasih.
and many other presumptions could happen without you know it.

- - -

above all, in this dunya, you could do as many mistakes and wrongdoings as you want, because here the only place where we can always turn back to the right track. we can repent and say sorry to. there is always an opportunity and hope. because this is dunya, a place where every each of us are being tested. no matter how harsh, bitter and pain the test is, there is a reward for it as we passes by. either pahala or dosa. either syurga or neraka in a final result. tempat kutip amal. bukan tempat sebenar-benar pembalasan. masih ada masa untuk patah balik dan perbetulkan kesilapan. masih ada ruang untuk baiki compang camping diri. masih ada kesempatan untuk kembali dekat dengan Tuhan. masih ada celah-celah keburukan dan kesalahan untuk tutup tampal dengan taubat. masih ada waktu untuk pandang setiap orang dengan kasih sayang dan berlumba kejar kebaikan. because why? because we are still alive. Allah still gives us time to breath and lead the way of our life. dan kita hidup dalam bilangan hari yang bersilih ganti. setiap hari satu per satu hari mendekati tarikh kematian kita. that's it. all about time. time is life. we live this life just for once.. for the only life in this dunya, so live it in a way that we will never regret in akhirah. that's the most crucial goal. 

and today, i came cross this verse : "Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat kesudahan (yang baik)." Ar-ra'd : 22


that are 2 points really strike on me like halilintar. huua.

1. sabar
2. menolak kejahatan dengan kebaikan

sebab apa? sebab paling susah nak buat kan. tapi boleh. percayalah. kita boleh buat. kita kena usaha buat. sebab towards the end (ayat Izyan suka guna. haha) hadiahnya tersangat bestttt. 


s y u r g a .


siapa tak nak. 

jadi, susah sikit. sakit sikit. letih sikit.
takpe lah. kan? 

:')

heee. selak punya selak. random selak je. then bump into this verse pulak : "Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luas seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa iaitu

orang yang berinfak baik waktu lapang mahupun sempit
dan
orang yang menahan amarahnya
dan
orang yang memaafkan orang lain.

Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." Ali Imran:133-134


memang saja nak emphasis lebih kat word segera tu. huu. bukan nanti nanti. bukan kejap lagi la. hold on dulu la. bukan boleh nak procrastinate tunggu bila bila entah bila baru nak usaha buat tapi on the dot. right away. now. immediately. start on. hurry up people, lets work on together! syurga Allah kan luas. tak best la masuk sorang sorang. kita mesti nak masuk dengan semua orang yang kita sayang, dengan semua orang yang pernah bawa kita ke arah kebaikan dan dengan seeeeemuaaa orang yang kita pernah jumpa dan kenal. to the max, rasa macam nak semua orang yang wujud kat muka bumi dunia ni, jom laaa masukkk sama sama. touch and go together. how beautiful isn't? :'D

and when Allah loves us, there is no other things that more worth to sacrifice for than this. endure la sikit ep. hang it there. hang on okay? :') ...even there are lots of things i had gave up on, but up to this one, i still struggle on. every now and then. so lets show our biceps people! hee. hiyeahh. stay strong peeps!