[ soul-diagnosis ]

the never ending soul diagnosis towards Him; The Creator of All Souls.

Saturday, March 24, 2012

mana mungkin tak tersenyum (i)


Dalam hidup yang penuh berliku ini, Allah hadiahkan kita dengan mereka-mereka yang hadir menemani setiap sisi-sisi kehidupan :


1) keluarga

along dah penat masak ni, acik la pulak sidai baju. cepat gi sidai sana. tengah terik lagi ni, kang petang hujan.
alaa..acik dah sapu rumah la.. suruh la angah yang sidai.
takda-takda, angah tengah basuh pinggan mangkuk yang berlambak tu, acik je la yang sidai. berkira sangat..
orang penat jugak oo..mana aci, along buat ape lepas ni? haa takda kan. along pun berkira..
along nak lipat bajuuuu la. -__-" baju yang kering semalam ada dua bakul lagi. bersepah-sepah nuu haa. acik ada nak lipat? takda punyaaa. 
yela yelaaaaa..

ni adik, kenapa suka campak tuala kat sini nih haa? berapa kali nak cakap sangkut balik lepas guna. yang ni pulak, baju busuk ni. boh la kat bakul sana tu haa. yang longgok-longgok kat sini ni kenapa. haiihh~ satu lagi, tak reti-reti nak refill balik ke air sejuk dalam fridge tu lepas minum? pastu..yang kipas ngan lampu kat bilik, susah sangat ke nak tutup balik bila keluar..lagi, yang suka sangat tak nak shut down komputer ni kenapa, download apa yang banyak sangat, berjam-jam, tak habis-tak habis..haa game tu pulak, sudah-sudah la..kan dah besar, form 3 dah..  (bla,bla,bla.....etc etc etc..on and on)
along ni bebel apa.. orang ngantuk la. dah abes belum? nak tido ni.
adik dengar tak yang along cakap tadi. ingat tu. jangan asyik-asyik jawab terlupa je..
along cakap ape..? orang pakai earphone la tadi, dengar lagu. 
adikkkkkkk~!! -___-"

bangun, bangun! subuh~! (bahunya digoncang-goncang)
(menggangguk perlahan. masih mamai dibuai mimpi)
ish cepat la bangunnn! dah nak lewat la! cepat laa acik! bangun!
aishh..jap la. nak bangun la ni.. (mata digosok-gosok. duduk membungkam)
(seminit dua dia masih duduk mengeras, tanpa sedar kepalanya terlentok semula ke atas bantal)
acikkkk~!! bangun laa! ish. susahnyaa la nak bangun.. (bantal ditarik. mukanya tersembam ke tilam)
angah niiii~ jap la....alaa.. (mata masih terpejam rapat)
dah lewat tau tak. nak terang dah kat luar tu. kot ye pun cuti sekolah, takkan subuh pun nak cuti sekali. 
(dengan penuh malas dan berat kakinya, dia melangkah ke bilik air dengan muka sememeh)

ayah panggil tu adik. cepat la pegi.
alaa..ada keja nak buat la. angah la pegi.
takda-takda, angah nak pegi tolong mama. pegi la sana.
ish. angah ni.. saja je kan.
ape pulak..adik la, adik kan laki. orang laki la kena buat keja kat luar rumah.
alaa..ape salahnya orang perempuan tolong sekali.
amboi..time orang perempuan masak kat dapur, ada orang laki tolong? takda pun kan. orang perempuan kat dalam rumah, laki la yang kat luar rumah. 
ish..penat la mesin rumput. cabut-cabut rumput. nak kena basuh keta suma tu..
abes tu..ayah sorang-sorang kat luar tu tak penat? pegi la tolong..

