[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Saturday, April 4, 2015

laksa dan cream puff bertemu. east to west gitu. hee



recently saya dengan rajinnya mengasah skill masakan saya. hahahahaha. bajet nak jadi seorang home chef yang hebat la kan. hikhik. cooking is sooo tiring. but worthy enough bila tengok orang makan masakan kita dengan semangatnya sampai ada yang tercekik tulang ikan. hukhuk. kesian adik ipar saya. memandangan semalam 3 april, jadi semalam hari lahir adik saya yang sorang lagi tu. bulan april ada 2 orang yang sambut birthday, macam biasa nak jimatkan kos perbelanjaan, weolls just combokan both birthday. mudah. haha. sebab takda duit sangat nak belikan hadiah mahal-mahal untuk adik-adik saya, makanya saya plan nak hadiahkan dorang hasil masakan saya yang marveloussss :D kehkehkeh. masak laksa je pun sebenarnya. plus, anak-anak menakan ni suka laksa. saja nak bagi dorang excited cik kinah masakkan laksa special untuk uollss okayyy. haha.

pastu dah lama teringin nak buat cream puff sebenarnya. so buat la time tu sekali. busy iollss okayyy daripada pagi rebus ikan kembung 2 kilo tu sampailah kopek asingkan isi ikan bagai semua dengan sambil kalut-kalut baking cream puff tu. haha. lenguh kaki i. serious lenguhhh. hahaha. alhamdulillah akhirnya siap jugak sebelum time nak celebrate tu. 

laksa tu boleh la bagi 4 bintang out of 5. okayyy la rasa dia walau tak la sesedap rasa laksa buyung yang kat pasar malam tu. haha. yummy la and slurrppp sangat even tulang ikan suka muncul terselit celah gigi. haha! rasa macam dah cukup tapis dah air rebusan ikan tapi mungkin ada tulang ikan yang berjaya meloloskan dirinya untuk ikut terjun dalam kuah. haha. gedik sungguh. ish ish. yang cream puff tu adoiiii la. nak kata rasa tak jadi, jadi je rasa dia tapi bentuk dia more alike a lempeng. tapi saiz kecik. hahahhaaha. tak ada rupa puff pun! -___-" bahan semua saya dah ikut sejibik macam dalam resipi tu dahhh. awat orang tu buat jadi, saya buat tak jadi ~__~ takda la leper sangat macam lempeng cumanya tak naik jadi bulat-bulat comel macam puff sangat la. mungkin sebenarnya kena taruk serbuk penaik jugak kottt tapi orang tu terlupa nak bubuh dalam senarai bahan resipi tuuu. kot. hukhuk.boleh kasi 3 bintang ja. so sad. nanti nak try buat lagi la. sampai jadi gebu comel fluffy gituuu. hahaha.

"ni apa cik kinah?"
"ni namanya cream puff."
"budak-budak boleh makan?"
"boleh sangat. tak pedas langsung macam mee kari semalam. memang untuk budak-budak. ini namanya kuih untuk budak-budak. khas cik kinah buat untuk kakak ngan adik. kena makan bagi habis tau."
"owhh." dia amek satu pastu lari tunjuk kat mama dia.
"mama, cik kinah buat kuih untuk kakak ngan adik."

sebab menu makanan time party tu banyak yang grand grand sangat. tak laku sangat la cream puff saya tu. tapi esok pagi time nak sarapan tiba-tiba dah habis semuanya. tinggal seketul jer.

"umi tinggalkan sebiji je lagi untuk kinah. kot kot cari takda dah nanti kesian pulak."

-__-"

"sape habiskan?"
"embah. embah kata sedap. embah suka."

saya ingat takda orang nak dah cream puff yang kurang menjadi tu. licin jugak akhirnya. haha. alhamdulillah habis. takda la membazir usaha saya. ceyy. haha. nenek saya suka cream puff rupanya. boleh la buat banyak banyak lagi tanpa rasa ragu ragu nanti habis ke tak. haha. :D

next resipi yang dari dulu teringin nak buat red velvet cake! heee :)
masa belajar dulu, ada seorang kawan saya ni memang kaki masak. hobi dia memang memasak. tu yang best tu jadi housemate dia. hahaha. sebab saya tukang makan jer kerjanya. dia masak benda yang best best pulak kan. macam macam uollss. untung gila sape jadi husband dia. ada isteri yang ala ala masterchef gitu. haha. 

