[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Tuesday, July 10, 2012

penawar. moga disembuhkanNya :)


"jom bincang yang dah plan aritu."
"okeh~! jom!"
kerusi ditarik rapat ke meja. 
mereka duduk di hujung bucu meja, saling berhadapan.
"kita buat guideline. biar tak terkedu. kena be prepared."
"a'ah. betul-betul." 
kertas depan mata dicoret-coret. 
dijabarkan ke sana, ke sini. 
point demi point diperincikan. 


kali ini, berbeza.
tanpa emosi. tanpa amarah. tanpa tekanan rasa.
tenang. 
satu per satu ditulis rapi. 
bincang dan bincang lagi. berterusan. 
setiap satu yang dipersetujui, dimasukkan dalam catatan.
"emm..apa lagi eh?"
"ok dah kot ni. hmm.. tapi kan.."
"kenapa..?"
"sure tak semudah ni kan nanti.."


terdiam. jeda. seketika.


"emm dah sure punya. memang takkan semudah yang kita tulis.."
pen diletakkan. catatan terhenti.
"sebenarnya apa yang terjadi dalam hidup kita ni semuanya positif. takda yang negatif. dunia yang melabelkan itu positif, ini negatif."
"emm..?"
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 
mudah-susah
kaya-miskin
ketawa-menangis
sihat-sakit
lulus-gagal
menang-kalah
gembira-sedih
banyak-sedikit
cepat-lambat
bahagia-derita
ramai-sendiri


dan, yang lain lagi. 


mengikut neraca dunia.. mudah, kaya, ketawa, sihat, lulus, gembira, menang, gembira, banyak, cepat, bahagia, ramai; semuanya melambangkan kepositifan. manakala yang sebaliknya.. susah, miskin, menangis, sakit, gagal, kalah, sedih, sedikit, lambat, derita, sendiri; seolah-olah menggambarkan kenegatifan. ya, jika menurut standard penilaian dunia. tapi kamu tahu, sebenarnya.. apa saja yang menimpa kita tiada yang negatif selagi kita tidak memilih untuk menjadikan perkara yang menghimpit itu negatif, ia takkan jadi negatif pada diri.


ya. terletak pada kita, bagaimana kita mahu mengambilnya. 
pilihan itu pada kita. diri sendiri yang memilih


mungkin saja, suatu perkara yang sama berlaku pada kamu dan dia. tapi positif untuk kamu, negatif untuk dia. dan boleh juga, suatu perkara yang lain pula terjadi pada kamu dan dia. tapi, negatif untuk kamu, positif untuk dia. kenapa boleh efeknya berbeza, padahal halnya sama? 


sebab pemilihan kamu dan dia itu yang berbeza.


nak menjadikan sesuatu yang berlaku itu positif untuk diri, jiwa, iman dan kehidupan 


atau 


memilih untuk mengambilnya menjadi cas-cas negatif yang meracuni segenap penghidupan jiwa dan seluruhnya?

pilihan bergantung pada diri --> yang menjadi neraca hitungan untuk membuat pilihan adalah akal --> akal manusia amat mudah tergugah dengan  bisikan dan nilaian hati --> dan di jantung hati/heart/qolb itulah terletaknya iman. 


makanya..?


faktor utama dalam membuat pilihan yang tepat yang membawa kepada seribu satu kebaikan yang adalah bermula dari.. I M A N.

tahu sebab apa?
sebab masakan Rasulullah nukilkan kata-kata ini dengan sia-sia? tidak. tidak sama sekali.


Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ

Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.” 
[Hadith riwayat Muslim, no. 2999]

"semua urusannya adalah baik baginya" --> kepositifan! 


tapi sebelum tu, 

"..tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin."

bila mana dikatakan mukmin -->  ya, ia soal iman.

maka, sebenarnya kita hanya dapat dan mampu untuk menjadikan apa saja yang berlaku dalam hidup kita ini positif bila mana iman itu yang memandu.

hanya dengan iman, dapat membawa hati insan untuk memahami dan menyelami; 

  • rasa kehambaan
  • rasa bertuhan
  • maksud takdir
  • hikmah di sebalik ujian
rasa kehambaan 
hanya iman, yang dapat menanam rasa kehambaan ini mengakar jauh dalam jiwa. seorang yang memiliki rasa kehambaan akan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. ya, semuanya dari Dia. yang susah mahu pun senang. yang nampak baik atau pun buruk pada mata kita. semua dari Dia. 
Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” [At Taubah: 51]
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah: “…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” [Al baqarah 156]
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
-Ustaz Pahrol Mohd Juoi 

rasa bertuhan

dan hanya dengan iman jugalah, rasa bertuhan ini akan terbit dalam diri. rasa bertuhan ini tidak dapat difahami dengan sekadar status Islam di kad pengenalan, tidak dapat dirasai dengan hanya memakai tudung atau kopiah, tidak dapat dijiwai dengan setakat panculan kata "aku orang Islam" "aku pun muslim" "aku keturunan Islam". tak. takkan dapat. rasa ini tidak dapat diwarisi. soal iman, ia urusan hati. di mana pergantungan yang ampuh pada Yang Maha Satu hingga membuatkan seseorang itu timbul keyakinan yang tak berbelah bagi pada Rabbnya. yakin, keyakinan; sesuatu yang tak dapat dilihat dek mata, tak dapat dipegang, tak dapat didengar, hanya satu..hanya dapat dirasai oleh insan itu sendiri. terkesan pada pegangan dan perilakunya. tergambar pada akhlak dan peribadinya. saat getir macam mana pun menghimpit, dengan tenang, dia masih boleh berkata
"takpe..Allah kan ada.
senyum sendiri. *tq groupmate :') jazakillah. at the exact time. it means a lot to me. klu boleh sem depan nak 1 group dgn awak lagi. hee. may Allah grant u more.*
Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada Yang Maha Kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada Yang Maha Sempurna. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita.”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah: Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” [Al Baqarah: 153]
Dalam apa jua keadaan, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” [Al Fath: 4]
-Ustaz Pahrol Mohd Juoi

memahami maksud takdir Allah; redha

ya. benar. hanya iman yang dapat menjadikan jiwa insan itu redha apabila dia faham dan mengerti maksud takdir yang telah Allah tentu dan tetapkan ke atas dirinya. 