(di suatu petang yang hening)
jom jalan-jalan jom~!
takyah nak jalan-jalan sangat la..exam nak dekat kan. dok umah je.
alaa..nanti kan along nak balik sana dah. dah lama tak jalan-jalan ngan along. 
yok ye je. takyah nak sweet-sweet sangat la..alasan je kan tu. dok umah, baca buku.
along ni...emm klu dok umah, buatkan kek coklat lagi plissss..
baca buku dulu, nanti along buat.
betul ni? seyes?! janji ar..
iye iye. janji. cepat amek buku.
hoyeayyy!

mama, kenapa susah sangat eh nak jadi baik? susah ar..
emm..? kenapa eh.. tu la. memang susah pun. rasa-rasa angah kenapa?
setan la ni kan. jahat ar setan! suma salah dia la! klu dia takda, mesti senang nak jadi baik.
yeke? memang totally salah setan ke.. or kita ni yang tak berusaha sehabis upaya?
dah usaha la mama. tak leh. susah. seyes susah. kadang-kadang rasa malas nak jadi baik. susah sangat. haishhh. 
dalam dunia ni kan angah, takda yang senang.. sumanya susah. nak senang yang sebenar-benar senang tu..kat sana.
sana? sana mana?
akhirat. akhirat sana..
yeh?
a'ah..sebab kita dah susah-susah kat sini. baru la leh senang-senang kat sana. klu suma dah senang kat sini, kat sana susah la..
...tapi kan mama, ada je angah tengok sesetengah orang tu macam senang je berubah jadi baik. sejak azali memang baik kot. bagus je dia. rajin solat malam, zikir, selalu baca quran, derma sana sini..pastu penyabar, tabah, bertolak ansur..banyak lagi la. kira macam suma yang baik-baik tu, suma ada kat dia. jeles oo..
oo..jadi angah rasa angah jahat la? jahat macam mana tu?
jahat la. entah. banyak benda yang rasa susah sangat nak ubah, nak buang. 
aa..baik la tu.
eh?
orang baik takkan rasa dia baik. yang penting kan angah, angah usaha. Allah nilai usaha angah. rayu kat Dia, ngadu kat Dia. doa sungguh-sungguh..cakap la, "ya Allah, aku nak jadi baik ni..kenapa susahhhhh sangat? plis ya Allah..pliss pliss..kuatkanlah aku...plissss.." rintih. rintih sangat-sangat kat Allah. macam mana kita merayu kat manusia, kat Allah kena lebihhhhh lagi. 

- - - - - - - - - - - -

ada pernah alami mana-mana moments di atas?
yup, nampak kecil..tapi impaknya sangat besar. 

dari keluarga, kita mula belajar banyak perkara-perkara kecil, "oo air kena banyak ni ke klu nak masak nasi 4 pot.." "macam ni ke nak iron tudung licin.." "klu nak sidai baju, lagi elok terbalikkan dulu supaya warna baju tak pudar eh.." dan banyak lagi benda-benda kecil yang jarang kita dapat belajar dari luar. yup, general knowledge. common sense. seni kehidupan.
dari keluarga, kita membesar melihat dunia melalui kaca mata mereka dahulu.
dari keluarga, kita dapat banyak ilmu agama yang ustazah sekolah rendah tak dapat nak didik kita, tapi mama dan ayah boleh terapkan dari kecil, "keluar rumah..kena pakai tudung." "lepas margrib, baca Al-Quran ramai-ramai. mengaji sorang demi sorang depan mama." "laki perempuan tak leh kawan sesuka hati je..ada batas." "kat rumah kena solat jemaah sama-sama dengan ayah.."  
dari keluarga, kita dibentuk dan membentuk. luar dan dalam.

tak dapat dinafikan..siapa kita yang hari ini, sedikit sebanyak menggambarkan pembentukan jati diri dari hasil celupan keluarga kita. plus minus faktor-faktor sekitar juga tak ketinggalan.

tak kisah la dalam keluarga kita..kita ini angah ke, along ke, acik, alang, uda, usu atau apa saja panggilan kita, yang penting..kita dah betul-betul jalankan tanggungjawab dan peranan kita dalam keluarga tak? sejauh mana kita menghargai mereka?

