[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Saturday, June 13, 2015

lilawadi. eh.


Assalamualaikum dan hai pembaca yang rajin menjenguk ke blog ni. heee :)


dah lama tak post apa-apa kat blog ni. lebih aktif di blog yang satu lagi. hari ni 13 jun 2015 dahhh. wahh~ 2 bulan je lagiii.. nervousnyaaa. ~_~ huhuu. dua minggu lepas dok kalut ulang alik KL-Kuantan-Alor Setar. hantar orang tu ada beli kereta baru kannn. haha! tak dapat nak beli suzuki swift, honda jazz, myvi x golden colour punn okayyy je. :D blink blink warna golden tu dari jauh. senang nampak. haha. sempat la jalan-jalan kat pantai Teluk Cempedak kejap. main-main ombak celup kaki pun jadi laa. dah lama tak pegi pantai. punya banyak monyet kat atas jambatan on da way nak ke area pantai yang lebih landai belah sana sikit tuu -__-" kepoh-kepoh lari dari monyet. hahaha. keje makan je 24 hours. susah jugak stay dengan orang yang banyak duit ni. belanja makannnnnnn tak henti-henti. haha! nasib baik stay 4 hari je. above all, thank you sooo much :D lainkali datang Kuantan, sila la belanja kat Lilawadi lagiiii! Satay House pun okayyy. hehee :)

owh ye, minggu depan insyaAllah kita semua bakal menjalani ibadah puasa~! Ramadhan datang lagiiiii yeaayy! :D Alhamdulillah moga Allah panjangkan usia kita untuk sampai ke bulan yang penuh keberkatan dan keampunanNya. suka moments balik solat terawikh. bila ramai-ramai semua orang keluar dari masjid berpusu-pusu cari kereta masing-masing tu. terasa 'izzah Islam :'D bila time raya pun nanti, habis solat raya tuuu paling best. ramai-ramai umat Islam berasak. dengan takbir yang bergema. fuhh~ moment yang indah..

di kesempatan ni, saya benar-benar nak minta maaf kepada sesiapa yang pernah mengenali saya untuk apa-apa kesalahan, kesilapan, kekasaran, keganasan, kemerapuan, kekeruhan, kekurangan, ke-unfriend-an, kesalahfahaman, kebebanan atau apa saja tindakan yang secara sengaja atau tidak sengaja menyinggung hati dan perasaan anda-anda sekalian. sejak hilang phone lama tu, entah mana la hilang habis semua nombor kawan-kawan. tak boleh nak contact personally. ada la beberapa kerat je yang stay keep in touch dan datang rumah. yang lain tu entah ke mana. ghaib gamaknya. haha. masing-masing busy dengan life masing-masing dah. boleh contact thru facebook je la. tu pun nak delete dah. mengarut banyak. -__-" kosong-kosong harapnya boleh? :) tak kisah la apapun isunya, yang penting jangan la sampai simpan rasa macam menyampah gila kat orang itu ini atau sampai berdendam bagai. huuu. nauzubillah. cuba fikir, dalam berbilion banyaknya manusia kat muka bumi ni.. Allah takdirkan kita jumpa dan kenal seseorang tu, then dia jadi kawan kita. Allah pilih dan temukan manusia-manusia yang tertentu sahaja dalam hidup kita. there must be a thousand reasons and hikmah behind that. bukan beribu berjuta sangat pun orang yang benar-benar bersahabat baik dengan kita. which means yang kenal kita luar dalam. yang keep in touch and be there when we really need a true friend. time senang, tak perlu cakap. time susah, yang sukar nak cari kan? :) Alhamdulillah to have one. a person who you can trust enough. it is really a blessing.

saya pernah terfikir.. kan best kita tak pernah pun dilahirkan di muka bumi ni? Allah tak ciptakan makhluk bernama manusia. kita tak perlu pikul dosa pahala. kita tak wujud pun kat sini. takda perhitungan dan pembalasan. tanggungjawab. amanah. entah. rasa gerun. huu. tapi bila fikir lama-lama lagi, adanya kehidupan yang lebih kekal abadi selamanya selepas ni buat dada rasa lapang.. rasa lega. takpe la dunia ni sekejap je. tak perlu nak kisah sangat dengan segala kerumitan yang tiada kesudahan. akhirat jadi penawar. Allah takkan sia-siakan hambaNya. Allah takkan biarkan kita selagi kita minta kat Dia. so, it's okay :) moga Ramadhan kali ni, menjadi bulan pembersihan jiwa sekali lagi buat kita semua. 30 hari kejap sangat kan?