back to birthday topic, adik saya yang birthday 3 april tu lelaki dan sudah pun selamat menjadi suami orang. 22 tahun. insyaAllah bakal menimang cahaya pertama yang pertama pada bulan 5 atau 6 ini due date. scan baby boy katanya. wahhh~ tambah sorang lagi anak menakan! welcome to the family babyyyyy :D first anak sedara yang lelaki. excited nusaibah & safiyya nak dapat cousin. haha. dah ada nama, tapi dok rahsia rahsia takmau gitau. gediksss jugak ni. hahha. moga Allah permudahkan urusan bersalin adik ipar saya! doakan yupp.

adik saya yang seorang lagi ni masih single mingle ye. perempuan. 17 april nanti genaplah umur dia 25 tahun. please la masuk minang dia. dia sangat la sesuai untuk dijadikan isteri. apa je yang dia tak leh, boleh sokmo. 


  1. jaga anak-checked. cukup tiptop. ada diploma in early childhood education. pengalaman kerja sebagai cikgu tadika banyak dah. merata-rata dah. dia la penjaga dan pengasuh setia anak-anak sedara saya niiii. 
  2. masak memasak-checked. habaq mai nak makan apa. boleh sokmooo.
  3. drive kereta-checked. terer kot. paling berpengalaman antara geng perempuan dalam rumah ni. exclude umi la.
  4. hebat kemas rumah-checked. mop sapu suma la. 
  5. baik-checked. dia sanggup tolak tawaran kerja kat area KL yang gaji beribu riban sebab nak dok dekat dengan rumah boleh jaga mak saya kat sini. at the end, dia apply kerja yang dekat dekat area rumah je. haaa nak cari mana lagi. 
  6. cun-checked. hahaha. yup. dia lagi cun sedikit jerrr daripada saya. haha. senget. 
  7. kursus kawin-checked. dia baru je pergi aritu dengan kawan dia. haha. see, tinggal kawin jer sekarang ni. haha. dia target end of this year nak kawin. even takda lagi calon. kepositifan seperti inilah yang kita mahuuu!! haha! target and planning is a must! heeee :D  


"nanti time besday eli, kaknah buat satu post kat blog promote eli naa."
"tak payah laaa!"


hahaha. buat jugak. :P


dulu sebelum ke Indonesia saya tak pernah sangka yang akan memiliki satu batch yang almost kesemuanya sama umur dengan adik saya ni. hahah! ada beberapa orang je la yang seumur dengan saya dalam batch tu. so time tu, saya macam nak anggap semua tu macam adik saya ja. haha. saya rindu housemate saya sebenarnya. rindu turn kepoh kepoh kalut masak before margrib. sekali masak, berdua. sorang masak main menu, then sorang lagi masak sayur + nasi. penat penat balik kuliah pun, kena masak jugak.

"macam ni la kot rasa mak kita penat penat balik kerja, pastu sampai rumah ja kena masak semua."

:')

belajar tentang seni kehidupan. selok belok dan turun naik kehidupan. best. rasa berharga those moments. bernilai. sentimental values yang tinggi. takda kat mana mana universiti terhebat dunia tanpa dilalui sendiri oleh seseorang itu.

life teaches me, a lot. and, still learning from it. 
never end. thank you for all the lessons. hee :)
ok la. tu je for now. 


Friday, April 3, 2015

game over



kita selalu rasa kita yang control life kita ni. 
kita yang tentukan itu ini. 
kita yang control hati kita.
kita yang choose itu ini.
kita ingat kita.
kita fikir kita.
tetapi tak pun, sebenarnya.
semua tu, Allah. Dia yang control.

kita ni, takda menda pun.
setitik dan sekelumit.
dalam perbendaharaan alam semesta Tuhan.
macam debu je kita dalam galaksi bimasakti.
ntah kenapa. kadang bongkak. sombong sendiri.
atas muka bumi Dia.
tak sedar diri.

we never live this life for others.
never.
let them say what they want to say.
that's always their game to play.
just turn our ears another way.

dan sujudlah. melenyekkan muka ke bumi.
menyembah hanya sanya pada Dzat Yang Maha Agung.
Sembahan manusia. Raja sekalian manusia.
memang itu posisi selayaknya duhai hamba.
let it be.  
let it be.