dan tak kisah la macam mana pun keluarga kita, tetap kita sayanggggg sangat mereka-mereka kan. walau dengan nakalnya, gaduhnya, banyak songehnya, degil dan buasnya..tetap...mereka dekat di hati. :') even compare dengan mana-mana family lain, maybe family kita tampak banyak kurangnya serba serbi..tapi tetap...mereka penuh memadati setiap ruang-ruang hati. :)) untuk semua jahat baik kita yang mereka tahu, buruk teruk dahsyatnya perangai kita..tetap...mereka terima, tegur dan sayang selalu. 

sangatsangatsangatsangatsangat suka gambar ni. 
tranquility in the air. heart warming seeing it. :)


- - - - - - - - - - - - - - 


ohana means family.

                          

   



                         

                                                               
 
                         

                                     

                         


         

                    

                         






                         






- - - - - - - - - - - - - - 


dari corong telefon..sayup-sayup kedengaran suaranya.
“kenapa..?”
"emm..takda apa-apa..hehe. saja. tengah hepi je ni.."
“eleh..ingat mama tak tahu ke..mesti ada apa-apa. nak nangis kan tu..? nangis la.. mama ada ni..”
air mata yang dah bergenang-genang sejak tadi, mana mungkin tak tumpah. jatuh berderai. satu per satu.
dalam hati..”mama..kenapa mama selalu tahu apa yang along rasa..?”
ya Allah..time tu, hanya Allah je tahu..macam mana rasa itu. lerai semua yang berserabut. kata-kata dia, pujukan dia; penawar. sejuk hati dengar.  terus, mahu apa lagi..diri terasa cukup. dengan kasih sayangnya. mana mungkin tak sayang. sayang dia; sepenuh jiwa.
  
pagar rumah dibuka. motorsikal disusur masuk.
kakinya melangkah perlahan. pintu rumah dikuak.
terus dia meluru masuk dan memeluk.
aku terdiam. kaget. eh. kenapa ni? tak pernah-pernah macam ni. pelik sangat ni.
“angah sori..sori angah…sori sangat…….”
“hey..kenapa ni…orang laki mana boleh nangis..”
dia dah mula tersedu-sedan. masih peluk. bahu basah dengar air matanya.
“alang.. jangan macam ni..cerita kat angah….kenapa ni..jangan nangis macam ni..” mataku turut berkaca-kaca dah. menitis perlahan.
alang yang selama ni control macho hensem bergaya sedang menangis tak berhenti di bahu kakaknya. mana mungkin tak risau.
alang yang selama ni tak pernah nak tunjuk lemah depan siapa-siapa sedang menangis teresak-esak seperti budak kecil dalam pelukan kakaknya. mana mungkin tak sayu.
“takpe..takpe..cerita slow-slow kat angah…”
dalam suara yang berat..“ayah..ayah sebenarnya ada beli hp baru untuk angah..pastu hp tu ada rosak sikit program dia..ayah suruh alang pegi tukar kat cina yang jual tu. tapi rupa-rupanya cina tu tipu, dia tak bagi-bagi balik hp tu. dia janji nak jumpa pagi tadi untuk pulangkan balik lepas baiki, tapi dia tak datang. alang tunggu dia dari pagi tadi sampai petang. dah call dia banyak kali tapi tak dapat…dia tipu…hp angah dia tak bagi balik…” penuh rasa bersalah nadanya..
“laa…sebab tu je.. patut tak balik rumah dari pagi tadi..takpe la..takpe. takpe.. dah..dah…..jangan nangis..jangan nangis…..” memujuknya perlahan dalam sedu..
“tak dapat nak bagi hadiah kat angah…..” 
dah tak mampu nak cakap apa-apa. air mata mengalir deras. kedua-dua diam membisu.. hanya kedengaran air mata yang berbicara. ya Allah, aku sayang dia. sangat sangat. mana mungkin tak sayang. sayang sepenuh jiwa.


terus, harus bagaimana lagi? terlalu banyak kasih sayang yang dah kita dapat. siapa yang menyayangi akan disayangi. kadang-kadang kasih sayang itu terlalu memenuh dalam jiwa. padat. sebab terlalu sayang. semuanya disimpan rapat-rapat, kemas-kemas dalam hati.