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. namun takkan jadi negatif jika kita sendiri tidak mengambilnya sebagai negatif untuk diri. 
Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik. Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya.” [Al Baqarah: 216] 
Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu. Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!
- Ustaz Pahrol Mohd Juoi










mendapat hikmah bila diuji


sekali lagi. tanpa iman, tentu saja insan akan sukar untuk menyelami dan menghayati di sebalik setiap bait-bait ujian dan liku-liku dugaan yang menimpa dirinya. boleh saja akhirnya cenderung menyalahkan takdir Allah bila mana hanya melihat ujian itu sebagai sesuatu untuk meruntuhkan, menjatuhkan, merosakkan, menghayutkan diri ke lembah yang penuh onak duri dan duka lara. kuncinya hanya satu; iman. hanya iman itu yang menyebabkan cara pandang insan tentang sesuatu itu berbeza dan berubah. iman itu yang memandu. iman menjadi guidance. melihat dan menilai setiap satu ujian itu dengan kaca mata iman..tentu berlainan dengan yang mengetepikan kaca mata itu.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” [Al Baqarah: 214]
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
"Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
-Ustaz Pahrol Mohd Juoi 








soul_diagnosis : (i) entah untuk kali berapa dah. sekian kalinya, diselamatkan lagi. haru dalam sebak. dosa berlambak-lambak mencecah langit, bertimbun-timbun tinggi menggunung sampai boleh penyek kalau dijatuhkan menghempap diri.. dah macam ni pun Allah masih selamatkan. huuuu. alhamdulillah3x. takda words lain dah. rahmat Dia, kasih sayang Dia, melimpah-limpah. mencurah-curah. rasa tak layak. banyak sangat dapat. tapi sikit sangat aku bagi... T.T (ii) "Allah tu...sayangnya Dia..lebih dari ummi sayang Nah.." mana tak basah mata bila dengar. T.T ummi.. (iii) Allah..sejauh manapun aku ni, sejahat manapun, seteruk manapun, tarik aku balik. plis. tarik bagi dekat plis. jangan tinggalkan walau sekelip mata. aku takkan mampu. takut sangat kalau Allah tinggalkan & tak pedulikan. takleh bayang macam mana hidup. taknak bayang. na'uzubillah. huuu. (iv) "Jangan kata bergantung kat Tuhan kalau masih tak berani bertawakal. Jangan kata percaya pada pertolongan Tuhan, kalau belum benar2 menyerahkan kepercayaan. And jangan kata sudah menjadi hamba Dia, andai belum mampu menundukkan diri untuk dicorakkan Pencipta. Kerana tawakal itu bukan mudah. Bukan sekadar kata2 yang mati, namun ia adalah ibadah hati. Kerana menjadi sebenar2 hamba itu sememangnya payah. Bukan sekadar ucapan, namun ia menuntut pengorbanan. Hamba itu dimiliki. Hak mutlak Ilahi. Allah.. sekali lagi pembersihan. Bertubi. 2:155-156." -UT :'))  (v) Ramadhan lagi 11 hari. Allah sampaikan. nak sangat. plis.

Tuesday, July 3, 2012

stones or even worse





dosa itu, macam mana kamu pandang?


sedar tak.
ia kotor. mengotorkan. 
mengotorkan hati. gelap pekat.
macam mana cahaya nak masuk?
light wont penetrate dirty heart.

macam mana solat nak khusyuk kalau macam tu?
macam mana insaf bila baca ayat-ayatNya?
macam mana nak selalu ingat Allah?
macam mana nak nangis bila kesal dengan dosa-dosa dulu?
macam mana nak tahan marah?
macam mana nak sabar?
macam mana nak belajar memaafkan?
macam mana nak ikhlas?

suma dah terhijab dengan dosa.
macam mana hati nak lembut bila kamu sendiri yang biarkan ia mengeras?

tanya diri sendiri.
dah terlampau immune kah dengan dosa?
sampai dah tak sensitif langsung dah dengan dosa?
terasa macam dah.. terbiasa?








macam mana nak bersihkan lagi?

emm
Ramadhan nak dekat ni.
apa lagi? jom jom.
prepare jom! 
dah kena start usaha untuk Ramadhan kali ni.
plan satu-satu.
janji dengan diri.
tau.

alaaa susah ar. 
ahh alasan kan tu. 

ke sebenarnya rasa macam dah kat zone selesa sampai tak perasan langsung yang iman kamu sedang kritikal. 
sedar atau tidak,
dosa dah makin mendinding tebal dalam jiwa.
memadati setiap rongga-rongga jantung.
menyelusur ke sela-sela urat.
menyumbat denyut-denyut nadi.
menjadi darah daging.

jujur je.
ke memang tak nak ambil peduli dah.
nak biar ia terus mengeras?
membatu kukuh. or even worse.

sudahlah, tepuk dada kuat-kuat
tanya iman dalam-dalam.
u choose.






soul_diagnosis: (i) apapun, selamatkan. plis. no matter what. (ii) Ramadhan.. cepat la muncul. sikittt je lagi. huu. moga kamu masih bernafas.






# 2 soul-amelioration: pembersihan. cuba. tekad. pedulikan.