satu saat, itu yang bahayanya…bila rasa seolah-olah mereka adalah everything dalam hidup. kerana sayang kepada insan yang keterlaluan itu boleh jadi barah membawa parah. eh pulak? seyes? kenapa? tak paham.
sebab bila terlalu sayang sangat insan-insan ciptaan Dia, sampai kadang-kadang kita terlepas pandang untuk sayang Dia lebihhhhhh lagi. lalu, Dia uji kita dengan mereka-mereka yang kita sayang itu. masa itu, baru kita terhantuk, dan sedar. insan itu tetap insan. ada saja saat mereka tidak memahami. ada saja saat mereka tak sedar dan tersilap. bila lagi kita sayang, lagi hati cepat sensitif. mudah terkecil hati, termakan hati dan terasa hati. 

dari situlah, Allah mengajar..untuk letakkan reason atau matlamat terbesar disebalik semua kasih sayang kita tadi. the last mission after all is to put Him first, then follow by the other beloved one. yang sempurna hanya Dia. Dia sahaja. kadang-kadang rasa nak nangis bila kita toleh ke belakang dan nilai kembali, sebenarnya banyak cara dah yang Allah buat untuk didik kita supaya letakkan Dia nombor satu dalam hati. dah macam-macam method Allah buat untuk biar kita letakkan Dia dalam ranking teratas sekali dalam carta hati. ada pernah perasan tak? 

rasa susah kan kadang-kadang nak buat tu? sebab apa tahu? sebab..time kita sedih, kita tak rasa pun Allah boleh peluk dan tenteramkan hati kita. kita tak rasa Allah boleh cakap-cakap tenangkan jiwa kita. kita tak rasa Allah ada kat sisi kita time kita nangis dan kecewa. kita tak rasa Allah sapu dan lap air mata kita yang mengalir. kita tak rasa semua tu kan? sebab tu rasa susah nak letak Allah sebagai yang pertama dalam hati. lalu, kita utamakan ibu ayah..abang kakak, adik-adik..kawan-kawan..best friend forever kita and so on. sebab kita tak sedar...yang kata-kata semangat mama kita tadi, dari Dia. pelukan sayang adik kita tadi, dari Dia. semua yang hadir memberikan kasih sayang setiap satunya..dari Dia, melalui mereka. 

tipulah mana ada keluarga yang tak pernah Allah uji. setiap satu ada masalah, cabaran dan dugaan yang tersendiri. bila kita letakkan Allah dulu, baru family..baru kita rasa...lapang. mudah redha. hati lebih lembut dan terbuka untuk mudah memaafkan, bertolak ansur, berkorban dan memberi. macam mana pun yang kita rasa time saat-saat genting hadapi apa-apa situasi yang berat pun, tetap jiwa boleh kuat dan hadapi dengan tenang..dengan yakin kita berbisik perlahan dalam hati.."ya Allah, aku dah serahkan mereka-mereka aku sayang ini kepada Engkau. sepenuhnya. lindungi mereka..Engkau sebaik-baik Pelindung. sayangi mereka..Engkau Maha Penyayang dari semua kalangan penyayang. jaga mereka, jaga mereka. jaga mereka dengan sangat plis..Engkau Penjaga yang terbaik.."

.
.
.
.
.

.

.

.

tersenyum melihat langit. ada awan-awan comel macam kapas menghiasi. cantiknya. untuk semua yang terjadi..mana mungkin tak tersenyum. alhamdulillah. kenapa Allah sayang sangat. tak boleh sayang lagi ke? :p hee. senyum lagi. sayangnya Allah. pada kita. :')



2) kawan

kita membesar dan membesar lagi. dalam proses itu, kita menemui golongan yang kedua ini selepas keluarga. ya, kawan. teman. sahabat. taulan.

then, when it comes to friendship..it gets tougher.

3) suami/isteri

.

.

.

.



p/s: sambung dalam part (ii) nanti la. insyaAllah.